Baru-baru ini, seorang pakar undang-undang Korea Selatan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas mempertikaikan tindakan pelakon terkenal, Lee Si Young yang dikatakan hamil menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) menggunakan embrio beku daripada perkahwinan lama tanpa persetujuan bekas suaminya.
Pada 8 Julai, bekas hakim Mahkamah Keluarga Seoul merangkap peguam Lee Hyun Gon, memuat naik perkongsian beliau mengenai isu tersebut di platform peribadi miliknya.
“Beberapa wartawan menghubungi saya tentang kes Lee Si Young, jadi saya telah ringkaskan aspek perundangannya,” katanya.
Kredit foto: Instagram @leesiyoung38Kredit foto: Instagram @leesiyoung38
Menurut beliau, memandangkan bayi itu bakal dilahirkan selepas penceraian, ia tidak dikategorikan sebagai anak yang dilahirkan dalam ikatan perkahwinan. Justeru, satu proses pengiktirafan secara rasmi perlu dilakukan.
Ads
“Bapa kandung boleh mengakui anak tersebut secara sukarela atau si ibu boleh memfailkan saman untuk pengiktirafan bapa,” katanya.
“Sebaik sahaja pengiktirafan diberikan, semua hak dan tanggungjawab keibubapaan seperti hak penjagaan, lawatan, pewarisan, dan nafkah anak akan terpakai,” jelasnya.
Kredit foto: Instagram @leesiyoung38
Namun begitu, isu yang lebih kontroversi turut diketengahkan oleh peguam Lee Hyun Gon, iaitu kehamilan melalui IVF tanpa izin daripada bekas suami di mana tindakan ini berpotensi mencetuskan perdebatan dari sudut legaliti dan hak individu dalam pengurusan embrio selepas penceraian.
Ads
“Fakta bahawa anak itu dikandung melalui IVF tanpa persetujuan bekas suami boleh menimbulkan persoalan undang-undang,” tegasnya.
Walau bagaimanapun, beliau turut menjelaskan bahawa hubungan dua orang dewasa dan hubungan perundangan antara bapa dan anak adalah isu yang berasingan.
Ads
Bekas suami Lee Si Young, Cho Seong Hyun
Terdahulu, Lee Si Young mengumumkan kehamilannya melalui media sosial serta menjelaskan bahawa dirinya memilih untuk berkongsi khabar ini bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang tidak perlu di kemudian hari.
Sekadar info, kes ini menimbulkan persoalan besar tentang sempadan etika dan legaliti dalam penggunaan teknologi pembiakan moden, terutamanya apabila melibatkan embrio yang dihasilkan semasa perkahwinan tetapi digunakan selepas penceraian. Selain itu, reaksi masyarakat dan dunia perundangan dijangka akan terus memerhati perkembangan kes ini dengan penuh teliti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, mesti korang selalu je dengar tentang masalah kewangan yang melanda universiti tempatan, kan?
Penulis sendiri tertanya-tanya, universiti tempatan memang sentiasa ‘sengkek’ duit ke walaupun nama sudah terbilang di peringkat dalam negara dan antarabangsa?
Malangnya, ya.
Disebabkan itulah, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik semalam mengumumkan cara untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menjual nombor pendaftaran kenderaan (nombor plat) edisi istimewa kepada alumni universiti tempatan yang terlibat.
Menurut laporan dari Berita Harian, Kementerian Pengangkutan juga telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Menerusi kenyataan menterinya, Anthony Loke, cadangan itu diluluskan demi memberi peluanh kepada Universiti untuk mengaut dana bagi pelan penyelidikan dan pembangunan institusi.
Iyalah, kalau nombor kenderaan yang ‘cantik’, ia selalu boleh mencecah hingga ke enam angka jika dibida!
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pula berkata, “Dengan kerjasama di antara JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dengan pihak universiti, kami akan cuba untuk mengisukan idea menjual nombor plat ini.
“Contohnya, untuk bekas pelajar UM (Universiti Malaya), kita boleh menjual nombor UM1000, atau UM2322. Jadi, separuh hasil jualan nombor itu pergi ke JPJ dan separuh lagi kepada universiti,” kata beliau.
Universiti Islam Antarabangsa = U1AM 2020?
Dr. Maszlee juga mengajak agar para alumni menunjukkan sokongan terhadap universiti masing-masing dengan mendapatkan nombor plat edisi istimewa ini. Come on, siapa lagi nak support kalau bukan bekas pelajar sendiri?
*
Bagi yang berminat, pihak kerajaan bersetuju menurunkan harga permohonan nombor plat khas dari RM1 juta kepada RM500,000 sahaja.
Kelonggaran yang diberikan selama tiga tahun ini membolehkan pihak universiti menawarkan nombor plat secara tender atau bidaan.
*
Sebelum ini korang selalu lekat sticker je kan dekat cermin belakang kereta. ‘Up’ kan lah sikit dengan menukar nombor plat.
Cer komen, apa nombor plat pilihan masing-masing?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada bulan lalu, syarikat penerbangan Malindo dan Cathay Pacific daripada Hong Kong telah mengambil tindakan awal untuk mengecualikan caj penukaran penerbangan kepada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman untuk mengundi pada 9 Mei ini.
