Ulang tahun kelahiran penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-45 hari ini, pastinya cukup istimewa dan amat bermakna buat dirinya.
Sempena ulang tahun kelahiran penyanyi kesayangan ramai ini, Remaja kongsikan ‘rahsia’ rutin penjagaan wajah dan tubuh badan daripada anak kelahiran negeri Pahang tersebut.
Maklumlah, figura ini sentiasa kelihatan awet muda persis anak dara walaupun separuh umurnya sudah memasuki empat siri.
Semestinya juga sebagai seorang wanita yang bekerjaya, jadual hariannya tentu padat bagi menguruskan kerjaya hakiki dan keluarga tercinta. Namun, pada masa sama harus juga menitik beratkan penjagaan kesihatan dan wajah agar kekal sihat dan sejahtera.
Kongsi Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti, dia memaklumkan dirinya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan, namun sudah tentunya dia akan menggunakan set produk keluarannya agar kekal sihat luaran dan dalaman.
Selain daripada produknya, penyanyi lagu hit Wajah Kekasih itu juga tidak terlepas peluang untuk melakuan aktiviti senaman di kediamannya sahaja seperti Muay Thai dan gimnasium.
“Saya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan tetapi sebagai pengasas produk, saya berusaha menghasilkan produk terbaik dan akan menggunakannya.
“Set penjagaan kulit muka dan juga kosmetik tentunya dari SimplySiti dan untuk minuman kesihatan luaran dalaman dari BeauSiti. Saya juga melakukan senaman, Muay Thai atau di gimnasium di rumah juga,” tuturnya kepada Remaja.
Bagi aktiviti outdoor pula, selain berbasikal, legenda negara ini turut akan ke sauna dan melakukan urut badan jika mempunyai kelapangan waktu.
“Selain berbasikal, saya juga akan masuk ke sauna jika ada waktu dan melakukan urutan badan juga,” kongsinya lagi.
Bagi yang mengikuti ibu kepada dua cahaya mata itu di media sosial, pasti gemar dan tidak akan terlepas melihat celoteh Tokti jika selebriti kesayangannya itu melakukan sesi siaran langsung.
Ada kalanya beliau melakukan sesi siaran langsung memasak, bersolek di dalam kereta dan sebagainya. Sempat juga Remaja bertanya mengenai perkara tersebut.
“Saya jarang ada waktu terluang dan saya gunakan waktu di dalam kereta untuk siaran langsung (live). Memasak juga saya buat live sekali sekala.
“Ini adalah realiti kehidupan, saya mahu memberitahu peminat bahawa saya juga seperti mereka menjalani kehidupan seperti orang lain,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau dah nama perempuan, tak sah bila keluar tak ada gambar OOTD. Paling penting, gambar mesti la style. Tempat tak cantik pun tak apa, tapi gambar tetap kena cun.
So, kami nak share idea sikit apa yang korang boleh buat jika berada di tempat yang ‘biasa-biasa’ saja, gunakan dinding yang ada sebagai tempat berposing.
Hasilnya tetap meletop. Jangan risau.
1. Pose berjalan
Asyik posing berdiri tegak je, apa kata kali ni korang acah-acah pose macam tengah berjalan. Style kan?
2. Kaki atas dinding
Kalau nak nampak kurus sikit, angle macam ni boleh membantu. Tapi make sure tapak kasut korang tu tak kotor ya. Hiks!
3. Dengan kawan
Gambar bersama kawan lebih havoc. Biasanya, pose dengan kawan-kawan ni lagi nampak natural sebab masing-masing ada karakter yang berbeza.
4. Props
Cuba untuk cari props lain untuk dibawa bersama ketika berposing. Contohnya macam tengah makan ais krim ke atau pegang kamera. Tak ada la korang nampak kaku sangat.
5. Duduk/cangkung
Pose ni boleh korang cuba tapi pastikan nampak sopan sikit la ye. Janganlah duduk terkangkang pula bagi yang perempuan tu. Hehe!
Bagi beberapa buah daerah yang masih lagi dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, mesti ramai yang dah terasa nak makan/minum itu ini dan tak kurang juga sudah mula bosan duduk di rumah.
Kalau sebelum ini waktu PKP ada macam-macam resipi yang dikongsi, bagaimana pula dengan PKPB kali ini? Dah berapa resipi yang korang try? Hiks!
