
Terbaru, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila berjaya merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 yang berlangsung dari 15 hingga 20 Oktober lalu.
Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan ‘straight set’ di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Cemerlang! Sze Fei-Nur Izzuddin Kini Muncul Juara Terbuka Artik

Walau bagaimanapun, situasi yang mendebarkan itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir ditamatkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan.
ARTIKEL BERKAITAN: Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Nombor Empat Dunia!
Sumber: Stadium Astro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend Baru, Bukan Boba Tapi Fruity Americano! Air Baharu Pilihan Remaja Yang Nak Kelainan!

Kalau korang peminat air kopi tapi boring dengan rasa yang sama setiap hari, ini masa untuk cuba sesuatu yang lebih luar biasa.
Baru lima bulan je masuk Malaysia, Luckin Coffee dah mula mencuri tumpuan anak muda dan kini mereka kembali dengan siri air terbaru yang tengah hangat, iaitu Fruity Series! Bayangkan air kopi yang di-twist dengan rasa buah-buahan segar. Sounds pelik? Tapi trust us, it’s a vibe.

Antara pilihan yang buat ramai tak sabar nak cuba iaitu Orange Americano, gabungan rasa sitrus oren dan espresso yang smooth dan Grape Fizzy Americano, kopi berkarbonat dengan rasa anggur manis, perfect untuk yang nak kesegaran luar kotak.
Fruity Series ini bukan setakat sedap tapi memang aesthetic habis! Sesuai sangat untuk OOTD dengan air tangan kiri di tangan kanan. Kini tersedia di semua cawangan Luckin Coffee (kecuali Pavilion Damansara Heights & AEON Maluri).
Bila Air & Game Online Bergabung…

Menariknya lagi, Luckin Coffee bukan buat air biasa-biasa je. Kali ni, mereka berkolaborasi dengan game popular Honor of Kings (HOK), salah satu game yang tengah trending gila dalam kalangan remaja Malaysia sekarang.
Masa pelancaran Fruity Series kat Sunway Pyramid pada 8 Jun lalu, dua cosplayer terkenal, Angellowee dan Lea, muncul sebagai watak Shi & Yao dari game HOK. Peminat yang datang bukan je dapat air sedap, tapi boleh join sesi bergambar, swafoto, dan terima kad foto eksklusif kalau beli minuman Fruity Series.
Air Sedap + Freebies? Siapa Tak Nak!

Dari 6–30 Jun 2025, korang boleh grab barangan edisi terhad hasil kolaborasi Luckin x HOK, termasuk pop socket, gantungan telefon & pelekat holografik!
Semuanya datang dengan pembelian tiga jenis kombo iaitu Kombo Solo Buff (RM12): 1 minuman Fruity + pop socket/gantungan. Kombo Duo Buff (RM20): 2 air (pilih 2 Fruity / 1 Fruity + 1 bestseller) + barangan pilihan. Kombo Fruity Boost (RM18): 2 minuman Fruity, untuk kawan share atau nak simpan satu!
Setiap pembelian kombo juga disertakan pelekat holografik yang confirm jadi rebutan peminat HOK.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inkues Zara Qairina: Dokumen Disorok Dedah Perkembangan Mengejutkan di Mahkamah

Insiden yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir kembali menjadi perhatian negara apabila satu pendedahan mengejut dibuat di Mahkamah Khas Koroner, Kota Kinabalu.
Dalam prosiding inkues semalam, seorang guru tampil mendedahkan bahawa wujud dokumen asal keterangan pelajar yang disimpan di Unit Disiplin sekolah namun tidak pernah diserahkan kepada pihak berkuasa. Perkembangan terbaharu ini sekali lagi menghangatkan inkues Zara Qairina yang sedang berlangsung.

Menurut laporan Harian Metro, pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan, malah mencetuskan persoalan besar tentang ketelusan dan standard penyiasatan dalaman sekolah terhadap kejadian yang berlaku setahun lalu. Bagi ramai remaja dan masyarakat, perkembangan ini membuka mata tentang betapa pentingnya proses siasatan yang jujur, adil dan menyeluruh apabila melibatkan keselamatan pelajar.
Dokumen Ditulis Pelajar Dua Hari Selepas Kejadian
Maklumat itu muncul apabila saksi ke-53, Nur Shukriah Mohd Fauzi, dari SMKA Tun Datu Mustapha, memberi keterangan mengenai kewujudan dokumen berkenaan. Menurutnya, fail tersebut mengandungi keterangan bertulis yang dibuat sendiri oleh pelajar-pelajar pada 17 Julai 2025, iaitu hanya dua hari selepas insiden yang meragut nyawa Zara Qairina.
Lebih mengejutkan, menurut pasukan peguam keluarga mangsa, dokumen penting itu tidak pernah diserahkan kepada polis dan tidak pernah dimaklumkan oleh saksi-saksi guru sebelumnya meskipun ada antara mereka yang mengetahui kewujudannya. Hal ini menimbulkan persoalan baharu dalam inkues Zara Qairina, khususnya tentang pengendalian maklumat dalam persekitaran sekolah.

