Kumpulan Media Karangkraf antara sebuah syarikat media terbesar di Malaysia. Bermula pada tahun 1978 sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak, kini jenama yang dihasilkan oleh syarikat ini kukuh di dunia penerbitan dan digital sebagai gergasi media sohor kini.
Kelmarin dalam satu pengumuman korporat yang disampaikan kepada pihak media, pucuk pimpinan Kumpulan Media Karangkraf kini beralih tangan kepada generasi lebih muda. Dato’ Hussamuddin Bin Haji Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November 2022.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah. Susulan daripada perletakan jawatan tersebut, kedua-dua mereka, Dato’ Hussamuddin dan Datuk Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.
Kiri: Datuk Hussamuddin Yaacub, Kanan: Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah
Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu. Mereka adalah Puan Firdaus Binti Hussamuddin, Encik Akmal Eirfan Bin Mohamed Fauzi, Puan Farah Binti Hussamuddin, Encik Azizi Bin Fikry dan Encik Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Hussamuddin akan diisi oleh Puan Firdaus Binti Hussamuddin yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dari Western Michigan University dan telah bersama Kumpulan Media Karangkraf sejak tahun 2005.
Ads
PENSTRUKTURAN PENGURUSAN
“Sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak. Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Datuk Hussamuddin.
Puan Firdaus Hussamuddin bakal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Kumpulan berkuatkuasa 1 November 2022.
Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Media Karangkraf juga ingin mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Ads
Di peringkat Kumpulan, Encik Akmal Eirfan Mohamed Fauzi akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko). Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd.
Manakala, bagi tiga bahagian perniagaan utama Kumpulan, perubahan adalah seperti berikut:
Puan Farah Binti Hussamuddin akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Ads
Puan Farah Hussamuddin.
Encik Azizi Bin Fikry akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd.
Selain bertindak sebagai Pengurusi, Puan Firdaus Hussamuddin juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran, yang merangkumi Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya. Beliau akan dibantu oleh En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi bahagian.
Untuk pengetahuan pembaca, REMAJA juga merupakan salah satu jenama yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf menerusi anak syarikatnya, Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasalah, kalau boleh kita hendak dapatkan segalanya secara percuma ataupun pada kos paling rendah.
Lagi-lagi bila bercakap tentang insurans kenderaan, ramai yang tidak menoleh dua kali.
“Saya tak perlukannya” dan “Nantilah..” adalah antara ayat popular yang akan keluar dari mulut kita demi berjimat.
Tapi itulah, kita ni suka untuk memandu tetapi enggan meliputi aspek keselamatan sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Adakah korang blur dengan cara untuk memilih insurans kenderaan yang tepat. Cer tengok empat tip yang membantu ini.
Sumber Foto Hiasan: pexels.com.
01
Tidak Boleh Jangka Apa Bakal Terjadi
“Better to be safe than sorry..” Betul sangat, hanya dengan berbelanja sedikit, korang sebenarnya akan lebih tenang tanpa memerlukan risiko yang boleh terjadi kepada kenderaan masing-masing di atas jalan raya.
Bukan saja ia dapat menanggung kos sekiranya berlaku kemalangan, sesetengah insurans kenderaan juga akan memberikan beberapa barangan penting seperti child seat replacement cover, miscarriage cover, window snatch theft cover dan kemalangan peribadi.
Biarpun ‘Encik Google’ kini merupakan jalan penyelesaian bagi kesemua permasalahan kita, namun ada perkara sepenting insurans kenderaan yang perlu ditanya kepada si pakar.
Ini kerana carian mengenai insurans kenderaan di internet terlalu luas. Ada yang mungkin tidak berkaitan dan tidak kena dengan keperluan korang. Pakar bagaimanapun boleh mengajak kamu untuk meneliti satu-persatu jenis insurans yang bersesuaian untuk korang saja.
03
Takut Berbelanja Untuk Insurans
Realitinya, insurans ini tidaklah memakan kos setinggi yang korang sangkakan. Korang boleh melihat promosi yang ditawarkan oleh penjual insurans dan pilih yang mana paling berbaloi. Kenalah berkorban sedikit demi kebaikan pada masa hadapan.
04
Pastikan Cepat Boleh Tuntut Claim
Setelah terlibat dengan kemalangan kenderaan, semua mangsa pastinya inginkan tuntutan insurans mereka diterima dengan mudah dan pantas. Ini demi memudahkan seseorang meneruskan kehidupan dengan kenderaan baru, sebagai contoh.
Sumber Foto Hiasan: pexels.com.
