Memasuki minggu ketiga konsert Gegar Vaganze (GV11) semalam, akhirnya penyingkiran pertama telahpun dilakukan dalam kalangan 14 peserta yang bertanding.
Dek kesilapan teknikal sehingga mengakibatnya hilang fokus dan terlupa lirik, penyanyi Nai Dinamik menjadi peserta pertama yang tersingkir semalam.
Nai atau nama sebenarnya, James Junai Juki membawakan lagu nyanyi asal kumpulan XPDC, Apa Nak Dikata dan sejak awal lagi hilang fokus selepas beliau berdepan kesilapan teknikal melibatkan earpiece.
Nai Dinamik.
Juri tetap, Datuk Ramli M.S. menghentikan persembahan tersebut dan memberikan peluang kedua untuk Nai membawakan semula lagu tersebut. Bagaimanapun dek insiden yang baru berlaku sebentar tadi, Nai terus ternganggu dan gagal menyampaikannya dengan baik.
Ramli tampil memberikan gambaran sebenar betapa sukarnya lagu Apa Nak Dikata untuk dinyanyikan dan memberikan pujian kepada Nai serta penonton yang terus-menerus memberikannya sokongan.
“Saya cerita sejarah lagi ini sikit. Masa XPDC merakamkan lagu ini, arwah Mael pun tercungap-cungap, memang tidak mudah.
“Saya rasa agak tidak adil untuk Nai sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti ini,” katanya.
Begitupun, juri tetap Datuk Syafinaz Selamat tegas dengan pendiriannya bahawa seorang penyanyi perlu terlebih dahulu menghafal dan memahami bait lirik agar insiden kehilangan fokus sewaktu melakukan persembahan seperti ini tidak berlaku meski apa juga cabaran melanda penyanyi itu.
Dalam pada itu, peserta Liza Aziz sekali lagi mengulangi kejayaan menduduki tempat pertama untuk minggu ketiga berturut-turut dengan pungutan markah 73.40.
Liza juga sekali lagi mengulangi strategi persembahan lagu secara medley menerusi lagu Ain’t Nobody (Chaka Khan) dan I Will Survive (Gloria Gaynor).
Liza AzizNing Baizura
Tempat kedua menjadi milik Ning Baizura dengan 65.60. Menariknya, seperti Liza Aziz, Ning juga bertindak menukar lagu asal Sejati nyanyian Wings yang diberikan kepadanya kepada lagu bahasa Inggeris, Fireworks nyanyian Katy Perry.
Ads
Manakala tempat ketiga diperolehi oleh Inka Christie yang membawakan lagu sahabat karibnya, Nike Ardilla berjudul Bintang Kehidupan dalam versi rock lalu melayakkannya memperolehi 63.20 markah.
Inka Christie
13 orang peserta GV11 seterusnya akan membawakan tema Hore-Hore di konsert minggu keempat pada 15 Disember nanti.
FOTO: Astro / Azrul Rafie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pengikut tegar drama Curi-Curi Cinta, tahniah kerana korang telah menjadikan drama tersebut trending di tangga pertama Twitter semalam!
Selama 28 episod drama arahan itu ditayangkan, ramai yang memuji lakonan para pelakonnya terutama Fauziah Nawi, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza. Cumanya, drama ini menggabungkan elemen sedih / dramatik bersama elemen komedi.
Dan apabila tiba babak komedinya, memang semua penonton akan berdekah ketawa di hadapan kaca televisyen. Jadi bagaimana sebenarnya seorang pelakon boleh tahan gelak sewaktu babak seperti itu?
Zahirah Macwilson yang membawakan watak Intan semalam sempat berkongsi pengalamannya merekod babak Aiman Hakim menyanyi lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) di dalam kereta dalam episod 27 yang telah menjadi viral di media sosial.
“Sebenarnya untuk penggambaran Curi-Curi Cinta ini, produksi menggunakan 1 kamera. Jadi selepas mereka merekod babak Aiman, barulah babak Ira.
“Semasa babak Danial (watak Aiman Hakim) menyanyi, kru telah merekod bahagian Ira terlebih dahulu. Jadi Ira tidak tahu yang Aiman akan menyanyi sebegitu rupa. Abang prop master yang memandu kereta itu semasa babak Ira, bukannya Aiman. Tetapi semasa babak Aiman pula, Ira perlu ada di dalam kereta kerana perlu feed line kepada Aiman.
