
Satu dunia teruja dengan perkongsian gambar di Instagram Justin Bieber dengan menunjukkan perut isterinya, Hailey yang semakin membesar hamil anak pertama mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Justin Bieber Bakal Jadi Bapa! Hailey Bieber Sah Hamil Anak Pertama
Pasangan ini telah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka mengejutkan orang ramai dengan berita kehamilan Hailey!
Untuk momen intim mereka di Hawaii, Hailey mengenakan gaun renda putih off-shoulder dari Saint Laurent.

Semasa memperbaharui ikrar perkahwinan mereka, Hailey turut menggayakan veil putih yang diikat seperti selendang di kepalanya, kaca mata hitam Saint Laurent, jam tangan emas dan barang kemas Tiffany & Co yang sepadan dengan Justin.
Manakala Justin pula memakai, t-shirt putih, seluar hitam, topi besbol dan fuzzy bomber jacket daripada Saint Laurent.


Untuk info, gaun busana pengantinnya dulu pun direka oleh Virgil Abloh. Ia sangat chic dan menyerlahkan seri penampilannya di hari bahagia itu!
Dah nampak ‘baby bump’ tu. Tahniah Justin dan Hailey Bieber!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang Berwajah Bulat? 6 Stail ‘Bob-Cut’ Boleh Cuba Tahun 2022 Ini

Cop! Cop! Cop!
Biasanya kita selalu mahu memotong rambut mengikut bentuk muka supaya ia terletak cantik tapi takut mengayakan rambut pendek aras bahu dek kerana wajah bulat?
Jangan risau, yang penting korang kena confident!
ARTIKEL BERKAITAN : 4 Trik Muka Bulat Jadi Runcing Dengan Sekelip Mata Ikut Gaya K-POP
Jadi apa kata buat korang yang miliki berwajah bulat dan ingin tampil dengan rambut pendek boleh mencuba potongan bob, potongan rambut serigala hingga potongan pixie. Semak pilihan gaya rambut pendek untuk wanita 2022:
- Bob Rata

Blunt bob atau flat bob sesuai untuk mereka yang berwajah bulat. Untuk menyamarkan pipi tembam, pilih bob rata yang sedikit di atas bahu. Tapi awas! jangan terlalu pendek kerana muka tidak menjadi tidak berdimensi.
2. Bob Asymmetrical

Bob asimetri ialah gaya rambut pendek untuk wanita pada tahun 2022 yang sesuai untuk wajah bulat kerana ia memberikan ilusi wajah yang lebih panjang. Ciri bob asimetri ialah satu hujung lebih panjang daripada yang lain. Selain memberikan ilusi wajah yang lebih panjang, potongan ini juga kelihatan lebih edgy.
3. Bob Nungging

Bob bersudut atau juga dikenali sebagai bob nungging juga akan menyamarkan muka bulat. Seperti rambut ikonik Victoria Beckham, potongannya tebal di bahagian belakang, dan tirus di bahagian depan untuk membentuk muka.
4. Wolf Haircut

Satu lagi gaya rambut pendek alternatif untuk wanita 2022 untuk muka bulat ialah potongan rambut ala serigala. Potongan rambut mullet ini sangat popular tahun ini. Dengan banyak lapisan dan potongan perangkap, kesan muka menjadi lebih panjang.
5. Pixie Cut

Jika korang rasa muka bulat tidak sesuai dengan potongan pixie, korang silap!
Gaya rambut ini memberikan rupa edgy pada penampilan. Supaya bentuk muka tidak menjadi tumpuan utama, maka potongan pixie perlu menggunakan side bangs supaya wajah kelihatan lebih berdimensi.
6. Curtain Bangs

Curtain Bangs ialah poni yang terbelah dua seperti langsir. Kedua-dua bang yang runcing akan mengimbangi bentuk muka yang bulat. Curtain Bangs sering disarankan bagi mereka yang berwajah bulat. Boleh memadankannya dengan potongan rambut bob untuk dipadankan dengan penampilan.

Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rosé BLACKPINK Kini Duta Global PUMA Speedcat Ballerina, Sepatu Gaya ‘Mary Jane’ Semakin Digemari!

Ahli kumpulan Blackpink, Rosé yang sinonim dengan gaya feminin dan edgy kini rasmi dilantik sebagai duta global bagi jenama sukan ikonik PUMA menerusi kempen terbaru jenama itu untuk koleksi Speedcat Ballerina.
Sepatu yang menggabungkan gaya ‘Mary Jane’ klasik dengan elemen perlumbaan yang diinspirasikan daripada rekaan asal model kasut PUMA Speedcat inilah yang membuatkan Speedcat Ballerina satu inovasi unik.
Keanggunan & Kelajuan Digabung
Menariknya mengenai PUMA Speedcat Ballerina, ia mula diperkenalkan semasa Copenhagen Fashion Week dan terus menjadi buah mulut dalam kalangan pemerhati fesyen antarabangsa.
Peminat setia PUMA akan tahu bahawa rekaan Speedcat mula dilancarkan pada tahun 1999 dan asalnya dicipta khas untuk pelumba F1. Rekaan sepatu ini sengaja dibuat rendah untuk memberi kawalan penuh kaki di atas pedal.
Dengan nafas baharu yang diberikan kepada kasut yang dimodelkan oleh Rose ini, PUMA Speedcat Ballerina pantas menjadi kegemaran para gadis di luar sana.
Ini kerana PUMA Speedcat Ballerina mengetengahkan forefoot terbuka dengan tali elastik. Selain menyerlahkan aura ballet flat moden pada kaki si pemakai, ia juga mempunyai estetika retro yang popular masa kini. Iyalah, PUMA Speedcat menyuntik DNA PUMA dari era 1920-an ke dalam rekaan sporty sebegini.
Kehadiran Rosé sebagai duta baharu PUMA juga simbolik kepada peralihan era baharu PUMA yang lebih berani, lebih ekspresif dan penuh keyakinan.

Untuk pengetahuan korang, rekaan PUMA Speedcat Ballerina ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik seperti dua tona hitam-merah jambu dan perak metalik yang diinspirasikan daripada badan kereta lumba Formula 1.
Bagi meraikan pelancaran PUMA Speedcat Ballerina baru-baru ini, PUMA x JD Sports telah mengadakan acara pelancaran Speedcat Ballet dalam stor pop-up bertemakan motel retro di Starhill Piazza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 16 hingga 20 April lalu.



Koleksi Speedcat Ballerina kini boleh didapati di PUMA.com, JD Sports, ATMOS, Foot Locker dan cawangan PUMA seluruh negara bermula harga RM379.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Melaka Bawa Nama Ke KL Fashion Week, Dua Beradik AkuDesign Jual Baju T Di Universiti Hingga Miliki Butik Sendiri

Saban tahun musim KL Fashion Week (KLFW) menjengah, salah satu tumpuan acara tentunya adalah untuk mengetahui jenama baru manakah yang akan melakukan kemunculan debut mereka di pentas fesyen berprestij tempatan itu.
Buat edisi ke-12 pada tahun ini, slot tersebut diberikan kepada jenama fesyen streetwear yang berasal dari Melaka iaitu AkuDesign.
Tampil dengan koleksi Behind The Block, AkuDesign yang diasaskan oleh Amirel Amen Anuar (atau mesra dengan panggilan Kasu) bersama abangnya, Afiq Afify Anuar telah mengambil peluang untuk mempertontonkan identiti serta kreativiti jenama mereka itu dengan penuh bergaya.




