Ramai yang mengecam tindakan seorang pengasas produk kecantikan apabila beberapa video mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di akaun TikTok menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tindakan tidak bermoral lelaki tersebut akhirnya mendapat perhatian pihak polis apabila pihak polis tengah giat mengesan pengasas produk kecantikan tersebut bagi membantu siasatan berhubung video aksi jelek berkenaan, menurut laporan daripada Bernama.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, pihak mereka juga sedang mengesan kanak-kanak tersebut serta saksi kejadian.
“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” jelasnya.
Ads
Walau bagaimanapun, carian penulis di aplikasi TikTok mendapati koleksi video yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di akaun TikTok miliknya kini sudah dinyahaktif.
Sebelum ini, seorang penceramah yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah melahirkan rasa terkejutnya melihat kanak-kanak dan remaja dipegang sembarangan lebih-lebih lagi mencium orang dewasa sebegitu rupa.
Menurutnya lagi, menerusi video yang tular tersebut, boleh jadi kanak-kanak dan remaja itu telah diganggu secara seksual.
Ads
Ya Tuhan, ni apa benda ni?
Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
Rentetan daripada kes amang seksual di kalangan kanak-kanak ini. Kami kongsikan kembali 6 Peringkat Modus Operandi Pemangsa Perkongsian Daripada Pakar Shafiq Supian.
Ads
Peringkat 1: Menentukan Mangsa.
Peringkat 2: Mendapatkan Kepercayaan Mangsa.
Peringkat 3: Mengisi Keperluan Mangsa.
Peringkat 4: Mengasingkan Mangsa.
Peringkat 5: Mengadakan Perhubungan Seksual.
Peringkat 6: Mengekalkan kawalan.
Sumber: Bernama, Facebook Shafiq Sufian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Elon Musk seringkali hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang. Berjaya membangunkan Tesla dan Space X sekaligus berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.
Jika sebelum ini jutawan dunia ini dikatakan ‘troll’ satu dunia berkenaan berhasrat memiliki keseluruhan laman sosial popular Twitter. Musk meneruskan juga hasrat pembelian bagi menanggung kes beliau diheret oleh Twitter kerana melanggar perjanjian asal.
Terbaru, pagi ini secara rasmi beliau mengambil alih Twitter pada nilai $44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu. Pengambil alihan dimuktamadkan selepas beliau melawat ibu pejabat Twitter semalam dan mengubah status pada akaun rasmi ke “Chief Twit”
Foto Via The Economic Times
Musk juga sudahpun mengesahkan tidak akan membuang 75% kakitangan seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi CEO Parag Agrawal, CFO Ned Segal dan ketua polisi serta keselamatan Vijaya Gadde telahpun dipecat serta merta. Antara rancangan awal Musk ialah untuk menjadikan Twitter sebuah aplikasi super seperti WeChat.
Wah, tahniah Elon Musk sebagai pemilik Twitter yang baru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di sebalik isu pengakuan terbuka bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdul Aziz bahawa dirinya adalah individu yang dimaksudkan dalam video intim itu, mulai semalam kita mulai belajar satu perkataan yang sangat jarang diguna pakai sebelum ini.
Bila akhbar-akhbar utama menggunakan ayat SEMBURIT dan BERSEMBURIT, ada tanda-tanda lucu dalam diri kita. Ramai yang ketawa berdekah-dekah kerana beranggapan maknanya sangat lucu dan sedikit kotor. Tak hairanlah, kita mula membelek Kamus Dewan untuk mengetahui maksudnya.
Pencarian REMAJA dalam Kamus Dewan edisi Ke empat, SEMBURIT DAN BERSEMBURIT membawa makna yang sama iaitu persetubuhan sesama lelaki; bersemburit bersetubuh sesama lelaki.
Semburit dan bersemburit membawa maksud persetubuhan sesama lelaki
Tapi awas ya, jangan disebabkan perkataan burit, otak kita menerawang jauh-jauh. Ini kerana burit atau buritan dalam kamus Dewasa Edisi Kedua langsung tidak ada kaitan dengan perlakuan sesama jenis tetapi ia membawa makna bahagian belakang (kapal, perahu dan sebagainya).
Besar bezanyakan! Hikz!
Ternyata bagi negara jiran yang juga serumpun, Indonesia, ayat semburit dan bersemburit ini diguna pakai oleh masyarakat di sana.
Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), semburit membawa makna persetubuhan sesama lelaki; perjantanan;
Bersemburit pula membawa maksud bersetubuh sesama lelaki; main berjantan.
Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) membawa maksud yang sama mengenai semburit
Jadi, kalau mana-mana merasakan ayat semburit atau bersemburit itu salah ditulis atau membawa maksud lucu, tapi ayat itu sebenarnya memang ada dalam kamus dewan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang ibu langsung tidak menyangka perubahan sikap anaknya yang cepat merajuk ketika pulang bercuti hari raya baru-baru ini menjadi petanda dia hendak pergi buat selama-lamanya.
Suhaila Maasam, 50 tahun berkata, anak kedua dari empat beradik itu sebenarnya meninggalkan rumah keluarga di Gemas, Negeri Sembilan kira-kira jam 4 petang kelmarin dalam keadaan merajuk sebelum mula berkerja, semalam.
“Arwah merajuk betul dengan saya kali ini. Katanya, saya tidak pernah puji dia kemas rumah sampaikan dia berkeras nak balik ke Melaka.
“Dia juga tidak endahkan bapanya yang memujuknya supaya ke Melaka lewat petang (kelmarin),” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka, semalam.
Arwah Intan Syahira maut ditimpa dahan pokok yang tumbang akibat ributDahan pokok besar ini menimpanya sehingga mengakibatkan arwah maut di lokasi kejadian
Anaknya, Intan Syahira Ahmad Safri, 23 tahun menemui ajal selepas ditimpa dahan pokok yang tumbang ketika hujan lebat di Jalan Ayer Keroh, Melaka.
Menurutnya, Allahyarhamah Intan Syahira tinggal menyewa di Bukit Beruang dan bekerja di sebuah kilang elektronik di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini.
Bapa mangsa, Ahmad Safri Baharudin, 50, berkata, sebelum bekerja di Melaka, anak perempuannya bekerja di restoran makanan segera di Gemas, Negeri Sembilan.
“Hari ini (semalam) hari pertama dia masuk kerja selepas cuti raya. Dia bekerja di kilang itu baru lima bulan,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Intan Syahira menunggang motosikal SYM dari Bukit Beruang ke Taman Tasik Utama, Ayer Keroh untuk ke tempat kerja ketika hujan lebat dan berangin.
Arwah maut di lokasi kejadian
Dia ditimpa dahan pokok hiasan di bahu jalan yang patah dipercayai akibat ribut dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi.
Difahamkan, orang ramai yang melalui tempat kejadian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ayer Keroh bagi tujuan mengalihkan dahan-dahan di atas jalan, sebelum menemukan mangsa dan motosikal di bawah rimbunan itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hamdan Sudin erkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Ketua Menteri, Adly Zahari dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee turut hadir menziarahi keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Melaka semalam.
Ibunya tidak dapat menahan sebak saat menceritakan detik akhir anaknya. Gambar Harian MetroKetua Menteri, Adly Zahari dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee turut hadir menziarahi keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Melaka semalam.
Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memandang serius kejadian dahan pokok patah yang menimpa Allahyarham Intan Syahira Ahmad Safri, 20, di Jalan Ayer Keroh Lama, semalam.
Yang Dipertua MPHTJ, Mahani Masban berkata, pihaknya bersedia memberi pampasan kepada keluarga gadis terbabit namun, pihak keluarga mangsa perlu membuat laporan polis agar tindakan susulan berkaitan undang-undang boleh diambil.
Menurutnya, tragedi berkenaan berpunca daripada dahan pokok sena iaitu sejenis pokok hiasan berusia kira-kira 20 tahun yang ditanam di tepi jalan tersebut dan diselenggara oleh MPHTJ.
“Kita masih lagi menunggu hasil siasatan lengkap tentang punca berlakunya kemalangan tersebut namun pemeriksaan awal mendapati dahan yang patah membabitkan dahan baharu terletak di tengah pokok dan bukannya dahan tepi. Pemeriksaan terhadap kesan patah mendapati tiada reputan atau kerosakan pada dahan. Kejadian yang berlaku dipercayai disebabkan angin kencang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung kejadian terbabit yang turut dihadiri Exco Komunikasi, Multimeria, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee yang juga Adun Kawasan Ayer Keroh.
Mahani berkata, beliau turut menafikan pokok berkenaan tidak diselenggara dengan baik dan mengikut rekod penyelenggaraan pokok tersebut baru sahaja diselenggara pada September tahun lalu.
Beliau berkata, susulan kejadian tersebut, MPHTJ akan memberi fokus penyelenggaraan pokok di tiga kawasan berisiko iaitu di Ayer Keroh, Taman Bukit Katil dan sekitar kawasan berhampiran Zoo Melaka bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sementara itu, Chee Yee menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya melihat keadaan pokok berisiko untuk tumbang.
Tambahnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di laman http://melaka.spab.gov.my untuk sebarang aduan atau cadangan.