Buat penggemar filem, anda mesti tahu mengapa salah satu dari filem asal Indonesia ini pantas menjadi filem yang paling wajib ditonton bagi tahun 2024. Menerusi ‘Home Sweet Loan’ yang diarahkan oleh Sabrina Rochelle Kalangie ini sememangnya mampu memeluk dan mewakili anda para pejuang hidup pada zaman ini.
Mengangkat keresahan dan kepayahan hidup generasi ‘sandwich’, filem yang diadaptasi dari novel karya Almira Bastari ini sememangnya kayak menerima pujian kerana setiap perjalanan cerita yang disampaikan boleh dikatakan dekat dengan ramai orang. Jangan berlengah lagi, ini ‘point’ menarik mengapa anda patut tonton filem ini!
SANDWICH GENERATION CAN RELATE!
Home Sweet Loan mengisahkan kehidupan gadis bernama Kaluna yang gigih berusaha keras demi mendapatkan rumah sendiri. Walau bagaimanapun, hal itu bukan mudah kerana dalam pada masa yang sama, Kaluna mempunyai komitmen terhadap keluarga berbekalkan pendapatan yang tidak seberapa.
Sehingga pada satu hari, Kaluna mula penat dengan kehidupannya dan setiap kali pulang ke rumah dia seperti tidak dialu-alukan membuatkan penonton merasa dekat dengan watak utama filem ini, terutama bagi individu yang berperanan sebagai generasi ‘sandwich’ dalam keluarga.
Selain itu, selingan drama persahabatan, komedi, dan kemanisan romantis juga bakal mencuit hati anda!
Ads
KESEDERHANAAN WATAK UTAMA
Watak Kaluna yang dilakonkan Yunita Siregar juga digambarkan secara menyeluruh. Bermula dari penampilan cara berpakaian, make-up, dan gaya hidup juga sangat menggambarkan masyarakat ekonomi menengah. Berbeza dengan rakan-rakannya yang digambarkan lebih stabil berbanding watak utama filem ini.
Ditambah dengan ekspresi wajah jarang tersenyum setiap kali berada di rumah juga berjaya membuat penonton turut merasakan bagaimana penatnya terpaksa memikul beban hidup.
Ads
SINEMATOGRAFI PALING EPIK
Penonton Home Sweet Loan juga akan merasa dekat dengan setiap ‘scene’ menerusi filem ini kerana anda akan disajikan dengan visual bagaimana lelahnya para pencari nafkah di kota yang perlu pergi dan pulang kerja menggunakan kenderaan awam seperti bas, keretaapi dan sebagainya.
Paling menarik, penonton juga mungkin merasa seakan-akan dipeluk oleh satu semangat dan membuatkan kita sedar bahawa ramai lagi orang sedang berjuang di haluan masing-masing.
LAGU OST SYAHDU SUASANA
Selitan lagu galau seperti ‘Berakhir di Aku’ Idgitaf yang dijadikan soundtrack utama juga mampu membuatkan anda sebak dan terbawa-bawa dengan suasana. Selain itu, filem ini juga diwarnai lagu-lagu galau lain seperti Kembali Pulang oleh Suara Kayu ft. Feby Putri, Rumah oleh Salma Salsabil, Mendarah oleh Nadin Amizah, Hei Kamu oleh Aviwkila, Terima Kasih Sudah Bertahan oleh Ghea Indrawari, Jakarta Ramai oleh Maudy Ayunda, dan Semoga Sembuh yang dibawakan oleh Idgitaf bersama Ezra Mandira.
Ads
Bagi kami di Remaja, filem Home Sweet Loan menarik untuk disaksikan, terutama bagi anda yang sedang merasa penat untuk menjalani kehidupan. Tanpa disedari, filem ini akan menjadi pelukan hangat yang menyedarkan penonton bahawa You Are Not Alone guys! Selain itu, tanpa anda juga secara tak langsung mendapat ilmu dan juga tip hal penting apa yang perlu diperhatikan sewaktu nak beli rumah nanti tau!
Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat dari negara seberang seperti Yunita Siregar, Derby Romero, Risty Tagor, Ayushita, Ina Marika, Ariyo Wahab, Fita Anggraini, dan ramai lagi! Home Sweet Loan yang sarat dengan pengajaran hidup ini juga sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 21 November!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula 1 Julai 2020, pawagam di seluruh Malaysia sudah pun dibenarkan beroperasi setelah lebih kurang tiga bulan ditutup ekoran daripada wabak pandemic COVID-19.
Tapi sebelum itu, ada perkara yang korang perlu tahu bahawa waktu operasi pawagam kini tidak lagi sama seperti sebelum ini.
Kebanyakan daripada pihak pengurusan pawagam di Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang waktu operasi perniagaan ketika PKPP sedang berlangsung.
