Haneesya Hanee Mula Ceburi Bidang Modeling Seawal Usia 16 Tahun

Share

Kemunculan Haneesya Hanee dalam industri hiburan tanah air bukanlah sesuatu yang baru baginya. Gadis ini telah menceburi bidang modeling seawal usia 16 tahun lagi.

Pertama kali menyertai Majalah Remaja ketika sesi photoshoot, Haneesya sudah mula menunjukkan bakatnya dan kami percaya yang gadis ini bakal menyinar satu hari nanti.

Perkenalan yang bermula di laman Instagram, ketika itu Hanee hanya bermula sebagai seorang model sambilan.

Selepas menyertai dunia modeling, dia terus mencuba untuk berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Drama yang berjaya melonjakkan nama Haneesya, Cik Reen Cik Ngok Ngek telah menguatkan lagi namanya di persada dunia hiburan tanah air.

Kemunculan Haneesya Hanee di dalam Pencarian Dewi Remaja 2018/19 dilihat mampu untuk memberikan saingan sengit kepada semua para finalis. Setiap minggu, komitmen dan pencapaian yang diraih mendapat perhatian pihak juri.

Sokongan peminat yang diterima juga sungguh mengalakkan. Mungkin kerana ini juga yang membuatkan Haneesya lebih bersemangat untuk berjuang dalam pencarian Dewi Remaja kali ini.

Walau apapun terjadi, kami pasti akan ada rezeki lain buat Haneesya Hanee. Segala komitmen dan semangat yang ditunjukkan sebelum ini menyakinkan kami bahawa anak gadis ini mampu untuk survive

dalam industri.

Kami di Remaja ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Haneesya dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya.

 

IKLAN