Berita

Ganjaran Wang Tunai RM20,000 Buat Individu Yang Beri Maklumat Kes Pembunuhan Adik Zayn Rayyan

Share

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM20,000 buat individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Allahyarham adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Disember lalu.

Timbalannya, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, ganjaran berkenaan diberikan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bikin Sebak, Ibu Zayn Rayyan Kongsi Gambar Suntingan Bersama Di Majlis Graduasi

“MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan ini.

“Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor dan kita telah mendapat persetujuan daripada Pengerusi MCPF sendiri berkaitan tawaran ganjaran ini,” katanya kepada pemberita di

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Adik Zayn Rayyan yang dibunuh itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

SUMBER FOTO: Awani

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN