Gian Sangat Nak Prank Orang, YouTuber Terkenal Hampir Dipenjara

Share

 

Itulah, bila kita terlalu obses dengan ‘content’ dan jumlah penonton, kita terlupa akan adab dan perasaan orang lain.

 

Kecoh dunia YouTuber di Amerika Syarikat apabila pasangan kembar terkenal, Alan dan Alex Stokes memuat naik sebuah video di akaun YouTube mereka dengan tujuan mengenakan orang lain atau dalam bahasa mudah, prank.

Content sebegini sudah sebati dengan pasangan kembar berusia 23 tahun ini. Dengan cara inilah, mereka mengecapi populariti dan jumlah subscribers yang cukup tinggi. Bagaimanapun kali ini, prank mereka telah melebihi batas dan hasilnya, mereka berdepan dengan tindakan undang-undang!

Pada Oktober 2019, Alan dan Alex melakonkan prank mereka untuk merompak bank dan ia melibatkan seorang pemandu Uber tidak bersalah.

Mereka menempah kenderaan Uber dan berpakaian serba hitam siap dengan pelitup muka ski dan beg jenis ‘duffle’ seolah-olah baru saja merompak wang dari bank. Situasi ini telah dirakamkan secara rahsia untuk video prank mereka.

Nampak seperti perancangan prank biasa, kan?

Namun, semuanya bertukar serius setelah seorang saksi yang berada di lokasi rakaman itu mendial pihak berkuasa setelah mempercayai dengan prank tersebut. Malah, apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka mengacukan pemandu Uber itu dengan pistol.

Biarpun niat mereka hanyalah untuk mengenakan orang ramai, namun nyawa pemandu itu berada dalam bahaya dan dia mampu untuk terbunuh sekiranya bertindak melawan pihak polis.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam daerah Orange County, perbuatan Alan dan Alex itu adalah tidak bertanggungjawab. Mereka hanya ingin menaikkan jumlah followers di Internet tanpa memikirkan keselamatan pegawai polis atau pemandu Uber.

Setelah kes itu disiasat selama hampir dua tahun, Alan dan Alex akhirnya mengaku bersalah di hadapan mahkmah demi meringankan caj di bawah undang-undang dan demi mengelak hukuman penjara yang boleh dikenakan sehingga 5 tahun kerana perbuatan mereka.

Masing-masing diperintah untuk melakukan khidmat komuniti selama 160 jam dan mereka akan diletakkan di bawah probation

untuk tempoh setahun.

Itulah, gian sangat nak prank orang. Akhirnya diri sendiri yang tersungkur ke tanah.

Untuk penggiat YouTube Malaysia, jangan pula korang pandai-pandai dan melakukan sesuatu ‘di luar kotak’ sebegini sehingga meruntuhkan karier sebagai pempengaruh terkenal.

ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Niat Nak Viral, Aisar Khaled Jelas Isu Sebenar Tentang Video Babi Air – REMAJA

BACA LAGI : Nak Cuba Jadi Content Creator Tapi Tak ‘Confident’, Ini 4 Tip Safwan Nazri – REMAJA

IKLAN