Siapa sangka, seorang pelajar dari Fakulti Perakaunan UiTM mampu mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101, baru-baru ini.
Pelajar tersebut ialah Nurdina Sufia binti Mahadi, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang membuktikan bahawa kecemerlangan akademik bukan sekadar tentang angka PNGK semata-mata, tetapi turut mencerminkan kepimpinan, dedikasi dan kesedaran sosial yang tinggi.
Dengan PNGK 3.91, Nurdina bukan saja berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang, malah terus melangkah lebih jauh apabila menyelesaikan program dwiprofesional MICPA-CAANZ dalam masa hanya setahun. Program ini merupakan antara kelayakan tertinggi bagi mereka yang mahu bergelar akauntan bertauliah.
Malah, sepanjang pengajian di UiTM, beliau menerima Top Achievers Award sebanyak tiga kali, termasuk dua kali dengan PNGK 4.00.
Namun, kejayaan beliau tidak terhenti di bilik kuliah sahaja. Nurdina juga merupakan Presiden Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan, membuktikan beliau mampu menggalas tanggungjawab besar sambil mengekalkan kecemerlangan dalam akademik.
Sebagai pemimpin pelajar, beliau telah mengetuai pelbagai program berimpak tinggi bersama organisasi luar seperti KWSP, LHDN dan syarikat-syarikat korporat, yang bukan saja membuka jalan buatnya membina jaringan profesional, tetapi juga memberi peluang menyumbang kepada pembangunan pelajar lain.
Ketokohan Nurdina turut diiktiraf apabila dijemput menjadi ahli panel dalam program antarabangsa Philippine Accountancy Students’ Summit, serta beberapa program inspirasi lain seperti Path 4U: Soaring High to Success dan KPMG Ambassador Sembang Teh Tarik.
Ads
Apa yang lebih membanggakan, Nurdina membuktikan bahawa ‘pencapaian cemerlang dalam akademik tidak pernah terhalang walaupun perlu menggalas tanggungjawab yang lain’.
Bukan itu sahaja, beliau turut terlibat aktif dalam program sukarelawan, termasuk projek Beanstalk, sebuah inisiatif pendidikan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Di sini, beliau bertindak sebagai fasilitator dan penyedia modul. Ia satu pengalaman yang disifatkan cukup bermakna dan membentuk nilai empati dalam dirinya.
Bagi Nurdina, prinsip yang sentiasa menjadi pegangan ialah “Mesti berusaha bersungguh-sungguh dan membuat sesuatu dengan baik bagi mencapai kejayaan”.
Ads
Kini, beliau sedang berkhidmat sebagai auditor di Deloitte, salah satu firma Big 4 dalam industri perakaunan. Di sinilah beliau mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan terus membina kerjaya sebagai seorang akauntan bertauliah yang berkaliber.
Lebih penting, beliau percaya bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian peribadi, tetapi juga melalui impak positif yang disumbangkan kepada komuniti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB UiTM Official
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor popular kelahiran Singapura, Dato’ Aaron Aziz menzahirkan kesyukuran apabila anak perempuannya, Dwi Ariana berjaya menamatkan pengajian A-Level selama dua tahun di Kolej Tunku Ja’afar (KTJ).
Berita gembira itu dikongsikan pelakon filem hit Sheriff: Narko Integriti menerusi sebuah hantaran laman Instagram miliknya.
Sebagai bapa, dia meluahkan rasa bangga dan menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan anak kesayangannya yang mempunyai hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang Psikologi Forensik di Universiti Surrey, England.
“Alhamdulilah, satu lagi kejayaan yang membanggakan dan penuh emosi untuk saya selepas anak lelaki.
“Tidak lama lagi mereka berdua akan memulakan perjalanan dan membentuk masa depan mereka. Tahniah kakak!” katanya.
Dalam pada itu, Aaron turut berharap segala urusan anak perempuannya itu dalam mengapai cita-cita dipermudah.
Malah, pelakon filem The Expert itu juga sempat menitipkan nasihat buat Dwi Ariana untuk sentiasa menjaga perkara wajib sebagai muslimah dan Aaroon tidak akan pernah berhenti menyokong minat anaknya.
“Semoga Allah sentiasa melindungimu daripada segala kemudaratan dan dipermudahkan urusan untuk menjadi seorang Psikologi Forensik, aamiin!
“Jaga solat, jaga diri, jaga maruah, jaga adab dan budaya Kak and dont stop believing kak, love you always,” coretnya lagi.
Sekadar info, Aaron telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana, dan Dahlia Arissa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha baru-baru ini berkongsi hantaran di laman Instagramnya berkaitan anak sulungnya.
Perkongsian tersebut menyaksikan anak perempuan kepada Dr Sheikh, Sophea Isabella, 12, berangkat ke Oxford, United Kingdom untuk Program Kepimpinan.
“Bella telah berangkat ke Universiti Oxford, United Kingdom untuk menyertai Program Kepimpinan selama seminggu hari ini.
“Dia sangat bersemangat. Saya pula yang berasa sedih. Ingatkan dengan adanya tujuh anak, akan lebih tenang untuk melepaskan seorang anak. Saya betul-betul salah,” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, majoriti warganet turut bangga dengan pencapaian si gadis lampai itu sambil mengekspresikan rasa kekaguman mereka terhadap kecantikan anak sulung angkasawan negara tersebut.
“Tahniah Bella, semoga dipermudahkan,” komen warganet.
“Bella pergi melawat kawasan tu sebab suatu hari nanti dia akan menyambung pelajaran di sana kan… She sure boleh!” komen individu lain.
“Cantiknya dah lah tinggi, boleh jadi model,” seloroh netizen lain.
Sekadar info, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 42, dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada yang lebih membanggakan apabila remaja Malaysia berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia!
Terbaharu, Zulhilmi bin Zuaswa yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Sukan dari Kolej Poly-Tech Bangi ini berjaya tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik Freestylers pada Kejohanan Super Ball World Open 2023 di Prague, Czech Republic.
Pelajar berusia 20 tahun itu berjaya memperbaiki rekod peribadinya sendiri sekaligus scemerlang memajukan dirinya dari tangga ke-32 ke ranking 10 terbaik selepas persembahannya pada kejohanan tersebut.
Sebelum ini, Zulhilmi merangkul kejuaraan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 pada Pertandingan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Freestyle Football Competition 2023 di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dia dijulang sebagai Juara Battle 1v1 dan memenangi Kategori “Iron Man”.
Menambah lagi portfolionya sebagai seorang atlet, Zulhilmi juga merupakan juara tiga kali berturut-turut mewakili Malaysia ke Warsaw, Poland pada tahun 2018, 2 kali Juara Indonesia Open Freestyle Football Championship tahun 2022 dan 2023 dan menduduki ranking ke-32 dunia daripada 4,000 Freestylers seluruh dunia.
Kejohanan Super Ball World Open 2023 berlangsung selama enam hari bermula 6 hingga 11 Ogos 2023, dengan menyaksikan 400 peserta dari 40 negara seluruh dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.