Jika ada yang teringin nak minum air mahal seperti di Starbucks atau mana-mana coffee restaurant, berikut kami nak kongsikan dengan korang resipi air blended yang boleh disediakan sendiri di rumah dengan mudah dan kos yang lebih berbaloi.
Perkongsian ini telah pun dibuat oleh Mohd Fadzli dalam page Masak Apa Hari Ni (MAHN). Jom kita lihat resipi mudah yang dikongsi olehnya ini.
Bahan-bahan:
– Susu coklat
– Choc chip
– Ais
Cara menyediakan:
Mudah sahaja, masukkan semua bahan dan kisarkan. Kemudian, kalau korang nak tambah topping boleh la letak whipping cream.
Rasanya macam ala-ala choc cream chip Starbucks. Kalau nak rasa java chip (mocha) boleh tambah café latte juga.
RM400,000 dilaburkan oleh Dato Seri Vida untuk single terbaru berserta video muziknya, berbaloi atau tidak?
Biarpun terlewat tiga jam dari waktu sebenar peluncuran single terbaru nyanyian Dato Seri Vida (DSV) berjudul Ku Ikhlaskan pada 21 Mac lalu, impak yang cuba disasarkan oleh beliau jelas dapat dirasai setelah video muziknya berjaya melangkaui satu juta tontonan dalam masa sehari saja.
Comeback DSV dalam dunia muzik telah mencuri tumpuan rakyat Malaysia setelah beliau mengeluarkan beberapa bentuk teaser sepanjang minggu lalu.
Bermula dengan gaya solekan dan video yang menunjukkan beliau menggayakan pelbagai jenis busana unik ciptaan jenama tempatan Behati, DSV terus-menerus menjadi topik perbualan warganet sehinggalah lagu serta video muziknya menemui orang ramai.
Sepanjang video itu, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah menyarungkan bukan satu, bukan dua tetapi lapan busana berserta solekan berasingan demi menyerlahkan lagi imej serta mesej di sebalik lirik Ku Ikhlaskan yang ditulis olehnya sendiri.
Ku Ikhlaskan menceritakan tentang kisah cinta peribadi DSV dan ia cuba disampaikan menerusi setiap babak serta busana unik dalam video muzik ini.
Busana Bunga Di Dalam Tab Mandi
Konsep : Air bunga digunakan bagi menjernihkan hati dan semangat wanita yang bergelora setelah kecundang dalam percintaan.
Kepala Dipakaikan Dengan Bingkai
Konsep : Bingkai dianggap sebagai ‘pelindung’ DSV daripada ancaman cinta palsu. Mungkin juga busana ini adalah perisai DSV sewaktu terjerumus dalam permainan cinta (diibaratkan dalam bentuk permainan catur).
Busana Queen of Hearts
Konsep : Permainan catur menjadi analogi kepada hati wanita yang dipermainkan. Setelah tersungkur, DSV dilihat ‘menggelupur’ di udara persis hatinya yang berontakan. Aksesori kepala berbentuk hati pula adalah simbol kepada hatinya yang retak.
Busana Ala Gaun Perkahwinan Serba Putih
Konsep : Sebelum beralij ke fasa lebih serius dengan jejaka yang salah, DSV telah ‘memerdekakan’ diri daripada cinta palsu. Menariknya, babak ini dirakam di Dataran Merdeka selari dengan mesej tersebut.
Telekung 20 meter
Konsep : Babak akhir Ku Ikhlaskan menceritakan tentang cinta yang satu, cinta kepada Ilahi. Manusia hanya menaburkan cinta sementara, sebalik cinta kepada Yang Esa pasti berkekalan sampai bila-bila.
*
Selain lima busana ini, DSV turut mencuri perhatian dalam persalinan serba metalikdi awal video muzik; dalam busana merah jambu menyala (dengan aksesori kepala yang pernah dipakai oleh Kaka Azraff sewaktu menjayakan persembahan Anugerah Juara Lagu ke-35) dan busana merah jambu cair dengan perincian pleats yang menggambarkan rasa gembira yang berpucuk dalam hati DSV sewaktu bercinta.
Amacam, onz tak effort yang diberikan oleh DSV dan pasukannya ini? Dengan tontonan yang telah mencecah angka satu juta, tak sia-sia DSV komited dengan penggambaran video muzik selama 10 hari. Lagipun, penonton pun disajikan dengan kameo Abang Qu kan sebagai penyeri video, eh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!