
Grab Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan memperkenalkan ciri baru bagi meningkatkan tahap keselamatan di kalangan penumpang mereka.
Ia berikutan kes pembunuhan pemandu Grab remaja yang dijerut oleh seorang penumpang pada Sabtu lepas sebaik saja mereka tiba di Selayang, Selangor.
BACA: Tragedi Menyayat Hati, Pemandu Grab Mati Dijerut Dalam Kereta

Menurut Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, mereka sememangnya memandang serius terhadap isu ini. Dalam suku ketiga tahun ini juga, Grab Malaysia akan meningkatkan tahap keselamatan dari segi komunikasi, teknologi apps dan aktiviti jalan raya.

Apabila soalan mengenai cadangan menyaring identiti penumpang Grab diusulkan, Sean berkata adalah mustahil untuk mereka menyaring jutaan pengguna perkhidmatan dalam talian itu di Malaysia kerana penumpang datang dari pelbagai negara.
Sebahagian daripada mereka pula adalah pelancong asing. Tetapi, “Kami percaya ada cara yang boleh kami perkenalkan untuk pemandu Grab melihat dahulu identiti penumpamg sebelum menerima tempahannya,” katanya.
Eloklah kalau isu ini diselesaikan secepat dan sebijak mungkin.
Sama-sama kita ambil pengajaran dari tragedi ini, tak semua orang diluar sana boleh dipercayai dan baik-baik belaka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kenduri Sanding Patutnya 3 Februari Ini”, Suami Isteri Maut Dibunuh

Ternyata cinta keduanya dibawa ke alam barzakh. Niat pasangan suami isteri untuk bersanding pada 6 Februari akan datang di kampung masing-masing berakhir apabila keduanya maut dalam kebakaran Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor semalam.
Awalnya kebakaran ini dianggap kes biasa tetapi bedah siasat ke atas mayat Norwahidah Abdul Hamid, 28 tahun mendapati ada kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepalanya.
Dalam laporan Kosmo, suasana sedih menyelubungi ahli keluarga pasangan ini di mana ahli keluarga Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35 berkata, mereka amat bersedih dengan tragedi yang menimpa dan masa yang sama sukar menerima kenyataan pahit ini.

Ibu Wan Mohd. Baharul Nizam, Siah Mohamad, 65, berkata, mereka sekeluarga terkilan kerana kejadian tragis itu berlaku terlalu hampir dengan majlis resepsi sebelah perempuan dan menyambut menantu yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini dan Rabu depan.
“Kali terakhir saya menghubunginya (Wan Mohd. Baharul Nizam) pada malam sebelum kejadian. Saya memintanya membeli pinggan berwarna putih di Ikea.
“Pinggan itu untuk mengisi lauk-pauk untuk kenduri menyambut menantu dia dan isterinya yang dijadual pada hari kedua Tahun Baru Cina ini. Kebetulan kanopi dan tirai pelamin yang ditempah juga berwarna putih,” katanya ketika di rumahnya di Felda Tenang, Hulu Besut dekat sini hari ini.
Siah berkata, Wan Mohd. Baharul Nizam yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik bernikah dengan isteri, Norwahidah Abdul Hamid, 28, pada akhir November lalu.
Ada kesan pukulan di kepala
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengklasikasikan kes kebakaran semalam adalah kes jenayah.
Beliau berkata ia berdasarkan laporan awal bedah siasat mangsa wanita mendapati ada kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepala.
“Berdasarkan keterangan ini dan beberapa keterangan yang diperoleh di tempat kejadian, kes diklasifikasikan semula sebagai bunuh. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, Selasa.

Beliau berkata laporan bedah siasat terhadap mangsa lelaki bagaimanapun belum diperoleh.Berikutan itu, polis kini masih dalam proses merekod keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan, katanya.
Pada Isnin, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, ditemukan mati dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista dekat sini.
Kedua-dua mereka adalah penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali dalam kenyataan pada Isnin dilapor berkata pihak bomba terpaksa memecahkan jeriji di pintu utama serta pintu rumah itu yang berkunci dari dalam.
“Anggota bomba yang berjaya masuk ke bilik utama menemui seorang lelaki di dalam tandas bilik utama rumah itu mayat wanita itu ditemui ditemui terbaring di atas tilam dengan kesan terbakar,” katanya.
Jurucakap bomba sebelum ini berkata Norwahidah maut di tempat kejadian manakala suaminya yang menerima rawatan daripada anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga gagal diselamatkan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.13 tengah hari. – BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jamin Anak Ditahan Ingkar PKP, Bapa Bayar Guna Duit RM1 Hasil Pecah Tabung