Jadi pastikan korang memilih insurans kenderaan yang benar-benar membantu. Sebaagi contoh adalahh pakej Private Care EZY Plus Bundle oleh Liberty insurance yang baru saja diperkenalkan pada bulan Februari lepas.
Pakej ini meliputi khidmat towing dan kos rawatan kemalangan untuk pemandu dan penumpang. Why not kita cuba usha.
Selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran dalam sektor sosial bagi negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) tentu ramai diantara kita sudah membuat tempahan hotel kan?
Bila di hotel, mungkin kita akan bertanya salah atau tidak bawa barang dari hotel yang kita menginap? Mungkin tabiat suka bawa pulang botol kelengkapan peribadi mini ataupun uncang teh percuma yang disediakan boleh dianggap perkara biasa dan tidak menjadi isu.
Ini senarai barang percuma yang kerap diambil dari hotel dan semestinya tidak ada sesiapa akan marah.
Kelengkapan Dandan Diri (Toiletries)
Terlupa syampu atau sabun badan? Jangan risau kerana kebanyakan hotel ada menyediakan kelengkapan ini malah anda boleh minta lagi jika tidak mencukupi. Disediakan dalam bentuk kecil dan mudah dibawa membuatkan pengunjung mudah mengambilnya untuk kegunaan lain.
Buku Panduan Perjalanan, Peta
Foto Via bestindesigntemplates.com
Setiap sudut lobi hotel banyak menyediakan buku panduan perjalanan mahu pun peta untuk kemudahan pengunjung. Kadang-kadang, pengunjung tidaklah terlalu memerlukan buku panduan tersebut tetapi mengambilnya kerana terdapat banyak gambar-gambar menarik dan saiznya yang comel.
Botol Mineral
Foto Via Business Insider
Kebanyakan botol mineral yang terdapat di hotel mempunyai label hotel itu sendiri. Meski pun hanya botol air mineral, ramai yang bawa pulang. Bukan apa, biar pun rasanya sama saja tapi label itu sangat terhad!
Buku nota, poskad, pen & pensil
theprintauthority.com
Nak pensil ‘berjenama’ hotel? Ambil selagi percuma asalkan tidak merosak harta benda milik hotel, sudahlah..
Selipar
Foto Via Pexels
Selipar nipis ini boleh dibawa balik seandainya hotel ada ada menyediakannya.
Laundry bag
Tak bawa plastik lebih untuk letak pakaian kotor? Laundry bag kan ada, ambil je.
Tisu
Tapi kalau bekasnya macam ni, jangan ambil tau
Kebiasaannya, pihak hotel tak akan berkira kalau korang nak bawa balik tisu yang mereka sediakan.
Minuman 3 In 1
Kalau tak minum, item ni mesti wajib bawa balik sebab nak minum kat rumah nanti.
Berus gigi, shower cap, pisau cukur & sikat
Semua peralatan yang telah digunakan boleh korang simpan. Mana tahu, berguna di hotel lain yang tak sediakan barang-barangan ni.
WiFi
Ya! Ia bukan barang tetapi ia satu perkhidmatan percuma. Hotel bajet sekali pun turut ada menyediakan perkhidmatan WiFi percuma. Maklumlah, WiFi bukan lagi satu kemahuan tetapi satu keperluan pada zaman sekarang. Biasanya, pihak hotel tidak akan mengenakan sebarang caj untuk khidmat WiFi.
Ambil selagi percuma asalkan tidak merosak harta benda milik hotel, sudahlah..
Sumber : Majalah Libur
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daiyan Trisha berkongsi beberapa foto sudut interior di rumahnya yang telah siap dihias indah. Antaranya di ruang pintu masuk rumah (foyer), ruang makan, ruang tamu, dapur, bilik baju (wardrobe), bilik tidur dan sebagainya.
Pemilihan warna lembut dengan tema ‘earth colour’ jelas melatari konsep kediaman. Cukup cosy, tenang dan mendamaikan! Pemilihan rekaan perabot, aksesori dan perhiasan rumah pula cukup moden dan simple namun penuh berseni, berada dalam kelas yang tersendiri.
“Buat Apa Yang Kita Suka & Buat Baik Dengan Manusia, InshaAllah Rezeki Akan Sentiasa Ada”- Daiyan Trisha
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Daiyan Trisha yang peroleh perhatian ramai.
Tahniah Daiyan, pada usia muda telah berjaya memiliki rumah impian yang cantik dekorasi hiasan dalamannya. Semoga menjadi inspirasi buat anak muda yang lain, supaya terus bekerja keras dalam menggapai impian untuk memiliki rumah idaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!