Pendedahan ini menimbulkan banyak persoalan tentang prosedur, tanggungjawab, dan etika penyimpanan maklumat kes yang sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Banyak pihak melihatnya sebagai perkara yang sangat serius, kerana keterangan awal pelajar selalunya merupakan bukti penting.
Hakim Koroner Mengarahkan Tindakan Segera
Susulan situasi mengejutkan itu, Hakim Koroner mengarahkan inkues ditangguhkan dan bersambung hari ini untuk prosiding sebutan sahaja. Semua pihak turut diarahkan mendapatkan dokumen terbabit dengan segera sebelum menentukan sama ada saksi kanak-kanak dan pelajar lain perlu dipanggil semula bagi memperincikan keterangan.
Arahan ini penting bukan sahaja untuk keadilan Zara Qairina, tetapi juga sebagai mesej jelas kepada semua institusi tentang kepentingan ketelusan dalam menyiasat insiden melibatkan keselamatan pelajar. Inkues Zara Qairina kini menjadi tumpuan seluruh negara kerana implikasinya yang besar terhadap prosedur keselamatan sekolah.
Keluarga Mahu Jawapan, Remaja Perlu Ambil Iktibar
Dalam perjalanan panjang mencari keadilan, ibu Allahyarham, Noraidah Lamat, diwakili pasukan peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.
Buat pembaca muda, kisah ini menjadi peringatan bahawa keselamatan di sekolah bukan perkara remeh, dan suara pelajar sangat penting dalam membantu kebenaran muncul. Insiden seperti ini menunjukkan betapa seriusnya situasi apabila maklumat penting disembunyikan atau tidak disalurkan kepada pihak yang sepatutnya.
Inkues Zara Qairina juga membuka ruang dialog lebih luas tentang tanggungjawab sekolah untuk melindungi pelajar, termasuk memastikan setiap kejadian dilaporkan dengan jelas dan telus. Banyak keluarga kini lebih peka terhadap langkah keselamatan dan proses siasatan yang seharusnya berlaku dalam kes-kes berkaitan pelajar.
Harapan Untuk Keadilan & Ketelusan
Majalah Remaja akan terus mengikuti perkembangan inkues ini demi memastikan kebenaran dan keadilan untuk Zara Qairina terus diperjuangkan. Insiden ini bukan sekadar kisah tragis, tetapi satu titik penting yang memperlihatkan perlunya reformasi dalam prosedur keselamatan dan penyiasatan di sekolah.
Semoga pendedahan ini membuka jalan kepada jawapan yang telah lama ditunggu oleh keluarga Zara Qairina, dan menjadi peringatan kepada semua pihak bahawa keselamatan pelajar adalah amanah yang tidak boleh dipandang ringan. Inkues Zara Qairina diharap menjadi simbol perubahan ke arah ketelusan yang lebih baik dalam sistem pendidikan.
BACA LAGI : Inkues Zara Qairina: ‘Dia Sopan, Ceria, Rajin Ke Surau’, Pendedahan Mengejut Saksi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Model 22 Tahun Kelahiran Malaysia Beraksi Di Minggu Fesyen London, Paris & Milan

Malaysia sememangnya banyak melahirkan model berpotensi besar, mempunyai pakej menarik dan inginkan peluang melebarkan sayap ke pentas peragaan antarabangsa.
Ya, tidak mudah untuk model kelahiran Malaysia menggapai cita-cita tersebut; tidak semudah memetik jari. Ini memandangkan terlalu ramai saingan yang hadir daripada berlainan negara dan bangsa. Hanya yang benar-benar komited dan berbekalkan sedikit tuah atau luck yang mampu menjengah ke luar industri fesyen tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN : 2 Lagi Model Malaysia Pikat Perhatian Di Minggu Fesyen Antarabangsa
Namun, itu tidak bermakna angan-angan tersebut tidak boleh bertukar menjadi realiti.
Buktinya, seorang model kelahiran Malaysia yang dikenali sebagai Ridzman Zidaine telahpun membuat kemunculan di pentas peragaan Minggu Fesyen London, Milan & Paris 2023, baru-baru ini.
Model berusia 22 tahun yang diwakili oleh agensi Topboi Citizen di Malaysia ini juga ‘beraksi’ untuk rumah fesyen yang bukan calang-calang pengaruhnya.
Di Milan & Paris, antara jenama mewah yang melantik Ridzman sebagai model termasuklah Louis Vuitton, Hermès, Casablanca, Ermenegildo Zegna, Issey Miyake dan Wooyoungmi.






Bukan itu saja, Ridzman turut memperagakan busana kreatif daripada pereka di London seperti Rpbyn Lynch, Voli.Idn, Juoyu Wang dan Herra. Hebat!
Jujurnya, REMAJA tumpang berbangga dengan kejayaan Ridzman dan beberapa lagi wajah kelahiran Malaysia yang berpeluang melebarkan sayap ke pentas peragaan antarabangsa,
Moga-moga, ramai model muda tempatan yang memperoleh inspirasi daripada kejayaan mereka ini untuk meneruskan minat dalam dunia peragaan. Tiada apa yang mustahil ya!
BACA LAGI : Vanizha Vasanthanathan Kuasai Pentas Peragaan Di Milan – REMAJA
SUMBER : Page Facebook
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

