Mukbang bukan satu benda yang asing lagi zaman sekarang ni bila ramai orang berlumba-lumba buat content makan dengan lahap dan nampak begitu menyelerakan. Trend ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.
Trend ini menjadi ikutan banyak negara kerana seseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan hanya makan depan kamera sahaja.
Bagaimanapun, trend ini bakal dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping sebelum ini menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
Ads
Terbaru, China dilaporkan telah meluluskan undang-undang anti pembaziran makanan yang melarang pengunjung di restoran daripada memesan makanan secara berlebihan. Malah undang-undang yang mula dikuatkuasakan mulai Mei lalu melarang merakam atau berkongsi video makan-makan iaitu mukbang.
Ads
Kira-kira 35 juta makanan dilaporkan dibazirkan di China setiap tahun, menurut media negara China. Sebagai perbandingan, sekurang-kurangnya 66 juta makanan telah dibazirkan di Amerika Syarikat setiap tahun, menurut Jabatan Agrikultur A.S.
Menurut undang-undang baru itu, restoran boleh didenda sehingga 1,550 dollar (Sekitar RM 6 ribu) kerana menggalakkan pelanggan memesan makanan dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan pembaziran.
Ads
Stesen TV dan syarikat media atas talian boleh dikenakan dengan hingga 16,000 dollar (sekitar RM 66 ribu) jika mereka didapati membuat atau menayangkan video berkenaan makan-makan yang melanggar undang-undang tersebut.
Undang-undang ini juga mewajibkan penganjur dan pengunjung jamuan makan untuk memesan jumlah makanan yang diperlukan sahaja ketika makan di luar.
Al-Fatihah untuk arwah Mohd Shafuan Norazhar yang telah menghembuskan nafas terakhir di Wad Onkologi dan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 8.45 malam tadi.
Kesengsaraan remaja berusia 19 tahun dan mengidap kanser tulang ini mendapat simpati ramai termasuk penyanyi Awi Rafael yang datang menziarahinya sebelum ini.
REMAJA pernah kongsikan kisahnya di mana sebelum kanser tulang dikesan, arwah Mohd Shafuan terlebih dahulu mengalami sakit belikat dan pergi berurut ke bebeberapa orang sebelum membuat pemeriksaan di hospital.
Al-Fatihah untuk arwah Mohd Shafuan, pesakit kanser tulang yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi
Bapanya Nor Azhar saat dihubungi REMAJA sebentar tadi, berkata, jenazah anaknya baru selesai dimandi dan dikafankan sementara menunggu untuk dikebumikan di Kampung Sungai Rotan, Titi, Jelebu Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Nor Azhar berkongsi detik akhir anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“5 hari sebelum pemergiaannya, perlakuan Shafuan sudah nampak berbeza. Cakapnya pun sedikit berbeza. Tangannya menunjuk-nunjuk sesuatu. Senyum sendiri, bercakap sendiri. Seolah-olah arwah mahu mengalihkan rasa sakitnya dan mahu dirinya lebih diberikan perhatian oleh saya barangkali,” katanya ketika dihubungi.
Nor Azhar menjelaskan lagi, pagi sebelum janji Allah taala itu sampai ke atas setiap umatnya, Shafuan bagaikan mengerti itulah detik akhir dia boleh bergurau senda.
“Bila saya peluknya sambil menangis kerana melihat keuzurannya, Shafuan siap berkata, rileklah ayah. Saya dah ok la. Jangan menangis lagi. Dia siap buka oksigen yang dipakainya sambil kata. Tengok saya dah bebas. Perlakuannya seolah-olah mahu menunjuk yang dirinya sudah sihat dan saya tak perlu bimbang lagi. Tapi kemudian dia pakai semula oksigennya kerana arwah susah bernafas,” katanya mengakui redha dengan pemergian anaknya itu.
Nor Azhar menjaga anaknya di HKL sepanjang anaknya mendapat rawatan di sini
Bengkak pecah dan keluarkan darah banyak
Dalam pada itu, Nor Azhar menjelaskan pagi sebelum malam kejadian, bengkak di bahu anaknya pecah dan mengeluarkan darah yang banyak.
“Selepas dibersihkan, keadaannya nampak terlalu lemah dan dia banyak berehat saja. Malah doktor juga ada memaklumkan kepada saya untuk memanggil sanak saudara yang mahu melihatnya kerana keadaannya ketika itu agak uzur.
