Tidak sampai setahun jagung dalam industri muzik tempatan, gadis ini mampu sepentas bersama sebuah kumpulan legenda tanah air.
Selaku pemain dram, si pemilik nama Naimi Daini mula mencuri perhatian ramai terutama pencinta muzik apabila buat pertama kalinya tampil mempamerkan bakatnya bersama kumpulan rock terkenal, Search pada persembahan pertamanya di konsert NusaFest yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.
Baru menginjak usia 17 tahun dan masih di bangku sekolah, Naimi tidak menyangka kemunculan pertama sebagai pemain dram undangan pada konsert tersebut mendapat perhatian dan meraih respons positif daripada kalangan peminat kumpulan berkenaan.
“Alhamdulillah ramai yang beri maklum balas positif walaupun saya sekadar pemain dram undangan dengan Search.
“Memang gembira dapat bermain dram dengan untuk Search selain terharu kerana uncle Amy memuji dan melihat saya mempunyai persamaan dengan pemain dram terdahulu iaitu Allahyarham Yazit,” tuturnya kepada Remaja.
Ads
Naimi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui Remaja di sidang media Hausboom Music 2023 bertempat di Menara Affin @ TRX, pada Selasa.
Dalam pada itu, mengenai bagaimana bakatnya ditemui Search, dia memberitahu semuanya berlaku selepas gitaris kumpulan itu iaitu Hillary Ang menonton videonya bermain dram yang dimuat naik di platform YouTube.
“Uncle Hillary menonton video saya dalam YouTube dan terus mencari serta menghubungi saya untuk bertanya sama ada berminat bermain dram bersama Search. Apabila sudah bersetuju, saya diberikan dua lagu Search iaitu Dairi Habil & Qabil.
“Selain Pelesit Kota untuk dipelajari sebagai uji bakat. Saya tidak pernah pun dengar lagu-lagu Search sebelum itu, tetapi saya memang minat bermain dram. Syukur Search menyukai dan memberi respons positif,” katanya lagi.
Ads
Bertanya mengenai rutin hariannya pula, Naimi berkongsi dirinya akan menyertai sesi latihan bersama Search pada waktu petang sebaik sahaja pulang dari sekolah.
Dia bagaimanpun menegaskan pelajaran tetap menjadi keutamaan dan akan menyambung pelajaran dalam bidang muzik sejurus sahaja tamat persekolahan.
“Selepas pulang dari sekolah, saya akan berehat selama satu jam sebelum sertai sesi latihan Search kemudian pulang ke rumah dan siapkan kerja sekolah.
Ads
“Insya-Allah saya akan sambung pengajian dalam jurusan muzik dan jadikan bidang itu sebagai kerjaya kelak,” ujarnya panjang.
Pada Konsert Hausboom Music 2023 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 9 dan 10 September nanti, Naimi sekali lagi bakal membuat persembahan bersama Search yang dianggotai Datuk Amy, Nasir Daud selaku pemain gitar bass, Hillary (gitar) dan Man Kidal (gitar).
Sekadar informasi, kemunculan pemain dram berbakat besar itu juga bagi mengisi kekosongan posisi pemain dram selepas Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia pada tahun 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Genap tujuh hari kelahiran puteri sulung, penyanyi popular, Wany Hasrita dan suami tercinta, Mohd Al-Adib Fahmi memilih nama Aishah Al Iman buat cahaya matanya itu yang dilahirkan, pada 8 Julai lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelantun lagu Rintihan Rindu itu menerusi sebuah hantaran foto di entri Instagram miliknya.
Pada perkongsian sekeping foto dilihat pasangan merpati dua sejoli itu sempat bergambar bersama bayinya yang digendong oleh suami penyanyi itu di wad hospital, sebelum berangkat pulang ke kediaman mereka.
Wany juga berkesempatan meminta doa para pengikutnya buat bayi comelnya itu agar menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti dan cergas minda.
“Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap 7 hari dah. Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, itu pun ibu tengok ibu dah sebak.
“Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tadi, padahal tumbuh sahaja balik nanti.
“Uncle & Aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya,” coretnya panjang di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Wany Hasrita selamat melahirkan puteri sulungnya pada jam 7.14 petang, di pusat perubatan, pada 8 Julai lalu.
