Haa Habislah.. Sultan Selangor MURKA Terhadap Pelaku Vandalisme Mural

Share

 

Sebaik saja kejadian vandalisme yang dilakukan terhadap mural pemimpin negara di U12 Shah Alam pada hari ini, ramai yang hadir mengecam perbuatan tersebut terutamanya di media sosial.

Haa, itu baru netizen biasa macam kita.

Terbaru, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj turut menzahirkan rasa murka dan duka cita terhadap insiden itu.

Menerusi satu posting baharu di akaun Facebook rasmi Pejabat Diraja Selangor (Selangor Royal Office), baginda menganggap contengan serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepada pemimpin negara itu adalah satu perbuatan yang biadap.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Sebulan Wajah Pemimpin Sudah Diconteng

“Baginda berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal. Tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian .

“Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” titah Sultan Sharafuddin lagi.

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli untuk melawat mural lukisan trio anak muda ini.

Penulis bersetuju dengan rasa duka cita tersebut. Lukisan mural tersebut dihasilkan demi memberikan sentimen patriotik kepada rakyat Malaysia terutamanya dalam masa-masa genting negara berdepan dengan pandemik wabak Covid-19.

Lalu, apabila insiden berlaku termasuklah kepada wajah mural Yang di-Pertuan Agong, ia adalah sesuatu yang seharusnya ditangani dengan tindakan yang amat serius.

Harapnya, isu ini dapat diselesaikan dengan penangkapan para pesalah.

 

IKLAN