Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi dilaporkan sudah ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri sebagaimana diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dalam perbicaraan pada 13 Mac lalu.
Lapor akhbar Sinar Harian, menurut peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, telah melakukan rawatan tersebut namun keputusan masih belum dikeluarkan oleh doktor.
“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” ujarnya.
Difahamkan, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu tetap dibenarkan untuk berjumpa dengan dua cahaya matanya.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan pelakon itu bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac.
Ads
Menurut laporan Berita Harian, perintah tersebut dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah, selain dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Pelakon drama popular Tundukkan Playboy itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya dua minggu lalu, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim.
Ads
Terdahulu, pelakon terbabit berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang. Pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon kacak Korea Park Seo Joon yang popular menerusi siri drama Itaewon Class, What’s Wrong with Secretary Kim dan Hwarang menjadi perhatian di group Facebook apabila namanya dijadikan meme.
Meme tersebut dikongsi dalam group Facebook PSJ Trend yang memuat naik beberapa foto Park Seo Jin dengan ayat-ayat pick up line yang menghiburkan. Antara yang disebut adalah seperti “Gonna name my car Seo Joon, so I can Park Seo Joon” dan “Gonna name my suitcase Seo Joon, so I can Pack Seo Joon”.
Ada juga warganet yang kreatif dengan kemahiran suntingan yang baik telah memuat naik gambar papan tanda sebuah taman yang dikenali sebagai Seo Joon Park. So pickup linenya, “I live next to Park Seo Joon”.
Trend ini menjadi popular sehingga ia turut digunakan dalam variasi meme bagi selebriti Korea yang lain seperti Jisoo Blackpink dan Jungkook serta Jimin BTS.
Netizen ni memang kreatif la. Korang ada pickup line yang lagi best untuk kongsikan dengan kami? Hiks!
Selebriti tanah seberang, Marshanda sering kali berkongsi momen bersama anak perempuannya, Sienna. Bagaimana mereka berdua yang kelihatan seperti bestie?
Menginjak ke usia 11 tahun, gadis bernama Sienna Kasyafani ini merupakan anak hasil perkahwinan Marshanda dan pelakon lelaki, Ben Kasyafani. Jelas, Sienna mewarisi kelebihan paras rupa kedua ibu bapanya.
Anak Perempuan Marshanda
Tanpa secalit solekan dan berhijab ringkas, tidak mengejutkan apabila ramai peminat Marshanda yang menyamakan wajahnya semasa masih kecil dengan Sienna.
Sebagai seorang anak seni yang memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak di Indonesia, wajah manis Marshanda mula dikenali sejak di bangku sekolah disebabkan kelibatnya menerusi beberapa sinetron popular seperti Bidadari.
Anak Perempuan MarshandaAnak Perempuan MarshandaAnak Perempuan MarshandaAnak Perempuan Marshanda
Biarpun bakat ibunya itu diwarisi oleh Sienna, kanak-kanak itu buat masa ini belum mengikut jejak langkah ibunya itu dan lebih selesa bergelar kanak-kanak normal yang menikmati usia mudanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya dah terlalu kerap negara kita menyambut kehadiran barisan selebriti terkenal dari luar negara terutamanya bintang Kpop yang menganjurkan konsert mereka disini.
Kini, korang bakal dihiburkan dengan barisan selebriti dari Thailand dalam sebuah konsert Thai pertama, dimsum Thai Pop 2019 yang bakal berlangsung pada 10 November 2019 di IDEAL Convention Centre, Shah Alam.
Sesekali kita tukar angin layan bintang dari Thailand ni pun syok juga kan.
Dan guess what? Pelakon kacak Sunny Suwanmethanont juga khabarnya bakal datang menyerikan lagi konsert tersebut. Kalau korang mengikuti filem popular Thailand seperti I Fine.. Thank You.. Love You, Heart Attack dan Brother of The Year, sudah tentu kemunculan artis Thailand ini amat dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia.
Konsert besar-besaran ini juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular dari Thailand seperti 9BY9, Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang dan ramai lagi.
9By9
Tiket telah pun dijual bermula dengan harga RM199 sehingga RM599 (VIP). Kalau korang beli tiket VIP, korang berpeluang untuk menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi belakang pentas dan dapat poster yang telah ditandatangani oleh barisan selebriti yang hadir.
Wah, macam best je! Rugi kalau tak pergi. Bukan senang kan nak jumpa Sunny Suwanmethanont. Eh.. Hiks!
Sebarang maklumat lanjut boleh layari web www.dimsum.asia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.