Walau sudah berulang-ulang kali “dinyanyikan” stay at home, stay at home, tapi adakalanya kedegilan mengatasi nasihat.
Tanyalah pada mana-mana ibu atau bapa, buruk mana pun perangai anak, mereka masih mengakui anak mereka baik. Doa tak pernah putus untuk anak berubah jadi lebih baik dari sebelumnya tapi hari ini, anak-anak susah mendengar kata. Mereka hanya mahu menurut kata hati dan lebih gemar mendengar nasihat kawan-kawan yang perangainya lebih kurang sama.
Terbaru, seorang pengguna fb, Iza berkongsi kisah seorang bapa yang sanggup korek wang tabung demi membebaskan anaknya yang ditahan akibat melanggar perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pun memasuki fasa ke tiga hari ini.
REMAJA mengharapkan anak-anak agar mendengar kata dan tidak sampai menyusahkan ibu ayah dengan berkelakuan begini. Kalau kita orang senang, wang mungkin bukan soalannya tapi kalau sekadar biasa-biasa saja kehidupannya, adalah lebih baik duduk di rumah dan mendengar kata supaya tidak menyusahkan sesiapa.

Terima bayaran kompaun pagi tadi dr seorang bapa. Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Kenapa ada duit syiling? Kenapa guna duit RM1. Jenuh Iza nak mengira pagi td. Bila ditanya. Jawapannya “KOREK TABUNG”. Sentap hati ni dengar.
Wahai anak-anak sekalian terutama anyg masih belum bekerja. Masih bersekolah, tolonglah duduk rumah. Janganlah mengada-ngada nak lepak-lepak dengan kawan2 bagai. Jangan mengada-ngada konon-konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena nah ko susahkan mak pak. Korang ingat senang nak cari duit?
Iza doakan bila anak-anak ini dah bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni. Perit wei kira duit tabung semata-mata nak bayar kompaun untuk anak.
Please duduk rumah
Stay at home
#sentappagini
#kitajagakita
#stayathome
Gambar : Sekadar hiasan dari Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss Universe Malaysia 2023 Gantung Tak Bertali Setelah MUO Tamatkan Lesen Pemiliknya, Poppy Capella

Kontroversi pemeriksaan badan oleh organisasi Miss Universe Indonesia 2023 sehingga memaksa para pesertanya menanggalkan pakaian dalam di hadapan 20 orang staf organisasi termasuklah lelaki, mendapat perhatian serius daripada Organisasi Miss Universe.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dilampirkan oleh organisasi tersebut hari ini, ia serta-merta menamatkan kontrak francais yang dipegang oleh pemilik baharu Miss Universe Indonesia dan Miss Universe Malaysia itu.
“Organisasi Miss Universe telah memutuskan untuk menamatkan pertaliannya dengan francais terkini di Indonesia, PT Capella Swastika Karya dan Pengarah Kebangsaannya, Poppy Capella.
“Melihat situasi terbaru yang berlaku di Miss Universe Indonesia, adalah jelas bahawa francais tersebut tidak menepati piawaian jenama, etika atau harapan seperti yang termaktub di dalam buku panduan serta kod tatalaku francais kami.”

“Adalah satu keutamaan bagi Organisasi Miss Universe untuk memastikan keselamatan wanita terjamin dan beberapa kejadian yang berlaku di pertandingan ratu cantik tersebut amatlah bertentangan dengan apa yang kami perjuangkan sebagai satu organisasi,” ulas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Organisasi Miss Universe juga memaklumkan bahawa pemilikan organisasi Miss Universe Malaysia oleh PT Capella Swastika Karya akan ditamatkan serta-merta. Mereka juga tidak akan diberikan sebarang kontrak tambahan pada masa hadapan bersama Organisasi Miss Universe.


“Kami akan membatalkan pertandingan Miss Universe Malaysai 2023 dan akan menyusun perancangan agar pemenang (Miss Universe) Indonesia 2023 boleh terus bertanding pada edisi Miss Universe tahun ini,” tambahnya lagi.
Sekaligus, nasib yang melanda pertandingan Miss Universe Malaysia 2023 untuk mencari wakil negara yang bakal bertanding di El Savador pada 18 November kelak kini tergantung tanpa bertali dek keputusan ini.
Malah, spekulasi membabitkan penamaan selebriti tempatan, Amelia Thripura Henderson sebagai wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2023 menerusi cara ‘hand pick’ juga kian kabur.
ARTIKEL BERKAITAN: Bijak, Cantik & Berkarakter! Pakej Lengkap Amelia Henderson Sesuai Sebagai Calon Miss Universe Malaysia 2023 – REMAJA

Organisasi Miss Universe juga menegaskan bahawa tiada sebarang kriteria tetap membabitkan ukuran ketinggian, berat badan dan dimensi fizikal para peserta yang ingin menyertai Miss Universe dari mana-mana negara.
Oleh itu, jelaslah apa yang diperlakukan oleh organisasi Miss Universe Indonesia tempoh hari telah melanggar kod etika dan wajar dilabel sebagai gangguan seksual.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