Hari ini, dua syarikat penerbangan gergasi negara iaitu Malaysia Airline Group (MAG) dan AirAsia pula yang mengambil tindakan serupa untuk penumpang setia mereka.
Bagi korang yang sudah pun menempah tiket penerbangan bersama AirAsia dan ingin mengubah tarikh perjalanan, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 hari daripada hari ini.
Korang boleh memilih untuk:
1) Menganjak tarikh penerbangan tanpa caj tambahan. Tarikh penukaran pula adalah 30 hari daripada tarikh tempahan tiket awal. Bagaimanapun, sebarang penukaran bergantung kepada kekosongan.
2) Pilihan kedua, korang boleh menukar fare value daripada tiket yang ditempah lebih awal itu menggunakan akaun AirAsia BIG Loyalty untuk penerbangan pada masa hadapan. Ia boleh ditebus semula dalam tempoh 90 hari daripada tarikh penukaran fare value itu.
AirAsia tidak keseorang apabila MAG juga menawarkan pengecualian caj yang sama bagi tempahan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings sempena Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Kata wakil daripada MAG, pengecualian ini merangkumi semua jenis tiket yang tarikh perjalanannya jatuh di antara 8 Mei sehingga 10 Mei 2018.
Sama seperti AirAsia, sebarang bentuk perubahan tiket perlu dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.
Sekiranya ingin menangguh perjalanan ke destinasi asal, korang juga boleh melakukannya sehingga tempoh 2 bulan daripada tarikh penerbangan asal.
Ya, mungkin korang beranggapan bahawa kita baru sahaja menghampiri penghujung bulan Jun tahun 2018. Tapi sebenarnya dalam istilah industri muzik terutamanya K-pop pelbagai perkara telah berlaku.
Tidak kiralah sama ada comeback dari grup ‘otai’ atau grup popular hinggalah kepada grup rookie yang muncul mencuba nasib di pentas Korea dan juga antarabangsa.
Namun sehingga kini sudah banyak grup K-pop yang baru melakukan debut pada tahun ini. Ada sesetengahnya mungkin mendapat liputan yang meluas dan mungkin ada yang tidak berapa menyerlah tetapi mempunyai potensi besar. Kali ini REMAJA ingin kongsikan 5 buah grup rookie pilihan kami yang dirasakan mempunyai potensi sangat besar untuk menjadi sebuah grup yang popular pada masa akan datang.
Siapakah mereka? Jom sama-sama kita saksikan. Hwaiting!
TARGET
Kemunculan mereka pernah mendapat perhatian yang hebat selepas muncul dengan video tarian lagu BTS, ‘Not Today’. Kelincahan mereka beraksi membuatkan peminat K-pop ramai tertanya-tanya siapakah mereka ini? Grup yang dianggotai 7 orang ahli ini ialah TARGET dan telah aktif di Jepun sejak tahun 2017. Mereka muncul melakukan debut pada bulan Januari lalu dengan single ‘Awake’.
YDPP
Mereka merupakan sebuah grup projek membawa nama YDPP yang dianggotai empat orang oleh bekas peserta program realiti TV popular ‘Produce 101 (Musim Kedua)’. Mereka ialah Lim Young Min dan Kim Dong Hyun (pernah debut bersama MXM) dan disertai dua bakat baru Starship Entertainment, Jeong Sewoon dan Lee Gwang Hyun. Dengan single pop ‘Love It Live It’, kemunculan mereka mendapat perhatian yang agak baik. Namun potensi dimiliki mereka sangat besar.
NTB
Dari segi teknikalnya, NTB bukanlah grup yang baru kerana mereka telah aktif di negara Jepun sejak tahun 2016. Namun mereka kini mengambil keputusan untuk aktif di Korea selepas memperkenalkan single ‘Dramatic’. NTB yang membawa maksud ‘Naughty Boys’ dianggotai enam orang ahli iaitu L.Min, Seowoong, G.O, Youngbo, Jaeha dan Hyobin. Walaupun pernah dilanda skandal buli antara ahli pada tahun 2016, namun NTB kini mahu bangkit dan menjadi sebuah grup serba baru.
Harus diakui bahawa grup dalam bentuk band berinstrumen agak sukar untuk mengecap kejayaan dan populariti dalam masa singkat. Band lama seperti CNBLUE dan FT Island juga mengambil masa agak lama untuk berada di tempat mereka sekarang. Mungkin itulah yang dihadapi oleh W24 (membawa maksud World 24 Hours) yang dianggotai oleh lima orang ahli. Namun dengan sambutan hangat single ‘Love Me’, ramai beranggapan W24 mampu menjadi band yang akan terus meniti di bibir peminat dalam masa akan datang.
AZM
Kadangkala grup wanita berdepan dengan ujian yang agak berbeza dengan grup lelaki. Perbandingan mereka terhadap grup-grup terdahulu pasti berlaku. Akan tetapi ia sedikitpun tidak melunturkans emangat AZM yang dianggotai empat orang ahli iaitu Eunji, Suhyun, Seoyeon dan Yukyung. Berjaya dengan debut menerusi single ‘Edge’, AZM dilihat sebagai sebuah grup wanita penuh dinamik muncul dengan koreografi dan tarian yang unik. They’re like a breath of fresh ai=!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.