Tidak semua manusia dilahirkan sempurna, namun ketidaksempurnaan bukanlah halangan untuk berjaya. Seperti pemilik nama penuh Nurmelissa Mohd Yadi, dia tetap berkeinginan sama seperti individu normal yang lain, penuh cita dan penuh harapan.

Gadis berusia 24 tahun yang berasal dari Kampung Losong, Kuala Terengganu ini dia bercita-cita menjadi penterjemah Bahasa Arab. Seiring dengan cita-citanya itu gadis manis berhijab ini berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.

#GirlPower: Masalah Saraf Bukan Alasan, Nurmelissa Tetap Cemerlang Biarpun Berkerusi Roda

Baru menamatkan pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin, Nurmelissa hadir ke istiadat konvokesyen sambil ditemani kedua orang tuanya. Bukan sekadar mahu melangkah jauh dalam dunia pekerjaan, dia turut bercita-cita mahu membalas jasa kedua orang tuanya yang sudah banyak memberikan sokongan.

“Saya mahu membalas jasa ayah dan ibu yang membesarkan saya sejak kecil dan mahu melihat saya berjaya seperti orang lain. Ini menyebabkan saya berusaha keras untuk mengubah nasib keluarga dan menjadi orang yang berjaya,” katanya yang kini mengikuti kursus penterjamahan di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.

IKLAN

BACA JUGA: Graduan London School of Economis & Political Science, Shahril Hamdan Wajah ‘Segar’ Tarik Minat Anak Muda

#GirlPower: Masalah Saraf Bukan Alasan, Nurmelissa Tetap Cemerlang Biarpun Berkerusi Roda

Berdasarkan hantaran di laman Facebook UniSZA, Nurmelissa dikatakan pada mulanya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri kerana kekurangan yang dimilikinya sekali gus meletakkan dia sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

IKLAN

Bapanya, Mohd Yadi Taib, 54, bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya pula, Saripah Abu Bakar, 54, membantu menambah nafkah untuk keluarga dengan bekerja di kedai makan berdekatan rumahnya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI