Nampaknya semarak bakat-bakat muzik Malaysia terus mendunia dan memahat nama di persada antarabangsa.
Penyanyi muda, Sharifah Aishah Retno atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno tidak perlu disangkal lagi mempunyai bakat dan vokal yang mantap. Terbaru, Aisha Retno turut mengikut jejak beberapa artis Malaysia yang muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, peserta Big Stage 2022 ini menyatakan rasa keterujaan dan gembira apabila diberi peluang hiasi Billboard bertaraf antarabangsa ini. Sebagai bintang baharu dalam industri muzik tanah air, dia juga menitipkan rasa syukur dan terharu dengan kejayaan besar yang diperoleh ini.
Sebahagian Dari Kempen EQUAL
Penampilan Aisha itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify. Sebagai info, EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin menjalin kesamaan wanita lewat audio dan memperjuangkan kesamaan dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Aisha sebagai wajah hadapan merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura bulan ini. Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
“MAMA am i dreaming?😭😭😭 HELLOO BILLBOARD NEW YORK CITY!!😍Huge thanks to @spotifyasia for the amazing opportunity in conjunction of celebrating Women for this EQUAL campaign❤️an honor truly to be ur EQUAL ambassador of the month representing Singapore & Malaysia! It has been 2 yrs of my presence in the industry and this is by far one of the biggest achievements in my life soo far☺️alhamdulillah! To @sonymusic_malaysia team and @aishalicious02 ,you guys know that each of u guys are gems!
Let’s celebrate all women out there especially in the music industry because we are indeed an inspiration to ourselves towards our pasts,present and future ! Semoga kalian tetap percaya dengan diri anda sendiri dan jangan pernah hiraukan gurauan senda sinis yang menjatuhkan darjat anda sebagai seorang wanita,kerana kita adalah SUTERA yang terlihat halus diluar tapi batinnya susah untuk dicerakinkan!
Thank you for ur support guys!It hasnt been an easy journey for me to be where i’m at right now but you guys are the one who keeps me going🙏🏻cheers and stay tuned for my new single with @wearemfmf 👀sound on sikit!,“tulis beliau.
Ads
Malah, rakan-rakan selebriti dan peminat turut gembira menyambut berita ini dan meninggalkan ucapan tahniah kepada Aisha atas pencapaiannya.
Selain Aisha Retnio, Yuna, Dato Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Layla Sania ,kumpulan Dolla, Iman Troye turut mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Ads
Congrats Aisha…
Sumber : Instagram Aisha Retno
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suatu ketika dulu, Choi Jiwoo pernah menjadi perhatian anak muda apabila drama lakonannya Winter Sonata ditayangkan di stesen televisyen tempatan.
Wanita ini seterusnya sekali lagi menjadi bualan peminat dengan kemunculannya dalam drama Stairway To Heaven. Bakat yang ada pada Choi Jiwoo tidak perlu dinafikan lagi kerana setiap lakonannya, dia mampu untuk menghayati watak dengan baik sekali. Dan kerana itu, ramai yang menghargai bakat selebriti Korea ini.
Mungkin korang tak tahu yang Choi Jiwoo sudah pun mendirikan rumah tanyya dengan seorang ahli perniagaan dalam industri IT pada Mac tahun lalu. Dia berkahwin di usia yang agak lewat, iaitu 43 tahun tetapi pelakon wanita itu dilihat sangat bahagia dengan kehidupan barunya.
Terbaru, YG Entertainment selaku syarikat naugannya telah mengumumkan satu berita gembari bahawa Choi Jiwoo kini sedang mengandung dan dijangka melahirkan anak pada Mei tahun hadapan.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa gembira apabila menerima berita ini.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Choi Jiwoo. Mesti baby comel macam mommy dia kan?
Nampaknya, pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti kini semakin menjadi kenyataan.
Jika dahulu, amat sukar untuk mana-mana pihak untuk memasuki kawasan Institut Pengajian Tinggi bagi menganjurkan apa-apa jenis aktiviti termasuklah program berilmiah. Namun semalam, Kementerian Pendidikan menggesa semua universiti awam untuk membuka akses masuk kepada orang luar demi tujuan mengembalikan kegemilangan pengalaman belajar.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PPBM iaitu saudara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selalu menggesa agar pelajar universiti diberikan semula hak dan kebebasan mereka untuk menganjurkan aktiviti. Bukanlah aktiviti yang mengancam kesejahteraan seperti demonstrasi, tetapi aktiviti yang membawa kepada kematangan pelajar berfikir seperti program debat, forum atau wacana.
Menurut laporan Utusan Online semalam, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata, naib canselor dan timbalan dikehendaki untuk tidak menghalang sebarang bentuk program ilmiah yang akan dianjurkan oleh mahasiswa.
“Kalau kita hendak jadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka, kita tak boleh letakkan barrier di pintu-pintu masuk universiti, seperti yang dapat dilihat di beberapa buah kampus.
“Kita mahukan suasana universiti Malaysia serupa dengan di universiti terkemuka negara-negara maju seperti Harvard, Oxford dan Cambridge. Mulai hari ini, kita hendak universiti untuk menjadi medan masyarakat menimba ilmu, bertukar idea dan dialog,” kata beliau.
Penulis tertarik dengan penggunaan kata nama masyarakat dan bukannya pelajar saja. Ini bermakna proses pembelajaran tidak seharusnya terhenti selepas seseorang mendapatkan segulung ijazah.
So apa lagi, jom kita laungkan suara mahasiswa dan akademik!
Usah lagi ada sekatan untuk menuntut ilmu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
OMG! Filem The Lion King bakal Ke pawagam hujung bulan ini.
Kepada para peminat Disney tentu mengingati filem ikoniknya iaitu The Lion King. Siapa je yang akan lupa dengan watak Simba, Nala, Timon, Pumba dan Zazu kan?
Apa tidaknya, sejak Disney mengeluarkan poster filem tersebut tahun lalu dengan hanya menggunakan foto singa sahaja, peminat sudah dapat meneka bahawa filem The Lion King akan kembali ke pawagam.
Susulan itu, Disney kembali dengan gaya kreatif mereka apabila berkongsi foto pelakon suara mereka untuk watak-watak di dalam filem tersebut.
Tentunya perkongsian itu menaikkan lagi hype peminat yang tentunya tidak sabar untuk menyaksikan filem ini.
Donald Glover sebagai Simba
Beyonce sebagai Nala
Billy Eichner, Seth Rogen, dan John Oliver sebagai Timon, Pumbaa, dan Zazu
Alfre Woodard sebagai Sarabi
Chiwetel Ejiofor sebagai Scar
Keegan-Michael Key, Florence Kasumba, dan Eric Andre sebagai hyenas Kamari, Shenzi, and Azizi
JD McCrary dan Shahadi Wright Joseph sebagai Simba dan Nala waktu muda
Untuk pengetahuan, suara Mufasa iaitu bapa kepada Simba akan menggunakan suara pelakon asal iaitu James Earl Jones. Filem ini bakal keluar pada 17 Julai nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!