“Saya bawa isteri dari kampung dalam keadaan strok itu. Memang sedih hadapi saat-saat akhir hidupnya. Saya ajar anak mengucapkan. Bisikkan kalimah-kalimah Allah di telinganya. Arwah asyik terbaring lemah.Bila dikejutkan dia terjaga.
Segalanya tinggal kenangan. Arwah Mpohd Shafuan ketika keadaan kesihatannya agak sihat berbanding tubuhnya yang kurus sebelum pemergiannya
Sedihnya hadap saat akhir anak..
Kata Nor Azhar lagi, sekuat mana dirinya sebagai seorang lelaki tetapi bila diuji menghadap sendiri anak bakal meninggalkannya, kesedihan itu sukar dibendung.
“Saat akhir hayatnya, saya turun ke bawah kerana tak sanggup lihat detik itu. Kawan yang sama menjaganya di hospital tolong jagakan seketika. Tapi baru tiga minit saya turun, kawan telefon suruh naik cepat. Katanya Shafuan mahukan saya.
“Mungkin anak mahu saya lihat juga saat dia menghembus nafas terakhir. Saya duduk dekatnya, ajarkan mengucap lagi, bisikkkan kalimah Allah..Allah di telinganya dan kala itu, Shafuan hembuskan nafas terakhirnya.
“Allah, memang berat ujian ini.Kami sekeluarga sudah berusaha untuk mengubati kanser tulang dihadapinya tetapi Allah lebih sayangkannya.
“Terima kasih pada segala bantuan kewangan, doa-doa yang tidak pernah putus selain sokongan. Saya redha dengan semua ini,”katanya yang sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua insan yang berkongsi kenangan bersama arwah anaknya itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini bukan kali pertama anak Malaysia buktikan kemampuan dimata dunia.
Mungkin kedengaran tidak masuk dek akal, namun baru-baru ini atlet kriket Malaysia, Harinder Singh Sekhon telah berjaya mencipta rekod dunia baharu untuk lompatan tertinggi dari posisi duduk.
Malah, kejayaannya itu turut mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana telah mencatat lompatan setinggi 1.52 meter.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Harinder berkata bahawa dia telah berjaya mencipta rekod dunia baharu untuk lompatan tertinggi dari posisi duduk dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya selama ini.
Sebelum ini, rekod dunia ini dipegang oleh Victor Hubbard dari Amerika Syarikat untuk lompatan tertinggi dari posisi duduk selepas mencatatkan ketinggian 1.48 meter pada Februari lalu.
Menerusi tinjauan kami di laman Instagram Harinder, terdapat beberapa buah video menunjukkan beliau komited dengan latihan sehingga berjaya mencapai ke tahap ini.
Untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama Harinder mendapat pengiktirafan dunia. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dengan pengiktirafan daripada Guinness World Records untuk lompatan paling tinggi dengan sebelah kaki sebelum ini. Cayalah dapat pecah rekod dunia sebanyak dua kali.
Moga terus maju jaya di masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu scammer menipu orang ramai bagaikan tiada kesudahan. Muncul dengan pelbagai idea baru untuk terus menarik perhatian orang tapi kes yang terjadi di Kuching Serawak ini agak aneh juga sebab pastinya ia bukan berkaitan dengan soal duit.
Remaja berusia 20 tahun didakwa sebagai Shah Hairil Izman Dave, menyamar sebagai ‘doktor’ Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.
Doktor palsu itu telah memperdaya kakitangan hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu kerana berpakaian kemas termasuk bertali leher sama seperti penampilan seorang doktor. Malah, ‘Dr’ Shah Hairil Izman turut menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.
Namun ‘tembelang’nya pecah apabila seseorang yang berada di PPV itu mengenalinya dan mengakui rakan sekelas tertuduh ketika di tingkatan dua pada 2016.
Tertuduh ditahan polis di PPV Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Julai lalu sekitar pukul 3 petang. Ketika ditahan, polis turut merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.
Syah Hairil dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahu atau denda jika disabit kesalahan.
Adeh…tak ada masalah cari masalah namanya ni…Hmm mungkin cita-cita nak jadi doktor mungkin…hmm
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.