Guinness World Records Iktiraf Kucing Cecah Usia 27 tahun, Paling Tua Di Dunia

Share

Jika sebelum ini rekod menunjukkan seekor kucing di Turner, Oregon yang berusia 26 tahun dilaporkan menjadi kucing yang paling tua di dunia.

ARTIKEL BERKAITAN : Rekod Kucing Paling Tua Di Dunia Berumur 26 Tahun, Umur Kucing Korang Berapa?

Foto via guinnessworldrecords.com

Kini, rekod terkini GUINNESS World Records telah menunjukkan pemecah rekod terbaharu kucing tertua di dunia ialah Flossie, yang berasal dari London berumur 26 tahun atau bersamaan dengan jangka hayat setara manusia, 120 tahun.

Menerusi laporan stesen penyiaran CNN, Flossie dilaporkan masih sihat walaupun kurang daya penglihatan dan pekak. Pemilik Flossie, Vicki Green mengambilnya sebagai haiwan peliharaan selepas Flossie diserahkan kepada badan perlindungan kucing Britain, Cats Protection pada Ogos lalu.

Foto Via guinnessworldrecords.com

Sebelum ini Flossie pernah tinggal di beberapa buah rumah sejak hidup sebagai kucing jalanan di kawasan berdekatan hospital Merseyside di Liverpool, barat laut England. Flossie dilahirkan pada 1995.

Flossie telah diambil oleh seorang pekerja hospital tersebut dan dipelihara selama 10 tahun sebelum individu itu meninggal dunia. Flossie kemudian dijaga oleh kakak kepada mendiang pemiliknya.

Selepas 14 tahun Flossie dijaga dengan baik, pemilik keduanya pula meninggal dunia. Flossie kemudian tinggal bersama anak lelaki kepada pemilik keduanya selama tiga tahun, sebelum diamanahkan kepada sukarelawan di Cats Protection.

Bermula sejak itulah berita mengenai usia Flossie mula tersebar. Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesahkan usia sebenar Flossie. Hasilnya penyelaras cawangan badan amal itu, Naomi Rosling sangat terkejut apabila melihat rekod rawatan menunjukkan bahawa Flossie berusia 27 tahun.

Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia sebelum ini, purata jangka hayat kucing ialah sekitar 15 tahun iaitu sekitar 76 tahun bagi usia manusia.

Gambar : Public Health Malaysia

BACA : Kediaman Bakal PM Jadi Tumpuan : Kelibat Kucing ‘Billy’, Makanan Percuma Untuk Media

Sumber: Guinnessworldrecords 1, 2, Public Health Malaysia

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN