Gelaran Hero Remaja 2021 Jatuh Kepada Mierul Aiman

Share

Setelah beberapa bulan ditunda akibat pandemik COVID-19, Pencarian Hero Remaja 2021 akhirnya melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada Mierul Aiman selaku Juara.

Berbeza daripada edisi-edisi sebelum ini, Hero Remaja 2021 menampilkan lapan episod prelude yang disiarkan di Astro Ria bagi memperkenalkan barisan finalis kepada penonton.

Malam finale menyaksikan empat peserta akhir termasuklah Mierul Aiman, Fazziq Muqris , Afiq Hamidon dan Aqil Taqee yang perlu melalui tiga cabaran iaitu lakonan, pengacaraan dan sesi soal jawab bersama juri.

Ternyata tuah milik Mierul apabila dinobat sebagai Juara menggantikan takhta Nadhir Nasar selaku Hero Remaja 2020.

Naib Juara pula disandang oleh Aqil Taqee, manakala Fazziq Muqris berada di tempat ketiga dan Afiq Hamidon berjaya menduduki tempat keempat.

Sementara itu, Aqil Taqee dipilih sebagai Hero Inspirasi berdasarkan pilihan daripada pihak Remaja dan team produksi atas positiviti, usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang Pencarian Hero Remaja 2021 berlangsung.

Manakala, Hero Favorite hasil undian peminat di laman web Remaja menjadi milik Syazani Zainal.

Majlis berlangsung secara sederhana namun tetap meriah dengan hanya dihadiri kaum keluarga finalis top 4 kerana mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

IKLAN