Siapa cakap rumah anak bujang serabut dan tak ada taste!
Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira dari rumah landed sehinggalah ke rumah bertingkat, pasti ada sahaja yang berkongsi idea tentang cara menghias.
Dari hiasan minimalis sehinggalah ke modern style ataupun classic style, pelbagai idea menarik pasti korang dapat hanya dengan google sahaja.
Baru-baru ini ada seorang pembaca Remaja berkongsi perubahan rumah bujang beliau sebelum dan selepas didekorasi. Menariknya Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi hanya mengeluarkan bajet 1k lebih dengan menggunakan barang pakai semula di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.
Memang cantik kemas tersusun semuanya termasuk perabot dan peralatan rumah. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang.
So, jom kita lihat trik dekorasi budget dari lelaki ini.
Ruang Tamu sebelum transformasi.
Ads
Dapur sebelum transformasi.
Menurut pemuda ini, dia lebih gemar mencari banyak mencari perabot dan perkakasan secara online kerana harga yang lebih murah.
“ Rumah saya jenis flat 5 tingkat, dan hanya ada dua bilik saja.So untuk mendeco rumah ni saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya. Habislah dalam RM1000++ termasuk membeli perabot dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.,” katanya.
Pemuda ini sempat berkongsi beberapa barangan yang dibeli di Shoppe antaranya :
Pemuda ini sempat memberikan tip buat semua yang bujang diluar sana
” Tip saya, kena ada disiplin untuk dapatkan rumah yang cantik dan sentiasa kemas. Barang tak perlu mahal, asalkan tahu macam mana nak mencantikkan sesuatu dah cukup.
Paling penting, kena rajin dan buang rasa malas. Ini kerana rumah juga menunjukkan keperibadian seseorang”. Akhiri beliau
Betul tu tak perlu barang mahal nak kemas dan deco rumah, yang penting kena rajin! Tapi masalahnya rajin tu yang susah nak jumpa…hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arghh, rindu woo nak berebut beli makanan kat kantin. Ini antara nostalgia kita di alam persekolahan tapi nampaknya selagi penawar COVID-19 belum ditemui, selagi itulah akan ada penjarakan sosial dan masyarakat harus belajar hadam norma baru kehidupan.
Laporan Bernama hari ini, pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara normal baharu bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala, tindakan selanjutnya diambil.
"Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius… pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.
"Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya," katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim.
Normal baharu itu antara kandungan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian itu pada Khamis.
Garis panduan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, Mohd Radzi berkata ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek penjarakan sosial ketika anak mereka di kantin memandangkan waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing.
"Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.
"Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak-anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu…kita akan menjarakkan waktu rehat," katanya.
Bagi memastikan penjarakan sosial antara pelajar terjaga, Mohd Radzi menjelaskan susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.
Katanya, kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.
Mengulas mengenai pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah pula, beliau berkata arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.
Selain itu, katanya, guru-guru juga tidak perlu khuatir kerana mengikut garis panduan yang dikeluarkan, keselamatan dan kesihatan mereka turut dititikberatkan oleh kementerian.
"Guru-guru tidak perlu risau mereka akan bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakan sosial walaupun dalam bilik guru. Guru-guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata kementerian turut mengeluarkan garis panduan sama bagi pelajar tinggal di asrama iaitu katil mereka dijarakkan satu meter malah dewan makan yang disediakan turut menitikberatkan penjarakan sosial antara pelajar.
Menurut beliau, apabila sekolah dibuka pihaknya melihat pelaksanaan garis panduan itu dan sekiranya terdapat ruang untuk penambahbaikan, ia akan dilakukan bagi memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam keadaan selamat.
"Kita amat berharap anak-anak nanti apabila datang pastikan penjarakan sosial itu sentiasa diamalkan di sekolah dan sepanjang perjalanan mereka datang dan balik dari sekolah," kata Mohd Radzi.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini, apa kata korang isikan masa terluang selepas menyiapkan segala assignment dan tugasan kerja.
Ini merupakan 5 drama China yang berbaloi korang tonton. Tambahan pula ia dibintangi oleh pelakon Thai kacak (!), tentunya masa menonton drama-drama ini akan bertambah addictive.
Jom tengok yang mana akan korang minati dan bersedia untuk mengalir air mata. Jangan lupa sediakan tisu!!
Under The Power
Drama ini mengisahkan tentang konspirasi kehilangan dana bagi baik pulih sungai di Yangzhou, dan Luyi ditugaskan sebagai pegawai penyiasat bagi kes kehilangan dana tersebut.
2 Fake Princess
Cerita tentang si pencuri popular, di suruh menyamar sebagai pengantin dan berkahwin dengan putera mahkota! Chang Le yang bijak dan licik harungi alam rumah tangga bersama keluarga kerabat diraja dengan penuh lucu dan ragam yang tersendiri.
3 Nothing But Thirty
Cerita ini tentang tiga wanita luar biasa, yang mengharungi zaman umur 30 tahun mereka dengan cabaran kehidupan di samping mengejar impian dan kebahagian diri.
4 Rebirth Shopping Addict
Gao Yang yang lahir dari keluarga kaya-raya dan mampu memiliki apa saja, membuatkan dirinya kemaruk dengan aktiviti membeli-belah tanpa had limit. Tapi semuanya mula berubah apabila syarikat ayahnya jatuh muflis dan hilang tanpa khabar berita, Gao Yang mula jalani kehidupan seperti wanita biasa dan belajar menjadi insan yang matang dalam perniagaan serta percintaan.
5 Make My Heart Smile
Drama ini mengisahkan mengenai persahabatan yang terjalin di antara Gu Yan Luo, Ye Wei Mian, Lu Yao, Jin Yue, Mu Ze dan Zuo Si Chen.
Pertemuan di kolej mengeratkan persahabatan diantara mereka dan membuahkan hubungan cinta, di samping mengejar impian dan cita-cita masing-masing.
So guys, korang excited nak tonton drama China yang mana satu dahulu?
Ataupun korang masih setia dengan K-Drama?hiks…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat Starbucks, korang mesti happy gila bila dengar tawaran ni. Dengan harga 20 sen saja, korang boleh menikmati minuman Starbucks Frappuccino pada 20 Disember ini.
Sempena sambutan ‘20 years of brewing moments together’, Starbucks menjual minuman dengan harga promo 20 sen untuk pembelian kedua mana-mana Frappuccino. Untuk cawan yang pertama tu korang beli dengan harga asal, tapi untuk pembelian kedua cuma berharga 20 sen saja. Gila kan?
Promosi ini hanya untuk satu hari saja, iaitu 20 Disember 2018, bermula jam 5 petang hingga 8 malam. Sah di semua cawangan Starbucks di seluruh Malaysia kecuali Genting Highland dan kiosk Sunway Lagoon.
Dannn.. Tawaran ini hanya untuk members saja ya. Cepatlah jadi sign up. Hiks!
Uishh, meleleh dah air liur ni..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.