Tidak semua orang memiliki zaman kanak-kanak yang membahagiakan. Bagi sesetengah anak kecil yang dilahirkan di negara bergolak, tersepit di celah-celah perang merupakan perkara malang.
Inilah yang terjadi kepada model terkenal berusia 22 tahun ini. Adut Akech dilahirkan di Sudan Selatan pada 25 Disember 1999 namaun disebabkan perang saudara yang berlaku,dia kemudian menghabiskan masa kecilnya di kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kakuma, Kenya sehingga umur tujuh tahun. Selepas itu keluarganya ditempatkan di Adelaide dan dia menjadi warganegara sah Australia.
Ketika diangkat sebagai ‘Model of The Year’ 2019. Sumber gambar: Instagram Adut Akech
Mula di dekati oleh agensi peragaan ketika berusia 13 dan 14 tahun namun begitu dia hanya memulakan langkah sebagai peragawati ketika berusia 16 tahun dan bernaung di bawah agensi terkenal di Australia, Chadwicks Models. Kerjayanya mula memecut laju saat dia direkrut oleh jenama Saint Laurent sebagai model eksklusif mereka untuk musim bunga/panas 2017.
Ads
Sejak itu wanita kelahiran Sudan Selatan ini tidak menoleh kebelakang lagi dan menakluk dunia peragaan dengan keunikan yang dimilikinya. Dia tersenarai antara 50 model terbaik di dunia oleh models.com dan dinobatkan sebagai ‘Model of The Year’ tahun 2019 oleh British Fashion Council.
WAJAH ESTEE LAUDER
Ads
Kempen bersama Estee Lauder. Sumber gambar: Instagram Adut Akech
Khabar terbaru, dia telah dilamar oleh jenama kecantikan terkenal, Estee Lauder sebagai duta global. Oleh itu dia akan tampil dalam iklan dalaman butik, kempen digital, media cetak dan televisyen bagi rangkaian penjagaan kulit serta solekan.
Ads
Menyifatkan pemilihannya sebagai satu impian yang menjadi kenyataan, Adut berkata dalam satu penyataan, “Estee Lauder memiliki sejarah yang hebat dan cerita Puan Estee Lauder terus menajdi inspirasi wanita seluruh dunia. Sepertinya, saya berharap dapat memeberikan inspirasi kepada wanita yang berada di setiap ceruk dunia supaya tidak mengalah dan terus ikut impian yang ingin dicapai.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Heboh satu Malaysia bercakap pasal selipar seminggu ini apabila terdapat sebuah jenama selipar berkolaborasi bersama seorang ternama dalam menghasilkan sebuah selipar. Selipar yang tampil dengan ciri ‘Muslim Friendly’
Bijak mengunakan isu ‘panas’, Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki. Terbaru, jenama kasut lejen ini mengeluarkan selipar Power slip-on yang hadir dengan ciri ‘Wallet Friendly’. Bagaikan memerli kolaborasi sebelum ini.
Lebih menarik perhatian netizen, admin Bata yang sangat friendly di Instagram antara yang membuatkan iklan daripada Bata ini tular sekaligus menjadi free marketing buat Bata. Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan memuji idea iklan kreatif Bata ini.
Sumber : Instagram BataSumber : Instagram Bata
Dijual dengan harga hanya RM39.99, selipar ini didatangkan dengan tapak yang lembut dan ringan. Korang jugak boleh memilih dua pilihan warna iaitu pink dan hitam. Selipar ini boleh didapatkan di seluruh rangkaian kedai Bata dan juga di Shopee dengan harga yang berbaloi. Bagus idea Bata ni serta menghiburkan hati para netizen.
Untuk info, jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura. Masa itu Singapura masih dalam Malaya. Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.
Sumber : Instagram Bata Malaysia, wikipedia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jenama sukan Alo Yoga mengumumkan bahawa Jin BTS telah dilantik sebagai duta global jenama itu pada 17 Oktober lalu bersempena kempen awal musim bunga bagi tahun 2025 dan pembukaan pejabat pusat pertama Alo Yoga di Korea Selatan di Taman Dosan, Seoul.
Menerusi sebuah temubual eksklusif media WWD bersama Naib Presiden Pemasaran dan Kreatif Alo Yoga, Summer Nacewicz menyatakan bahawa jenama tersebut telah menghasilkan ‘Media Impact Value (MIV)’ sebanyak USD3.6 juta, termasuk perkongsian di Instagram milik Jin atau nama sebenar Kim Seokjin bernilai USD1.2 juta.
MIV adalah salah satu sistem penilaian metrik hak milik yang dibina oleh Launchmetrics dalam menetapkan nilai monetari atau kewangan menerusi platform media yang membantu sesebuah jenama mengukur impak pendedahan media mereka dalam mempromosi produk.
Menurut Nacewicz, kerjasama di antara anggota kumpulan K-Pop sensasi, BTS Jin dan Alo Yoga juga menandakan tonggak penting bagi jenama berkenaan.