Sebilangan besar helaian-helaian dalam koleksi khas Ogos/September ini terdiri daripada helaian asas yang boleh korang stailkan dengan koleksi sedia ada yang sudahpun korang miliki.
Apa yang menjadi titik istimewa Behind The Block pada pandangan penulis adalah the styling magic yang mencerminkan budaya jalanan, pendakian serta perkhemahan yang semakin diminati oleh kelompok remaja Malaysia.
BEHIND THE MALACCAN BLOCK
Di sebalik kejayaan untuk berada di pentas KLFW 2024, AkuDesign sebenarnya telahpun menantikan momen tersebut selama 15 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2009 ketika Kasu & Afiq masih bergelar mahasiswa; masing-masing mengambil jurusan Juru Ukur Bahan (Quantity Surveyor) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan jurusan Seni Bina & Rekaan Alam Sekitar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.
“Sewaktu AkuDesign ditubuhkan, saya baru tamatkan SPM dan kami amat meminati sukan papan luncur dan budaya grafiti. Berlainan dengan zaman sekarang, pada tahun 2009 itu, sumber inspirasi kami hadir daripada majalah-majalah skate terbitan tempatan seperti Revolution.
“Selepas berpindah ke Melaka dari Kuching, Sarawak; saya dan Afiq terfikir untuk menubuhkan satu jenama streetwear untuk suka-suka dan memenuhi minat. Impian kami pada masa itu hanyalah untuk melihat ada orang memakai jenama kami di khalayak ramai.
“Kami pun tidak sedar apabila AkuDesign sudah memasuki ‘hari jadi’ pertamanya. Kemudian memasuki tahun kedua, macam dah dua tahun? Eh, dah lima tahun?
“Sehinggalah AkuDesign sudah berusia 15 tahun pada 2024, kami kekal sahaja dengan cara follow the flow. Perancangan berterusan itu tentulah ada here and there, namun kami selesa cuma menikmati perjalanan ini tanpa terlalu meletakkan tekanan serta harapan menggunung,” katanya ketika ditemui REMAJA di stor flagship AkuDesign yang terletak di Banda Hilir, Melaka.



Kongsi Kasu lagi, nama AkuDesign dipilih sewaktu zaman kegemilangan muzik indie dan budaya indie di Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sememangnya menjadi satu kebanggaan kelompok tersebut dan mereka putuskan untuk memilih satu nama yang mewakili siapa diri mereka yang sebenar.
Maka, terhasillah AkuDesign. Bila melihat pelanggan mereka memakai helaian baju AkuDesign di luar, sekurangnya mereka boleh berkata, ‘Oh baju itu aku yang design‘.
“Tamat pengajian di UTM Skudai, saya mempunyai dua pilihan sama ada untuk membuka stor fizikal AkuDesign di Kilang Bateri, Johor Bahru atau di Melaka.
“Sebab utama kami memlih Melaka adalah kerana tarikannya sebagai pusat pelancongan and we will have people to come and go. Selain pelanggan lokal yang setia, ramai pelanggan kami juga berasal dari luar negara seperti Jepun dan China, so the plan worked.
“Sudah tentu, kami memang ada perancangan untuk membuka sebuah cawangan di Kuala Lumpur. Doa-doakan ia menjadi realiti,” katanya.
NASIHAT BUAT ANAK MUDA YANG TERINSPIRASI DENGAN AKUDESIGN
“Bagi saya, jika ada yang ingin menceburi bidang perniagaan seperti fesyen dan sebagainya, pertama sekali korang kena tanya pada diri sendiri, ‘Aku nak jadi apa sebenarnya?’.
“Kalau korang seperti saya yang bertukar haluan dari Quantity Surveyor kepada Fashion Business, tepuk dada dan tanyalah minat sendiri.
“Yang penting, jangan takut buat silap. Langgar sahaja, korang masih muda dan boleh belajar dari kesilapan. Yang penting, tidak menyesal di kemudian hari.”
KLIK pautan di bawah untuk menonton temubual penuh REMAJA bersama AkuDesign featuring Kasu.
FOTO: Instagram AkuDesign
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

