Kalau dengar perkataan TikTok, pasti anda semua terbayangkan aplikasi atas talian yang memaparkan video-video yang ‘unik’ dan ‘pelik’.
Tapi korang tahu tak sebenarnya TikTok ini banyak manfaatnya kalau digunakan dengan betul?
Jika sebelum ini seorang YouTuber dari Indonesia telah mencuri tumpuan dunia apabila videonya tidak buat apa-apa selama dua jam mendapat berjuta tontonan, baru-baru ini, salah seorang bintang TikTok yang dikenali sebagai Charli D’Amelio menjadi orang pertama yang memiliki lebih 100 juta pengikut di akaun miliknya.
Dengan kelebihan itu, dia dengan mudah mampu menjana pendapatan menggunakan akaun TikTok tersebut sehingga ke hari ini hasil daripada populariti menari.
Menurut The Sun, Charli D’Amelio memiliki 100.7 juta pengikut dan 7.9 bilion tanda suka di akaun TikTok miliknya. Ini menjadikan dia lima kali lebih popular daripada Kylie Jenner dan Ariana Grande dalam platform video pendek.
Cara Charli jana pendapatan sebegitu banyak di TikTok?
Ads
Selain itu, Celebrity Net Worth melaporkan Charli D’Amelio jana pendapatan menerusi TikTok dengan mengenakan bayaran $100,000 (lebih kurang RM409,250) bagi satu hantaran tajaan di TikTok miliknya.
Sumber Gambar : The Verge
Difahamkan, pendapatan bersihnya kini boleh mencecah sehingga $4 juta (kira-kira RM16,378,000). Jumlah tersebut boleh dikatakan cukup besar untuk pendapatan gadis berumur 16 tahun.
Lain-lain pendapatannya adalah daripada kempen, barangan dan aktiviti lain di luar platform TikTok.
Charli mula memuat naik video pertamanya pada Mei tahun lalu. Sebenarnya, keluarga D’Amelio sudahpun terkenal menerusi kelebihan masing-masing.
Ads
Ibu bapa Charli sendiri memiliki pengikut yang ramai di TikTok dan adiknya Charli Dixie mempunyai syarikat rakaman sendiri.
Bagaimana TikToker buat duit?
Ada yang kata mereka yang membuat akaun TikTok tidak menjana apa-apa pendapatan seperti akaun media sosial lain.
Ads
Tidak perlu keluarkan modal, cara paling mudah adalah membuat perjanjian iklan dengan jenama dan melalui ‘hadiah’ secara langsung dari pengguna.
Mereka yang biasanya tawaran daripada pengiklan adalah pengguna TikTok yang betul-betul terkenal.
Dikatakan pengiklan boleh memberikan pendapatan sekitar RM800 hingga RM80,000 kepada TikToker yang akan mempromosikan jenama-jenama itu dengan konsep mereka sendiri. Padanlah boleh menjana pendapat lumayan dengan cepat.
Selain itu, TikToker juga menjana pendapatan melalui penerimaan ‘hadiah’ wang daripada peminat mereka.
Jika dibuat dengan betul dan secara serius, ia mampu memberikan impak yang besar seperti apa yang telah dibuktikan oleh Charli.
Okay…penulis pun nak start download tiktok la mana tahu boleh jana pendapatan macam Charli….hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kadangkala pembelian di dalam talian memudahkan kerja bagi sesetengah orang. Bukan saja tak perlu keluar rumah, lebih menjimatkan minyak, parking dan juga tol. Tapi di sebalik kebaikan kadangkala berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Dalam sat ukes di Cebu, Filipina seorang budak kecil mencetuskan kegemparan apabila saat dia membuat order makanan, seramai 42 orang rider food panda datang menghantar makanan ke rumahnya. Lebih bikin haru, makanan dihantar oleh 42 rider itu sama jenisnya iaitu fillet ayam.
Dikatakan kejadian ini berlaku kerana masalah internet terputus dan kanak-kanak itu sudah menekan 42 kali untuk order yang sama akibat masalah error.
Dalam satu perkongsian dari World of Buzz pada 28 November lalu, laluan di Barangay Mabolo jadi penuh sesak dengan kehadiran rider Food Panda pada jam 11 pagi sekaligus mendatangkan rasa panik pada neneknya selain kanak-kanak itu sendiri di dalam ketakutan.
Dalam satu perkongsian video oleh Dann Kayne Suarez yang juga jiran pada kanak-kanak berkenaan, kesemua 42 rider Food Panda itu datang lebih kurang serentak malah dimaklumkan kanak-kanak itu tahu membuat order sebelum ini. Namun kerana masalah internet terputus-putus, dia telah menekan sebanyak 42 kali tanpa sedar.