Dalam pada itu, Jin berfungsi untuk mengembangkan misi jenama tersebut bagi memberi inspirasi kepada masyarakat di seluruh dunia untuk merangkul kesedaran, pemulihan dan gerakan utamanya dalam sukan.
Selain itu, pemilihan Jin juga bukan sahaja kerana beliau mampu mewujudkan nilai-nilai positif, namun ia disertakan dengan kesan yang boleh mencetus perubahan kepada orang ramai melalui pengaruh dan platformnya yang kuat.
Nacewicz menambah, “kolaborasi ini adalah keselarasan sempurna dengan visi kami untuk mempromosikan kesihatan fizikal dan mental dalam skala global.”
Bercakap mengenai perkembangan seni Jin BTS, beliau baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul ‘I’ll Be There’ pada 25 Oktober lalu dan bakal muncul dengan album pertama solo pada 15 November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Bagi rumah yang tiada penghawa dingin lebih terasa kehangatannya.
Memetik laporan dari BERNAMA, beberapa kawasan di utara semenanjung terutama di Sik, Kedah dan Chuping, Perlis diramalkan akan mengalami kemuncak suhu panas sehingga 40 darjah Celcius pada akhir bulan ini atau awal April.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kemuncak suhu panas itu akan berlaku berikutan fasa penghujung monsun timur laut.
“Sekarang ini suhu akan terasa makin panas. Apabila sampai ke suhu yang kemuncak iaitu sekitar hujung Mac ini atau awal April, kita jangkakan suhu di beberapa kawasan akan mencapai sehingga 38 darjah Celcius.
“Bila suhu panas mencapai kemuncak, suhu di satu atau dua kawasan mungkin berada di tahap kedua iaitu tahap suhu maksimum boleh melebihi 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dan kawasan panas ini biasa berlaku di Sik dan Chuping,” katanya.
Mohd Hisham berkata, berdasarkan status gelombang haba ketika ini, lapan kawasan di negeri utara iaitu masing-masing di Chuping, Perlis; Kota Setar, Pendang, Sik dan Kulim di Kedah serta Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak berada di tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian mencapai 35 hingga 37 darjah Celcius.
“Bulan lalu, hanya tiga kawasan iaitu di Chuping, Sik dan Kota Setar yang berada di tahap berjaga-jaga, tetapi sehingga semalam jumlah kawasan yang berada di tahap berjaga-jaga meningkat hingga lapan kawasan,” katanya.
Chuping dijangka mengalami cuaca panas sehingga 40 darjah celsius pada hujung bulan ini
Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata kemuncak suhu panas dijangka tidak berpanjangan dan suhu akan kembali beransur normal apabila berganti dengan fasa peralihan monsun pada April atau awal Mei.
“Kemuncak suhu panas ini hanya sekejap dan akan beransur reda kerana ketika fasa peralihan monsun biasanya jumlah hujan akan lebih banyak iaitu sekitar 200 hingga 300 milimeter (mm) sebulan berbanding ketika ini hanya 50 mm sebulan.
“Kita juga sedang pantau bila monsun timur laut ini akan berakhir. Kita lihat sekurang-kurangnya 21 haribulan (Mac) dan ke atas ia (monsun timur laut) akan tamat dan bila peralihan monsun, kita akan menerima hujan kebiasaannya setiap petang,” katanya dan menambah fenomena cuaca panas ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara.
Orang ramai digalakkan menggunakan payung bila berjalan di tengah panas bagi mengelak strok haba
Ketahui risiko strok haba
Bila terdedah kepada cuaca panas berterusan, masa yang sama berolahraga, tubuh akan terdedah kepada kehilangan air dengan sangat cepat. Tentu korang pernah dengar tentang strok habakan.
Apa yang dimaksudkan dengan strok haba ini?
Strok haba terjadi bila tubuh kekurangan air akibat cuaca panas berterusan terutama mencecah 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celsius.
Kita digalakkan meminum air dengan banyak dan tidak terlalu terdedah kepada cuaca matahari secara terus dalam situasi Malaysia hadapi cuaca panas begini
Dalam hal ini, andai berlaku strok haba, korang berpotensi alami dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak selain bermasalah pada organ dalam badan. Boleh jadi koma dan seterusnya kematian.
Tanda dan Gejala
Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
Denyutan jantung menjadi cepat
Pernafasan cepat dan pendek
Tekanan darah menurun
Badan kering dan panas
Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
Rasa kepala berpusing
Pening
Rasa mual
Sawan atau pengsan
Rawatan di tempat kejadian :
Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
Sejukkan mangsa dengan selimut yang lembap atau siram dengan air sejuk.
Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
Pencegahan
Jangan lakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari
Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila menerima sebuah mikrofon putih yang sudah lama menjadi impiannya.
Momen itu dikongsikan oleh...