Wany menitipkan kesyukuran dan sempat memaklumkan bayi perempuan yang baru dilahirkan semalam itu secara normal.
Sekadar informasi, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap mempunyai pilihan. Semua orang berhak memilihnya. Tak kisahlah apa orang nak kata, apa yang pasti, ia tetap sebuah pilihan!
Zaman ini, zaman duit. Ada yang kata, ada duit boleh beli cinta. Ada setengahnya pula berkata, cinta tak boleh dibeli dengan duit. Tapi berbalik kepada istilah pilihan tadi, tak kisahlah boleh atau tidak beli cinta dengan duit, pilihan itu kita yang memilihnya.
Kisah perempuan muda mengahwini lelaki tua, ramai yang mengaitkannya kerana duit dan harta. Bagaimana dengan lelaki muda tetapi pilih perempuan tua. Adakah soal duit juga? Tapi lebih ramai yang kata ianya lebih kepada jodoh kerana amat jarang lelaki muda akan memilih pasangan yang lebih tua darinya kecuali sudah benar-benar cinta.
Ramai saja, artis-artis muda yang pasangannya lebih berusia seperti Zain Saidin yang mengahwini Rozita Che Wan, pasangan paling loving, Fattah Amin dan Fazura serta lain lain. Kesemuanya mengaku jatuh cinta kepada pasangan masing-masing.
Tapi membaca kisah yang berlaku di China ini ternyata dunia sudah terbalik tetapi tidak pelik.
Cinta tak kenal usia tapi cinta lelaki ini kerana kereta Ferrari barangkali…
Seorang pemuda berusia 23 tahun yang agak kacak telah mengahwini pasangannya berusia 38 tahun.
Kisah pengantin lelaki ini dan pasangannya yang berbeza umur 15 tahun menjadi buah mulut masyarakat kerana ramai yang beranggapan dia hanya mahukan wang dan harta isterinya.
Perkahwinan mereka berlangsung di sebuah rumah di bandar Qionghai, Hainan pada 9 Januari lalu.
Menurut media sana, lelaki muda itu mengambil tanggungjawab mengahwini wanita tersebut selepas menghamilkannya.
Pengantin perempuan dikatakan hanya setahun lebih muda daripada ibunya dan mempunyai anak lelaki berusia 14 tahun.
Pengantin perempuan ini sudah hamil dan pasangannya sanggup bertanggungjawab
Pada mulanya ibu bapa pengantin lelaki dikatakan tidak bersetuju dan menentang perkahwinan mereka, namun akhirnya mereka bersetuju selepas pengantin perempuan menawarkan ‘tawaran’ yang serba serbi mewah.
Wanita itu menghadiahkan 660,000 yuan (RM406,769) dalam bentuk wang tunai, lot hartanah dan kereta sport Ferrari yang dianggarkan bernilai 5,000,000 yuan (RM3,080,224).
Dalam satu video yang tular, pasangan itu dilihat menaiki Ferrari sambil melambai-lambai ke arah tetamu.
Sememangnya salah satu cara singkat untuk hidup senang ialah mengahwini orang kaya. Namun hakikatnya, kekayaan tidak semestinya menjanjikan sebuah kebahagiaan –
G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong, 35, dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu tidak benar seperti dilaporkan berita, baru-baru ini.
“Tidak benar mengenai (dakwaan) saya mengambil dadah. Saya tidak ada kaitan dengan laporan berita mengenai perlanggaran Akta Kawal Narkotik dan sebagainya yang didedahkan media.
“Bagaimanapun kerana saya tahu ramai yang risau, saya akan bekerjasama lebih aktif dengan siasatan polis dan ikut serta secara tekun,” katanya.
Baru-baru ini, penyanyi terbabit dilaporkan dipanggil polis untuk kes membabitkan pengambilan dadah. Ia menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminatnya.
Namun, polis menyatakan mereka tidak dapat berkongsi butiran lanjut kes itu kerana masih di bawah siasatan.
Polis juga menjelaskan kes terbabit tiada kaitan dengan kes pelakon, Lee Sun Kyun yang kini dalam siasatan berkaitan pengambilan dadah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!