
Demam tarian Kill This Love dari Blackpink nampaknya masih belum reda dan adik-beradik Niana Guerrero turut tidak ketinggalan untuk membuat cover lagu ini, tetapi dilakukan lebih santai di dalam kereta.
Lebih menarik lagi, adiknya Natalia yang baru berusia lingkungan 5 tahun sudah pandai meniru aksi Blackpink. Serious comel gila family ni.

Rata-rata peminat mereka memuji kecomelan Natalia dan menyifatkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Abangnya Ranz Kyle juga selalu bersama Niana dalam membuat video tarian bersama. Dah nampak adiknya, Natalia juga bakal mengikut jejak langkah abang dan kakaknya itu.

Walaupun baru berusia 5 tahun, Natalia sudah pandai menari. Ramai yang memuji kecomelan telatah kanak-kanak ini.


Setelah 3 hari di upload di laman Facebook mereka, video ini telah mendapat lebih daripada 200 ribu shares dan 14 juta tontonan.
Congrats gais!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis Sabah Ini Lanjutkan Pelajaran Ke Korea & Kini Bekerja Di Syarikat Terkenal Dari Jepun

Kemiskinan bukan alasan untuk menjadikan seseorang individu itu berjaya. Asalkan ada minat dan usaha, kejayaan bakal diperoleh untuk kita mengubah kehidupan sekeluarga.
Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini, Azhar Othman menceritakan tentang seorang gadis bernama Riana, yang ditemuinya sempena Program Motivasi Pelajar Cemerlang di Sabah. Riana yang dibesarkan dan bersekolah di Kg Bongkol, Pitas, Sabah. Walaupun menjalani kehidupan yang susah sejak kecil lagi, ia tidak mematahkan semangat untuk gadis ini tetap tetap terus berusaha mengejar cita-citanya.

Bongkol terletak hanya 28km dari Pekan Pitas tetapi mengambil masa perjalanan lebih 1 jam untuk sampai. Biarpun dalam keadaan serba kekurangan di sekolah dan di rumah, Riana berjaya memperoleh 7A dalam PMR 2010. Malangnya, permohonan gadis ini untuk menyambung pelajaran ke MRSM Kuching ditolak dan dia hanya meneruskan pelajaran di SMK Bongkol.
Diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains Sabah
Semenjak daripada pertemuan itu, Azhar dan rakan-rakannya berazam untuk membantu Riana untuk mencapai impiannya. Anak jati Sabah ini diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains Sabah pada Mei 2011. Pada mulanya, Riana terpaksa menghadapi cabaran sukar. Sebagai seorang yang pendiam dan pemalu (introvert) dan pertama kali berpisah dengan keluarga, beliau sukar menyesuaikan diri di tempat baru, dengan rakan-rakan baru yang tidak kurang hebatnya di sebuah sekolah aliran Sains yang belum pernah ditempuhi sebelum ini.

Malah, ada guru beliau sendiri yang tidak yakin Riana boleh bertahan di sekolah berkenaan. Namun, berkat usaha, keyakinan diri dan bantuan beberapa pihak, beliau mula mengorak langkah menuju kecemerlangan. Apabila keputusan SPM diumumkan, beliau memperolehi 9A termasuk 5A1 dalam subjek Sains dan Matematik.
Melanjutkan pelajaran ke Korea
Setelah menunggu lama dan mengambil risiko menolak beberapa tawaran belajar di dalam negara, Riana akhirnya ditawarkan biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Sebelum itu, dia perlu menjalani kursus persediaan bahasa Korea di INTEC, Shah Alam. Ituah kali pertama dia ke Kuala Lumpur dan menaiki kapal terbang.

Februari 2014 menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya Riana menjejakkan kaki di bumi Korea. Melanjutkan pelajaran di Seoul University dan Inha University, Riana belajar cara kehidupan di sebuah kota metropolitan dan budaya tradisional yang bersimpul dengan cara hidup moden melalui interaksi dengan kawan-kawan, pembacaan dan penggembaraan.
Disana juga dia terpaksa berhempas pulas bersaing dengan pelajar tempatan dan antarabangsa. Namun, seperti yang dijangka, Riana berjaya meraih anugerah Dean’s List atas keputusan yang cemerlang.

