Hampir kesemua cawangan McDonald's di seluruh negara sekarang menjadi rebutan pengunjung disebabkan hadiah percumanya yang kini tular.
Ia merupakan tempat letak cawan (cup holder) untuk penumpang di dalam kereta. Datang dalam bentuk karakter Hello Kitty, tak hairanlah hadiah tersebut menjadi barangan hangat di pasaran.
Peminat Hello Kitty sememangnya ramai di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Malah ramai merupakan pengumpul tegar sebarang barangan edisi terhad seperti ini untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Namun, tak ramai yang tahu mengenai satu rahsia ini. Hello Kitty sebenarnya bukan – ahem – seekor KUCING!
Ads
Setelah 45 tahun menemui orang ramai dalam bentuk permainan, siri televisyen malah taman temanya sendiri, pemilik jenama Hello Kitty iaitu Sanrio telah melaporkan bahawa Hello Kitty hakikatnya bukanlah seekor kucing.
Ads
Ia sebenarnya ialah karakter animasi yang berupa kanak-kanak perempuan. Oleh sebab itulah, Hello Kitty tidak pernah ditonjolkan sebagai kucing yang berkaki empat, tetapi hanya berjalan seperti manusia biasa.
Ads
Ia bagaimanapun mempunyai nama timangan sendiri iaitu Charmmy Kitty. Nama penuhnya pula ialah Kitty White dan dilahirkan berbintang Scorpio.
Perlawanan dua pasukan bola sepak gergasi di Euro 2020 baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila sekeping foto kanak-kanak menangis kerana kekalahan Jerman menentang England.
Foto tersebut menjadi tular di media sosial sehingga berlakunya buli siber terhadap ‘fangirl’ itu.
Terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan komen ‘ejekan’ sehingga menyentuh isu perkauman.
Oleh yang demikian, seorang lelaki dari Wales telah berjaya mengumpulkan £27,000 (RM155,384) untuk kanak-kanak itu kerana telah menjadi mangsa buli siber.
Joel Hughes memulakan kempen pengumpulan dana dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa tidak semua penduduk United Kingdom mempunyai sikap yang tidak baik, selepas gambar tular kanak-kanak itu menjadi subjek sindiran dan menerima kata-kata kesat daripada sebilangan penyokong bola sepak England.
Jumlah yang dikumpul itu jauh lebih banyak daripada sasaran awal iaitu £500 (RM2,877), namun sehingga kini dia masih belum dapat menghubungi keluarga kanak-kanak itu.
Walau bagaimanapun, Joel memaklumkan bahawa dia mempunyai maklumat dan berhubung dengan wartawan Jerman mengenai perkara tersebut.
Sekiranya tidak berjaya menemui keluarga kanak-kanak itu atau jika mereka tidak mahu menerima sumbangan tersebut, Joel akan mendermakan wang berkenaan kepada mana-mana organisasi berkaitan dengan anti buli siber.
Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni? Kanak-kanak sekecil itu pun nak dibulinya. Harapnya adik itu tidak tahu ceritanya telah tular satu dunia.
Nak bermain media sosial itu tidak salah, tetapi janganlah kita sesuka hati meninggalkan komen atau kenyataan yang boleh mengguris hati pihak lain.
Tatkala atlet negara yang layak untuk berentap di Sukan Asia Ogos ini sibuk membuat persediaan rapi, isu video mabuk dan berparti yang membabitkan atlet terjun negara pula timbul.
Video yang direkod pada bulan Februari lalu membabitkan tujuh orang atlet terjun negara. Mereka dipercayai sedang seronok meraikan malam Tahun Baru Cina di Guangzhou, China ketika menghadiri trip latihan ke sana.
Malangnya, ia melibatkan pengaruh alkohol dan beberapa orang di kalangan mereka juga dilaporkan mabuk.
“Berkenaan video penerjun Malaysia itu, kami mengesahkan tiga ialah penerjun senior dari Program Podium manakala 4 pula ialah penerjun remaja MSN,” jelas Setiausaha Kehormat, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) iaitu Mae Chen.
Bagaimanapun, siapakah atlet yang mengambil alkohol dan mabuk tidak diperincikan pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Berkemungkinan ada di kalangan mereka yang sekadar berada di situ bersama rakan-rakan yang lain.
Sementara itu, Pengarah Program Podium, Tim Newenham pula berkata, beliau memandang kesalahan tersebut sebagai sesuatu yang serius dan jika disabitkan kesalahan, atlet terbabit boleh berdepan hukuman berat termasuklah dikeluarkan dari program tersebut.
Buat masa ini, pihak ASUM telah menggantung elaun mereka bertujuh. Dan ada beberapa lagi hukuman displin yang dijangka akan diambil.
“Sebagai atlet negara, mereka seharusnya sedar mereka sedang mewakili imej negara dan perlu sentiasa berdisplin sama ada ketika berlatih di dalam atau di luar negara. Ini kerana ia (latihan dan program) membabitkan wang rakyat dan kerajaan,” tegur Mae Chen lagi.
* * * * *
Memang Itu Video Kami
Skuad terjun negara ketika latihan di Wuhan, China. Instagram
Dalam sidang media tersebut, tumpuan tentunya terarah kepada ketujuh-tujuh atlet terlibat. Mereka tidak keseorangan apabila atlet penerjun negara lain turut berada di situ sebagai tanda solidariti sebagai satu pasukan.