Makanan dipilihnya ialah isi dada ayam dimakan dengan nasi dan kentang goreng pada harga 189 peso (lebih kurang RM15). Namun kerana 42 orang datang serentak, jumlah naik kepada 7938 peso.
Di sebalik melihat terlalu ramai rider, kanak-kanak itu terus menangis kerana ibu bapanya hanya meninggalkan wang yang hanya cukup untuk membeli satu makanan sahaja.
Namun masalah itu selesai kerana jiran-jirannya sepakat membeli baki makanan tersebut untuk makan sendiri tetapi ada juga yang dibawa balik semula ke kedai kerana tiada pembeli.
Malah Dann yang berkongsi video ni turut membeli makanan tersebut.
Sumber video : FB Dann Kayne Suarez / Gambar DP Food Panda : Marketing
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Abah, nanti kakak dah besar, kakak dah jadi doktor, kakak nak jaga abah.”
Itu luahan penuh kasih daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Wan Omera, yang menyentuh hati ramai netizen.
Kata-kata itu ditujukan kepada bapanya yang kini menghidap kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya, menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok @Anneeaen.
Walaupun baru berusia enam tahun, kematangan yang ditunjukkan Wan Omera nyata mengundang sebak. Bapanya, Wan Ahmad Aminuddin, dilaporkan lumpuh selepas terlibat dalam satu insiden motosikal pada tahun 2024.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ann Nuur Ain, kelihatan beliau menolak kerusi roda suaminya sambil meluangkan masa beriadah bersama anak-anak. Video berkenaan meraih perhatian luar biasa apabila mencatat lebih dua juta tontonan serta lebih 200 ribu tanda suka di TikTok.
Dalam rakaman itu, Wan Omera dilihat membelai rambut bapanya yang sedang duduk di kerusi roda sebelum meluahkan impian besarnya untuk menjadi seorang doktor, semata-mata demi menjaga insan yang paling disayanginya.
Keikhlasan dan kasih sayang seorang anak kecil itu nyata menyentuh perasaan ramai, sekali gus mengingatkan bahawa cinta keluarga tidak pernah mengenal usia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami tahu, ramai yang teruja apabila melihat sesuatu objek yang berwarna merah jambu ataupun pink; lagi-lagi dalam kalangan remaja perempuan. Namun, kejadian alam berwarna merah jambu ini memang membuatkan banyak pihak bingung!
Tahukah korang, sekiranya sebuah tasik atau lagun berwarna merah jambu, ia bukanlah kawasan yang harus korang jadikan sebagai lokasi bergambar.
Nampak saja luarannya cantik tetapi ia amat merbahaya dan boleh membawa maut.
Sumber Gambar : Insider
Sepanjang pandemik COVID-19, media kerap melaporkan bagaimana alam semulajadi di kebanyakan negara semakin sihat dan kembali ‘bernafas’ tanpa kelibat manusia.
Bagaimanapun, nampaknya masih ada segelintir pihak yang rakus menggadai alam sekitar demi kelangsungan hidup (dan poket) mereka.
Lagun yang terletak di wilayah Patagonia, Argentina ini nampak menenangkan namun airnya bertukar warna kepada merah jambu disebabkan isu pencemaran.
Sumber Gambar : sciencealert.com (Daniel Feldman/AFP)
Menurut laporan, beberapa orang pakar dan aktivis menyifatkan perubahan warna air kepada merah jambu ini adalah selepas ia dicemari dengan bahan natrium sulfit; iaitu sejenis produk anti-bakteria yang digunakan di kilang untuk memproses udang dan ikan.
Difahamkan, bahan buangan itu terlebih dahulu mencemari sungai Chubut dan mengalir ke lagun berdekatan serta beberapa kawasan sumber air lain di wilayah itu.
Jurutera alam sekitar dan ahli virologi, Federico Restrepo pula mengatakan bahan sisa dari kilang itu gagal dirawat sebelum dibuang.
Sumber Gambar : Insider
Sementara itu, penduduk yang tinggal berhampiran lagun mengeluh kerana implikasi bau busuk setelah kawasan air dicemari. Disebabkan isu ini sudah banyak kali berlaku, beberapa orang penduduk bertindak menutup jalan raya yang menjadi lorong masuk lori-lori yang membawa sisa ikan yang diproses di kilang berkenaan.
Yang cantik jangan diingat berbau harum. Kadangkala, luaran boleh menipu kita, hiks!