Gadis ini berjaya menghabiskan pengajian pada akhir 2018 dan menerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dalam majlis konvokesyen pada Februari 2019.
Riana kini berkhidmat di sebuah syarikat multinasional terkenal dari Jepun dan ditugaskan untuk menjadi penterjermah dan perantara untuk tujuan menggembangkan pasaran produk syarikat tersebut di Korea Selatan.
Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Keazaman dan ketekunan Riana dalam menuntut ilmu membuahkan hasil. Walaupun sudah berjaya, Riana masih lagi merendah diri, bersopan santun dan tidak lalai dengan arus kemodenan. Dia seorang yang amat berdedikasi, rajin dan fokus kepada keinginan tinggi untuk berjaya serta membantu keluarga daripada belenggu kemiskinan.
Tidak ada yang mustahil, korang juga boleh berjaya sekiranya berusaha keras dan tidak menjadikan alasan kesusahan hidup sebagai penghalang untuk berjaya.
Sumber: Azhar Othman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spoilers Avengers Endgame Dan Jelajah Asia Di Korea Selatan, Korang Lebih Teruja Yang Mana?

Kecoh semalam bila beberapa babak dalam Avengers Endgame telah tersebar luas di media sosial. Video berdurasi 15 saat yang berpecah kepada beberapa bahagian itu menunjukkan babak-babak penting di pengakhiran filem, mendapat kritikan daripada peminat tegar siri Marvel kerana ia seperti tidak menghormati peminat yang sudah membeli tiket untuk menonton di pawagam berdekatan.
Ramai yang mengagak bahawa video tersebut dari negara Arab kerana terdapat sari kata bahasa arab dalam video yang diambil ketika sedang menonton di dalam pawagam.
Walaubagaimanapun, pihak Disney enggan mengeluarkan kenyataan terhadap video yang tersebar. Beberapa jam setelah video filem itu tersebar luas di laman Twitter, pengarah filem tersebut mengeluarkan kenyataan di akaun Twitternya.
Terbaru, semua RT, share dan reupload video yang tersebar telah dipadam dari sosial media tersebut.
#DontSpoilTheEndgame
REMAJA teruja dengan kegigihan peminat Avengers di Korea Selatan. Mana tidaknya, lebih daripada 3400 peminat terpilih yang hadir, memberi kejutan kepada Team Avengers Endgame ini dengan light stick (simbol lampu peminat kumpulan kpop) dengan logo Avengers sebagai tanda terima kasih kerana telah memilih Korea Selatan untuk jelajah Asia filem terakhir siri tersebut.
Melalui video kakaopage, Team Avengers iaitu Brie Larson, Robert Downey Jr. , Jeremy Renner dan Russo Brothers sebak dengan kilauan lampu unggu yang menghiasi ruangan tersebut.


Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ingat Kita Tak Sayang Anak Ke” – Intan Najuwa Bersuara Selepas Didakwa Tiada ‘Bonding’ Dengan Imane Lunara

Aktres popular, Datin Intan Najuwa tampil memberi penjelasan selepas timbul dakwaan bahawa dia tidak mempunyai ‘bonding’ yang erat dengan puteri sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi Instastory miliknya, Intan dengan tegas menjelaskan bahawa dia tidak pernah meninggalkan Imane walaupun untuk ke kedai runcit yang hanya terletak 10 meter dari kediamannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel Mudah Sentap, Intan Najuwa Tampil Bersuara Dengan Sikap Biadab Netizen

“Kepada sesiapa cakap saya tak ada bonding dengan tu, kau tahu tak, kita ni pergi kedai runcit 10 meter pun aku angkut anak tau.
“Tak pernah ku tinggal budak dobot ni,” coret Intan.
Dalam pada itu, Intan turut meluahkan rasa kesal terhadap komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah netizen.
Menurutnya, Imane sentiasa berada di sebelahnya, termasuk ketika dia sedang memasak di dapur.
ARTIKEL BERKAITAN: “Muka Daddy, Mata Mummy” -Intan Najuwa Kongsi Wajah Puteri Sulung. COMEL!

“Tengah masak pun dia duduk dapur tau sebelah Mommy. Ish jahat ya mulut acik. Ingat kita tak sayang anak ke.
“Kalau boleh nak masuk perut balik ni ha senang bawak gi mana-mana tak nak jauh,” tambah Intan lagi.
Sekadar info, Intan Najuwa dan suaminya, Ahmad Asraf, telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dalam sebuah majlis yang diadakan di One And Only Desaru Coast, Johor.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

