
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi, The King: Eternal Monarch bakal melabuhkan tirainya. Jika sebelumnya drama Korea ini mendapat rating yang boleh dikatakan agak rendah, namun sedikit peningkatan dapat dilihat ketika drama ini hampir ke pengakhirannya.

Pada 6 Jun lalu, episod terbaru dari drama romantik fantasi itu menyaksikan peningkatan jumlah penonton daripada siaran sebelumnya. Menurut Nielsen Korea, The King: Eternal Monarch memperoleh skor purata di seluruh negara sebanyak 5.9 peratus dan 8.1 peratus untuk dua episodnya.

Sementara itu, drama TV Chosun, King Maker: The Change of Destiny terus menarik minat penonton, mengekalkan trend peningkatan dan mencapai penilaian rating tertinggi setakat ini. Drama Korea ini mendapat penilaian purata sebanyak 4.6 peratus untuk episod terbaru, sekaligus mencatatkan rekod peribadi drama tersebut.
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Yes..” Akhirnya Kamal Adli Temui Cinta, Uqasha Terima Lamaran LIVE

Kalau sudah jodoh, memang akhirnya tidak ke mana.
Selari dengan tema ‘Yang Epik Yang Legend’ di anugerah MeleTOP ERA malam ini, pelakon dan pengacara, Kamal Adli telah mengambil tindakan ‘gentleman’ ketika menyampaikan anugerah di atas pentas AME2020 untuk melamar kepada kekasihnya, Uqasha Senrose.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Fesyen Karpet Merah Paling Epik di AME 2020 – REMAJA
Umum mengetahui, Kamal dan Uqasha sedang hangat bercinta setelah sama-sama terlibat dalam drama Perempuan Tanpa Dosa di saluran Astro RIA.
Walaupun tidak terlalu menunjukkan kemesraan mereka berdua pada peringkat awalnya, namun peminat sudah dapat menghidu hubungan istimewa yang terjalin menerusi usikan pada bahagian caption foto dan video mereka berdua.
Akhirnya, Kamal dan Uqasha mengakui sedang mengenali hati budi masing-masing. Mereka berdua tidak pernah lekang dengan cerita cinta sejak awal penglibatan dalam bidang hiburan. Kini, Kamal dan Uqasha nampak sudah bersedia untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya menerusi lamaran secara langsung di pentas AME2020.
Meskipun riak wajah Uqasha jelas menunjukkan dirinya terkejut dengan lamaran tersebut, dia menerima lamaran Kamal seringkas berkata, “Yes..” sebelum mereka berdua turun dari pentas tersebut.
Haihh, memang bulan Disember tahun ini adalah bulan cinta buat keluarga Hero Remaja agaknya. Alhamdulillah!
ARTIKEL BERKAITAN: Sah Bergelar Suami, Ikmal Amry Selamat Diijab Kabul Dengan Pasangan – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
12 Selebriti Terkenal Dunia Beragama Islam Yang Korang Mungkin Tak Tahu

Kalau kita melihat kehidupan selebriti di Hollywood, mesti ramai yang tidak menyangka ada di antara mereka ini sebenarnya merupakan seorang Muslim.
Nah, Remaja nak kongsikan beberapa barisan atlet terkemuka, ahli muzik dan ikon yang mungkin korang sendiri tidak tahu bahawa mereka beragama Islam.
1. Mike Tyson

Merupakan seorang peninju yang hebat dan terkemuka dunia, Mike Tyson telah kembali memeluk Islam kembali pada tahun 1992 apabila dia telah dipenjarakan atas tuduhan merogol.
2. Dave Chappelle

Pelakon komedi ini memeluk Islam pada tahun 1998 dan berniat untuk mengerjakan ibadah Haji tetapi niatnya itu masih belum tercapai kerana permohonan Visanya tidak diluluskan.
3. Jemima Khan

Model British yang memiliki rupa paras menawan ini memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan. Walaupun akhirnya mereka bercerai dan dibesarkan dalam masyarakat Yahudi, tetapi Jemima masih kekal menjadi seorang Muslim yang setia.
4. Jermaine Jackson

Jermaine mungkin dikenali kerana dia merupakan salah seorang daripada keluarga Jackson. Dia mula memasuki Islam semula pada tahun 1989, selepas lawatan ke Bahrain. Berkahwin dengan seorang wanita Afghanistan, Jermaine mengakui bahawa dia tidak mendapat jawapan melalui agama Kristian yang dianuti sebelum ini.
5. Shaquille O’Neal

Mungkin kamu mengenalinya sebagai seorang pemain bola keranjang, namun adakah kamu tahu bawa dia seorang Muslim? Nama sebenarnya adalah Shaquille Rashaun yang bermaksud ‘pahlawan kecil’ dalam bahasa Arab.
6. Zayn Malik

Bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik merupakan salah seorang Muslim yang terkenal di sana. Malangnya, identiti Islam mereka terus-terusan dikritik dan menjadi antara konflik yang dihadapi oleh bintang ini.
7. Busta Rhymes

Rapper ini telah memeluk Islam tetapi terjadinya konflik apabila dia menyanyikan lagu yang dianggap tidak sopan, “Arab Money”. Seorang DJ telah pun dipecat kerana memainkan lagu ini di radio.
8. Snoop Dog

Seorang lagi rapper yang beragama Islam, Snoop Dog. Memeluk Islam pada tahun 2009, namun dilihat dia seorang yang gemar bertukar-tukar agama.
9. Cat Stevens

Penyanyi ini telah membuatkan peminatnya terkejut apabila dia telah memeluk Islam secara terbuka dan menukar nama kepada Yusuf Islam pada tahun 1978. Selepas memeluk Islam, dia dilihat sudah jarang melakukan persembahan pentas. Namun yang terbaru, dia sudah mula kembali aktif dalam dunia persembahan dan mendapat kritikan hebat daripada umat Islam kerana ingin kembali dalam industri muzik.
10. Akon

Pelantun suara “Smack That” dan “I Wanna Love You” ini adalah seorang Muslim yang dilahirkan di St. Louis, Missouri. Pada Jun 2015, dia ditemubual oleh akhbar The National di Abu Dhabi mengenai kerjaya dan agama: “Saya dilahirkan sebagai seorang Islam dan sentiasa menjadi pendebatan mengenai Islam dan muzik. Saya tidak pernah melihat aspek persembahan muzik itu sendiri, tetapi pada niat,”
“Malah, jika anda melihat penggunaan solat dalam Islam, kita berdoa dalam melodi. Apabila kita mendengar azan di seluruh dunia, ia juga dilakukan dengan melodi. Jadi, tiada siapa yang boleh memberitahu saya bahawa muzik itu haram.”
11. Gigi & Bella Hadid

Pasangan adik-beradik ini merupakan model terkenal dunia yang berdarah Arab. Bapanya Mohamed Hadid dilahirkan di Palestin sebelum berpindah ke Amerika Syarikat. Sewaktu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menentang Islam di AS, Gigi antara individu yang berkempen menentang Donald Trump habis-habisan.
12. DJ Khaled

Penerbit muzik yang pernah memenangi Grammy Award ini merupakan seorang Muslim. Ibu bapanya berdarah Palestin dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Menerusi majalah Esquire terbitan tahun 2018, DJ Khaled dengan bangganya mengaku bahawa dia seorang Muslim dan membesar sebagai Muslim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sah! Kugiran Masdo Dan The Changcuters Bakal Gegarkan Zepp KL 29 Disember Ini!

Akhirnya hasrat para peminat dua kumpulan menjadi realiti apabila Kugiran Masdo dan kumpulan popular negara seberang, The Changcuters bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur, pada 29 Disember ini.
Diberi nama Kugiran Masdo x The Changcuters, Kugiran Masdo Empire (KME) sebagai peneraju menganjurkan konsert julung kali yang menggabungkan ‘kolaborasi pecah’ antara Kugiran Masdo dan The Changcuters. Ia juga bakal menghimpunkan rantaian peminat yang menjadi tulang belakang mereka.
Wakil penganjur KME, saudara Azanol atau lebih dikenali sebagai Putu Ceri memberitahu, pihaknya yakin konsert berkenaan mendapat sambutan ekoran permintaan yang tinggi daripada pengikut tegar kugiran tersebut.

“Sebagai penganjur KME mahu membawakan sebuah hiburan yang bersifat nusantara dan sangat berbesar hati kerana dapat menyatukan Masdo bersama The Changcuters. Ini melambangkan muzik tempatan atau dari negara jiran tidak ada beza jika kita saling menghargai, menyokong dan menghormati.
“Dengan dua genre muzik yang ‘gila gilaan’, disokong peminat yang sangat menjadi tulang belakang kelangsungan perjuangan kami, KME percaya Kugiran Masdo x The Changcuters di Zepp KL kelak akan mendapat sambutan.
“Apalagi pemilihan tanggal 29 Disember sebagai sebuah signifikan penutup tahun 2022 yang sudah melihat industri seni kembali semarak dan kami berharap kehadiran 2023 akan memberi lebih banyak rezeki serta kesempatan baik untuk seluruh industri terutama muzik,” ujarnya.

Sementara itu, The Changcuters juga melahirkan keterujaan kembali ke Malaysia setelah sekian lama tidak membuat persembahan di hadapan peminat mereka di Malaysia, terutamanya buat Changcut Rangers.
“Tentu sekali lamaran yang diberi tidak akan disia siakan. Kugiran Masdo adalah sebuah ‘maniac’ di Indonesia dan The Changcuters sangat berbesar hati untuk berkongsi panggung dengan mereka.
“Kami akan pastikan malam Kugiran Masdo X The Changcuters adalah momen tak terlupakan buat semua penggemar kami,” kata The Changcuters.
Sekadar informasi, Kugiran Masdo yang cukup terkenal dengan hit Bunga dan Dinda telah berada dalam persada seni tempatan sejak 2015.
Untaian karya mereka yang bersadurkan irama 60-an kemudian meniadi kegilaan di Indonesia dan membuat Kugiran Masdo sebagai pemuzik ‘wajib’ dalam kebanyakan festival yang diadakan di serata republik tersebut.
Selain itu, The Changcuters pula cukup terkenal dengan muzik garage rock sudah menakluk belantika muzik Indonesia seawal tahun 2006 menerusi lagu seperti Rachun Dunia dan I Love You Bibeh.
Tiket bermula harga RM159 (Minami), RM179 (Berchanda), RM199 (Gila Gilaan), RM249 (Amore) dan RM799 (VIP Box) sudah mula dijual melalui https://tapau.asia/ticket.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Kugiran Masdo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