Sebelum serbu pawagam esok, apa kata korang lihat informasi ini terlebih dahulu.
*Dapatkan parking PERCUMA di GSC IOI City Mall dan IOI Mall Puchong dengan menunjukkan tiket pebelian di kaunter khidmat pelanggan mall tersebut
TGV Cinemas
• Isnin – Khamis (12PM-9PM)
• Jumaat, Sabtu & Cuti Umum Perayaan (12PM-12AM)
• Ahad & Cuti Umum (11AM-9PM)
MBO Cinemas
• Isnin – Rabu (6PM ke atas)
• Khamis & Jumaat (3PM ke atas)
• Sabtu, Ahad & Cuti Umum (12PM ke atas)
Namun begitu, terdapat beberapa cawangan pawagam MBO yang masih tutup sehingga diberi notis pemberitahuan kelak. Antaranya adalah Harbour Place Klang, Space U8, Melaka Mall, U Mall Skudai dan The Spring Kuching.
Diingatkan bahawa hanya individu berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun ke atas tidak dibenarkan untuk memasuki pawagam. Korang juga perlu memeriksa suhu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam premis.
Pihak pawagam juga perlu memastikan kerja pembersihan dan setiap hall perlu disinfeksi selepas tayangan berakhir.
Paling penting, jangan lupa pakai face mask ya. Stay safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas pemain sayap pasukan bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees, yang meninggal dunia, dua hari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Zaquan berkongsi foto tilam serta bantal milik Raees selain mengakui kehidupannya kini terasa sangat sunyi selepas pemergian anak bongsunya itu.
“Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi daddy. Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan, ya Allah,” coretnya lagi.
Pada Selasa, Zaquan berkongsi berita sedih mengenai pemergian anak ketujuhnya, Muhammad Aisy Al Rees yang dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu pada jam 12.57 tengah hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Zaquan Adha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama anak seni ini bukanlah asing dalam industri seni tanah air. Kemunculan pemilik nama Syafie Naswip dalam dunia lakonan bermula pada sekitar tahun 2005 menerusi satu uji bakat filem.
Nama baiknya pernah menjadi sebutan ramai kerana bakatnya yang boleh dianggap ‘luar biasa’ apabila Syafie diberi kepercayaan membawa watak utama menerusi karya terkenal arahan Allahyarham Yasmin Ahmad berjudul Mukhsin.
Setanding dengan lakonan yang cukup hebat, dia menjadi pelakon paling muda membawa pulang trofi pelakon lelaki terbaik di Anugerah Skrin ke-11 ketika berusia 16 tahun.
Sentiasa ‘tunduk’ ke bumi, walau sudah sedekad lebih berada dalam arena ini, Syafie tetap ‘humble’ dengan para pelakon lain terutama dengan bakat-bakat baharu. Malah, dia saling berkongsi idea dan pendapat bersama bintang lain untuk sesebuah babak atau karakter.
“Basically, apa yang kami treat adalah kami tiada membanding siapa yang lama dan baharu. Ya, kami hormati satu sama lain tetapi jika ada perkara yang ingin diketengahkan, cakap sahaja.
“Macam saya pun, ada juga pelakon lain yang lebih muda daripada saya, dia mempunyai idea dan dia akan memberitahu saya. Saya pun begitu. Ia secara tidak langsung mewujudkan cara komunikasi yang mudah,” tuturnya kepada Remaja.
Terbaharu, Syafie Naswip membintangi siri terbaharu Viu arahan Datuk Yusry Abdul Halim, berjudul Nenek Bongkok Tiga. Naskhah tersebut turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hun Haqeem, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykal Iskandar, Sherie Merlis, Sara Ali, Sofia Jane dan Sara Mack Lubis.
Pertama kali berlakon di bawah arahan penerbit dan pengarah hebat tanah air, Datuk Yusry Abdul Halim, ditambah lagi jalan cerita dan skrip yang menarik, Syafie memaklumkan dirinya tidak boleh terlepas peluang yang ada bagi bersama-sama menjayakan siri ini.
“Pertama kali bekerjasama dengan abang Yusry, dia seorang yang memberi ruang kepada para pelakon untuk berkarya dengan cara mereka sendiri. Bukan sahaja dengan pengarah, pelakon-pelakon juga semuanya membantu.
“Ini adalah sebuah naskhah yang saya tidak boleh lepaskan peluang. Dari segi jalan cerita dan skrip malah plot twist yang menarik,” kongsinya lagi.
Menariknya, bagi menghidupkan watak lagi yang dibawa menerusi drama siri ini, Syafie rela ‘mencantas’ sedikit rambutnya di bahagian hadapan sebagai salah satu karakter yang perlu diikut sebagai Sani.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.