Mewakili atlet yang lain, Chew Yi Wei (tengah) mengakui, “Memang itu video kami dan itulah yang berlaku. Kami sangat kesal atas kesilapan yang tak sepatutnya berlaku ini dan kami berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
“Video itu dirakam di luar pengetahuan jurulatih dan berlaku di kawasan persendirian. Kami telah meminum bir dan menari yang biasanya kami lakukan ketika waktu berehat (menari). Kami belajar daripada kesilapan ini dan kami bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesalahan tersebut,” ujar penerjun tersebut.
Apabila ditanya tentang siapa tukang merekod video dan kemudiannya memuat naik ke media sosial, mereka menutup mulut dan enggan mendedahkannya agar isu ini tidak berlarutan di kalangan rakan sepasukan.
“Kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi, tetapi kesilapan tetap adalah kesilapan.”
Pemenang pingat Olimpik dua kali, Pandelela Rinong turut ke hadapan dan berkata, “Kami memohon maaf dan selebihnya, kami serahkan kepada pihak berkuasa (untuk mengambil tindakan terhadap individu yang merekod video tersebut).
* * * * *
Skuad terjun negara semasa latihan di Pusat Akuatik Bukit Jalil. Instagram
Untuk pengetahuan korang, pengambilan alkohol adalah dilarang sama sekali dan termaktub di dalam syarat dan kontrak Program Podium.
Kita serahkan saja kepada badan berkuasa untuk tindakan seterusnya okay. Tak perlulah kita buruk-burukkan atlet negara untuk kesilapan yang telah mereka kesali. Siapa je yang tak pernah buat silap?
Yang penting, mereka sedar akan kesilapan tersebut dan berusaha untuk berubah lebih baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihat kes harian COVID-19 yang semakin melonjak dan kini jumlahnya mencapai angka lebih 20,000, timbul perasaan bimbang dan menyebabkan kita semua lebih berhati-hati.
Selain memastikan setiap kali keluar rumah akan memakai pelitup muka dan kerap menggunakan ‘hand sanitizer’, tidak dinafikan kita juga akan kerap menggunakan kit ujian lebih meluas untuk memastikan diri dan keluarga benar-benar sihat untuk langkah berjaga-jaga.
Pun begitu, masih ada juga segelintir individu yang tidak tahu atau peka mengenai ujian RTK atau PCR. Justeru itu, ikuti penerangan lanjut pegawai perubatan di bawah melalui laman Twitternya.
Ok since a LOT of ppl tak faham pasal ni, I buat thread about RTK vs PCR Okies. How to do self test correctly, when is the best time to do so. Jom share utk kebaikan sesama! https://t.co/a3jO17cXdP
RTK ialah Rapid Test Kit. Boleh cucuk hidung atau air liur. Kebanyakan self test are saliva la. Memang sensitive tetap dia hanya akan detect if ur viral load tengah tinggi and infectious (most kits kne CT value rendah 30-35 baru detect as positive)
Means the best time to test is Day 1-5 of symptomatic illness. I usually tell my pts klau 1st day tu negatif, hari ke 3 cek balik. Nak cek daily from day 1-5 pun boleh kalau you boleh afford the kits.
Lagi satu, saliva test ni paling elok dibuat awal pagi. Bangun pagi, don’t eat or drink, don’t brush teeth, terus pergi buat test. Kalau ada kahak ke try keluarkan kahak tu campur dengan saliva you untuk test.
Kalau tak dapat buat awal pagi, make sure tak makan or minum sekurang-kurangnya 30min sebelum test. Baru better accuracy ye. Yang cucuk hidung tu tak perlu risau anytime pun boleh.
Make sure kedalaman cucuk hidung tu ikut arahan dekat test kit tu la. Result tunggu betul-betul 10-15 mins ok. Lebih dari tu dah tak betul result dia. So if your symptom dah lebih 5 hari, most likely tak kan detect dah pakai RTK. So kena buat PCR pula.
PCR ialah Polymerase Chain Reaction. Basically test ni very sensitive sebab dia akan detect cebisan-cebisan DNA virus tu. So walau sikit pun dia boleh detect. Some cases up to 3 months lepas dia positive pun still boleh detect.
PCR ni usually cucuk hidung. Boleh juga cucuk tekak (kat dalaaaam). Ambil masa 2-3 hari biasanya sebab hantar ke lab. Yang ni kalau negatif memang confirm tak ada covid la. Very unlikely dapat false negative.
RTK laju tapi timing of testing tu limited (day 1-5) & teknik kena betul. PCR lambat, mahal, tapi sangat sensitif and very low risk of false negative.
Kalau ada simptom/kontrak rapat, test early pakai self test kit. And test berulang (day 1, day 3, day 5 best). Even faint line (pudar-pudar tak terang sangat) pun is positive ye!
Saya cadangkan before korang pergi lawat orang, pergi majlis ke, pergi jumpa orang-orang high risk, buat la self test dulu. Jadikan ini norma baharu kita utk lindungi each other. Semoga Allah SWT melindungi kita semua. aamin.
Harap info ini berguna dan membantu korang mengunakan alat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.