
Siapa yang tidak kenal dengan mogul dunia hiburan dan fesyen ini. Penyanyi, pelakon dan juga usahawan fesyen, Rihanna menggemparkan peminatnya dengan penghasilan buku gergasi bernilai RM5639.
Hanya diterbitkan sebanyak 500 naskhah sahaja, ia menjadikan buku ini eksklusif. Berketebalan 504 mukasurat, buku ini memapar 1050 keping gambar berkisar perjalanan figura asal Barbados ini sejak dari awal permulaannya di dalam industri sehingga kini.

Ia seolah-olah satu buku memori besar yang menyimpan seribu satu nostalgia kenangan dan juga kejayaannya. Bayangkan buku ini sebesar ukuran televisyen kecil.

Berukuran 26.75 inci kali 21.25 inci, buku tersebut dijahit tangan dan dikemaskan dengan fabrik yang direka di Jepun. Buku yang bertajuk Rihanna: Queen Size itu ditawarkan dengan kemasan pearlescent dengan kemasan logo keluli dipotong laser dalam warna hitam matte pada kulit hadapan.
Sumber gambar: phaidon.com & Instagram Rihanna
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mama Loves You” Anak Sulung Nourul & Ajai Terima Anugerah Dekan Kali KEEMPAT

Sebagai anak, tentunya kita selalu mengharapkan agar ibu bapa kita berbangga dengan kejayaan kita dalam apa jua segi.
Tak kiralah dalam bidang pelajaran, sukan, hobi dan paling penting dari segi attitude, apabila mereka berdua meluahkan rasa bangga terhadap kita – macam nak nangis pun ada!
Terbaru menerusi Instagram milik penyanyi Nourul Depp, beliau berkongsi foto yang menampilkannya bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah ketika dia berusia kira-kira 3 tahun.
Sambil mengimbas kembali kenangan, Nourul menitipkan rasa syukur beliau terhadap kejayaan Ayu yang baru-baru ini menerima anugerah Dekan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk kali keempat!

Kata Nourul, “Terima kasih di atas nikmat ini. Anak kecil ini (Ayu) sudah besar. Tak pernah berhenti buatkan kami banggan dengannya.
“Lahirkan dia ke dunia ini pun dah buatkan kami bangga. Anak yang sangat baik. Tak pernah menyusahkan atau menyakitkan kami,” kata penyanyi tersebut.
Untuk pengetahuan, Ayu yang sedang mengambil jurusan Zoologist merupakan anak sulung daripada perkahwinan Nourul dan komposer, Mohd Faizal bin Maas ataupun Ajai.
Sebelum ini, Ayu pernah memuat naik kenyataan bahawa dia gembira dengan jurusan yang diambilnya itu.
“Terdapat juga cabaran, tetapi tak semua benda dalam kehidupan ini bermula dengan mudah kecuali dengan adanya semangat dan minat.”
Congrats Ayu!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Hipster Berniqab Buktikan Pakaian Bukan Halangan Sertai Dunia Fesyen

Fesyen bagi saya adalah dunia yang melangkaui batasan bersifat inklusif – bukannya eksklusif untuk golongan tertentu saja.
Walaupun kita selalu ‘dijaja’ dengan imej supermodel kurus dan tinggi, bersaiz zero dan wajib cantik, namun dalam kita tak sedar, fesyen sebenarnya adalah untuk SEMUA.
Semua orang kan berbaju? Dan semua orang jadikan pakaian sebagai identiti masing-masing. Secara tak langsung, kita semua tergolong dalam dunia fesyen.
Jadi apabila seorang pelajar Management & Science University (MSU) daripada jurusan Diploma Rekaan Fesyen dianugerahkan dengan Anugerah Presiden sempena Konvokesyen MSU ke-23 hujung minggu lalu, a part of me just shouted, YES!


Fesyen akhirnya dilihat sebagai jurusan ‘serius’ di atas pentas tersebut, bukannya jurusan yang dipertikaikan kepentingannya.
Guys, perkenalkan Era Masturah Ramlee yang merupakan penerima anugerah tersebut. I cannot help but to scroll down her Instagram feed.
Jelas, Era merupakan seorang peminat fesyen dan berbakat dalam mencipta rekaan baru. Kapsyen pada bahagian bio-nya yang berbunyi ‘A fashion enthusiast ninja’ sudah menjelaskan yang Era bukanlah seperti pelajar dan fesyenista yang lain.

Berbeza dari segi pemakaian niqab? Maybe – pada pandangan kasar pemerhati yang baru pertama kali mengenalinya.
Namun di sebalik niqab yang menutupi sebahagian daripada wajah Era, penulis lebih tertarik dengan storyline yang ditunjukkannya melalui Instagram.
Cara pemakaian Era sebagai seorang Muslim tak sesekali membuatnya lari daripada jiwa seorang remaja.
Travelling – checked. Menaiki ATV di tepi pantai – checked.
Kapsyen yang mencuit hati? – CHECKED

Melalui sebuah lagi akaun yang dikelolakan Era ialah untuk koleksi fesyen bernama eralee.rtw. Dia menawarkan koleksi pakaian uniseks, sederhana dan berpotongan oversized seperti yang selalu dipakainya.
“Saya mencipta Era Lee RTW supaya semua orang boleh menutupi diri mereka dengan cara terbaik. Siluet oversized dan tona minimal bagi saya bersamaan dengan Shariah.
“Tiada isu body hugging, tiada isu angin datang jubah melekap pada badan oh no! Dan ia juga uniseks, pakaiannya untuk laki bini baru sweet gitew,” katanya.
Obviously, perjalanan Era selepas ini dalam dunia fesyen masih jauh namun cerah. Remaja has nothing but best wishes for her.


“Your forever monochrome girl would like to thank you for all your warm wishes. I love you rawks.”
Hispter ke tak uols?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa Nak Buat Jika Berlaku Kematian Di Tengah Malam? Baca Perkongsian Dari Pengurus Jenazah Ini

Soal kematian adalah urusan Allah Taala. Tiada siapa tahu, bila dan bagaimana. Pasti kita akan panik jika berlaku kematian dalam rumah lebih-lebih lagi berlaku di tengah malam di saat semua orang sedang lena tidur.
Ditambah pula dengan kesedihan kehilangan orang tersayang. Membuatkan kita tak mampu berfikir dengan betul.
Cari orang masjid? Panggil saudara mara? Kejutkan jiran? Apa yang perlu dibuat terlebih dahulu?
Pengurus jenazah Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan bin Haji Md Yusuf yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pengurus jenazah berkongsi pengalamannya.

Jelasnya, apabila seseorang Islam itu didapati sakit kuat, ada tiga perkara harus dilakukan iaitu bertaubat, berwasiat dan bersangka baik kepada Allah.
Apabila ada tanda-tanda hampir kepada kematiannya, sunat kita sebagai anak membacakan Surah Ya’sin di sisi ibu atau ayah.
Bacakan juga surah Ar-Rokdhu, beri ia minum sedikit, titiskan air ke dalam mulut, basahkan muka dan dadanya selain sunat diajarkan mereka mengucap.
Tambah Ustaz Hamdan, apabila seseorang itu sudah ada tanda-tanda ke arah kematian, kita boleh melihat tanda-tanda seperti di bawah ini.
Tanda akhir kematian
Antaranya tanda yang berlaku adalah tapak kaki mulai lurus. Tak ada lekuk-lekuk lagi sebagaimana kita yang masih hidup. Ada ketikanya memutih saja tapak kakinya. Pegang pun sejuk saja.

Tanda lain ialah hidungnya nampak seakan tunduk. Paling mudah, seperti jatuh.
Pelepisnya melekuk.
Pergelangan tanganya mulai renggang
Terdapat keluarnya peluh yang berlainan warna (berwarna kuning).
Apa yang harus dilakukan menghadapi perkara ini?
Bila berlakunya kematian, lebih-lebih lagi waktu tengah malam inilah yang harus anda lakukan. Ingat, inilah kali terakhir anda berbakti kepada ibu dan ayah kerana selepas ini, kita hanya akan bertemu di alam akhirat.
Di Padang Masyhar di mana semua akan dibangkitkan untuk bertemu Allah, kita tak akan saling mengenali di antara satu sama lain biar semasa di dunia dialah ayah, dialah ibu atau dialah adik beradik kita. Jadi berbuat baiklah di dunia sementara masih ada kesempatan dan peluang.
TONTON VIDEO PENUH INI:
Inilah cara uruskan jenazah
1.Jenazah harus di tempat tinggi seperti katil atau pangkin. Ini memudahkan kita menguruskan jenazah dengan baik.
2. Buang semua pakaian yang dipakai. Kalau perlu gunting maka guntinglah.
3. Bersihkan anggota tubuh jenazah, khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau berak. Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah.
4. Tutupi jenazah dengan kain putih dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain batik lepas di atasnya.
5. Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat. Jika semasa kita hidup, muka kita mengadap kiblat, bila meninggal sebaliknya.
6. Telefonlah segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan yang kita baru saja kehilangan orang yang kita kasihi.
7. Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah kita. Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenazah, pihak polis yang datang akan memberikan kita permit pengkebumian. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah, siasatan lebih teliti dan akan membabitkan pihak hospital untuk post mortem.
8. Bila sudah ada permit pengkebumian, rujuklah kepada pihak masjid atau surau. Maklumkan kepada mereka. Ini bagi memudahkan pihak Ajk masjid membuat urusan seperti menyuruh pihak penggali kubur menggali lubang, menyediakan tempat mandi dan lain-lain lagi untuk keesokkan harinya.
9. Jika waris sudah lama sakit dan terbaring di perbaringan, ambil sedikit gerharu atau setanggi dan nyalakan. Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah.
Terakhir sekali, ini yang paling penting ya.
10. Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam, jangan sesekali membiarkan jenazah sendirian. Memang mereka telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.
Berikan tanggungjawab kepada adik beradik untuk jaga secara bergilir-gilir. Bacakan surah Yasin atau ayat suci al-Quran di sisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepada mereka. Sementara yang lain mungkin boleh tidur sekejap sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi sebelum dikebumikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