“So yea, itulah rahsia bagaimana Ira tidak gelak semasa babak itu. Tapi jujurnya, semua orang tak sangka dia akan menyanyi seperti itu,” jelasnya lagi sebelum episod akhir drama Curi-Curi Cinta ditayangkan semalam di Astro Ria.
“Kadangkala kami tidak berada di satu tempat semasa babak itu berlangsung. Kami sebagai pelakon perlu bayangkan saja mengikut skrip.”
Ouhh..
Anyway, korang puas hati tak dengan ending Curi-Curi Cinta semalam?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez telah menerima anugerah Woman of The Year sempena acara Billboard Women in Music yang berlangsung di Amerika Syarikat.
Dan di dalam ucapannya yang diselangi dengan tangisan air mata itu (kami pun turut menangis sama semasa ucapannya), Selena tanpa teragak-agak memulakannya dengan berkata rakan baiknya, Francia Raisa lebih berhak untuk memperoleh anugerah tersebut berbanding dirinya.
Awal tahun ini, Francia secara sukarela telah mendermakan buah pinggang kepada Selena yang dilaporkan menghadapi komplikasi berkenaan diagnosis lupus yang dihadapinya. Perkhabaran tersebut mendapat liputan meluas media seluruh dunia dek kerana 1) status Selena sebagai seorang selebriti dan yang lebih utama 2) kerana ia merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa.
Selepas menjalani pembedahan, Selena telah menjelaskan dalam satu posting di Instagram bahawa pembedahan tersebut telah berjaya dan ia menyelamatkan nyawanya.
Semasa menerima anugerah tersebut, Francia turut menemai Selena di pentas dan hadir sebagai plus-one rakan baiknya itu. Selain Francia, Selena juga berterima kasih kepada pasukannya dan ahli keluarga yang menurutnya “sentiasa berada bersama saya sepanjang waktu senang dan susah.”
“I want people to know I respect the platform I have so deeply.”
Pada usia 25 tahun, Selena memberitahu kepada Billboard dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa pembedahan memindahkan buah pinggang yang dijalaninya membuatkan dia semakin sedar akan kepentingan menjaga tubuh badannya.
“Saya hanya tersedar yang badan saya adalah milik saya, [Selepas pembedahan] saya bersyukur kerana masih hidup dan mempunyai badan yang berfungsi dengan baik. I’m actually grateful for who I am.”
“Jika dahulu saya tidak begitu selesa dengan bekas jahitan daripada pembedahan, kini saya sudah menerima keadaan fizikal saya itu.”
Sebelum ini pada tahun 2015, Selena pernah merasakan rendah diri dan stres kerana media antarabangsa melaporkan tentang berat badannya yang meningkat disebabkan penyakit lupus tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang pun tahu, perayaan Deepavali sememangnya sinonim dengan hiasan kolam yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan.
Khas sempena pesta lampu pada tahun ini, penulis tertarik dengan keunikan bukan 1, bukan 2 tetapi SEMBILAN buah kolam yang ada di kompleks membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur.
Diilhamkan daripada konsep bunga-bungan dan festival taman dari seluruh dunia, kolam yang terletak di beberapa kawasan utama Pavilion itu memang sesuai untuk korang jadikan background OOTD masing-masing sempena perayaan Deepavali pada bulan ini.
Kolam terbesar yang dicipta terletak di sekeliling air pancut kristal Pavilion yang terletak di hadapan pintu masuk utamanya. Malah, ia amat besar sehingga dinobatkan sebagai “Biggest Illuminated Flower Fabric Kolam” oleh Malaysia Book of Records!
*
Untuk pengetahuan korang, kolam Deepavali ini adalah simbolik kepada sambutan festival cahaya untuk mengatasi segala kegelapan serta kejahatan yang ada di sekeliling kita.
Dari sekarang hingga 31 Oktober ini, korang bukan saja boleh mengambil gambar, tetapi juga boleh menyaksikan persembahan tarian berwarna-warni, mendapatkan shopping reward istimewa yang ditawarkan oleh Pavilion dan membeli-belah barangan yang sinonim dengan Deepavali.
Sebagai contoh, dari 7 hingga 31 Oktover ini, Divine Diwali Bazaar akan dibuka di bahagian Connection Pavilion. Ia menjual pakaian tradisional India, manisan, snek, barangan hiasan rumah dan macam-macam lagi.
So jom!
*
HEY GIRLS WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...