Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 41 Hari, Netizen Beri Pujian Pada Ibu Bapa Remaja Ini

Share

Orang kata, hati yang bersih ni senang untuk menghafaz Al-Quran. Begitulah yang berlaku kepada bekas pelajar Sekolah Agama Bantuan Khas (SABK) Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar kerana berjaya menghafaz Al-Quran dalam tempoh 41 hari sahaja.

Pencapaian ini menjadi rekod baru dalam Program Tahfiz Intregasi (PTI)

di Pusat Latihan Tahfiz Integrasi An Nur Kampung Permatang Pasir kerana kebanyakkan pelajar menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk dalam tempoh tiga bulan.

Muhammad Muttaqin, 18, memulakan hafalan pada 30 Disember tahun lalu dengan membahagikan masa antara 10 ke 13 jam sehari dan hanya berhenti untuk solat, makan dan berehat.

Fuhh, memang terbaiklah bro!

“Dalam sehari, saya nak dapatkan lapan muka surat pun agak payah, tapi saya tanam azam nak tingkatkan hafalan,”

“Alhamdulillah, proses hafalam meningkat daripada 15 muka surat kepada 20 muka surat dan paling banyak saya boleh buat setakat ini menghafaz 25 muka surat dalam sehari,” jelas Muttaqin.

Dalam pada itu, ramai yang berbangga dengan kejayaan anak muda ini kerana berjaya menghafaz Al-Quran. Bukan semua orang diberi peluang seperti ini.


Alhamdulillah, setidak-tidaknya masih ada golongan muda yang cintakan Al-Quran. Tahniah juga kami ucapkan kepada kedua orang tua remaja ini kerana berjaya mendidik anak menjadi seorang hufaz. Semoga Muttaqin menjadi contoh kepada remaja di luar sana.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN