Masing-masing memulakan langkah dalam dunia seni lakonan menerusi pencarian Dewi Remaja. Biarpun tergolong dalam kelompok finalis daripada dua musim berbeza, Arena Wan (finalis Dewi Remaja 2018/19) dan Arabella Ellen (naib juara Dewi Remaja 2023) saling tidak tumpah seperti rakan sebaya.

Lantas, pemilihan duo Dewi ini dalam drama bersiri Astro Originals terbaru, Generasi: Perfect 10 (GP10) yang bakal ditayangkan tidak lama lagi merupakan satu percaturan yang dilihat cukup menarik.

Apatah lagi apabila Arena yang memegang watak sebagai Ezrina Riyad @ Ezie mempunyai bakat tersendiri dalam gerak-geri tarian manakala Arabella yang melakonkan watak Victoria sememangnya sinonim dengan dunia sukan apabila pernah bergelar atlet gimnastis berirama (gimrama) bagi pasukan kebangsaan.

Gandingan ‘Dewi Remaja’, Arena Wan & Arabella Ellen Hangatkan Drama Generasi: Perfect 10
Arabella Ellen dan Arena Wan bersama Sofia Jane (Coach Sue), pengarah Sling Ng dan bekas atlet gimnastik kebangsaan, Farah Ann.

GP10 menceritakan mengenai dunia kompetitif gadis-gadis remaja untuk bergelar atlet gimnastik profesional di peringkat sekolah menengah di mana masing-masing berdepan pergelutan masing-masing untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Proses mengejar kesempurnaan di mata semua pihak dalam bidang kesukanan ini jarang sekali ditonjolkan dalam bentuk drama bersiri di Malaysia dan demikian itulah, GP10 dilihat sebagai satu naskah yang segar kerana berani untuk melangkaui genre menerusi cara penceritaannya.

Menerusi drama lapan episod ini, korang akan menyoroti kisah Ezie yang meminati sukan gimnastik sejak usia kecil dan bercita-cita untuk menjadi seorang atlet profesional.

Ads

Begitupun, dia berdepan cabaran untuk menyakinkan ibunya, Nazma (Sherie Merlis) untuk memasuki akademi sukan paling berprestij di negeri tersebut setelah kelab gimnastik sekolahnya ditutup secara tiba-tiba.

Di sanalah Ezie bertemu dengan rakan sebaya, Victoria (Arabella Ellen), Coach Sue (Sofia Jane), rakan lamanya Jun (Daniel Fong), Coach Farah (Sharifah Sakinah) berdepan persaingan sengit dan realiti yang ada naik turunnya demi mengejar impian tersebut.

Gandingan ‘Dewi Remaja’, Arena Wan & Arabella Ellen Hangatkan Drama Generasi: Perfect 10
Arena Wan sebagai Ezrina aka Ezie.

“Saya pada awalnya tidak tahu sekiranya saya boleh menjayakan watak Ezie memandangkan saya tidak mempunyai asas sukan gimnastik. But I did it anway. Alhamdulillah, saya komited dengan proses latihan selama sebulan sebelum kami memulakan penggambaran.

It was hard untuk saya yang tidak fit dan tidak fleksibel. Saya teringat sering mempersoalkan keupayaan saya kerana saya ingin melakukan yang terbaik demi imej para atlet kebangsaan kita. So much respect to them and it was an experience, for sure,” ulas Arena sewaktu ditemui REMAJA pada sidang media.

Ads

Buat Arabella yang telah meninggalkan dunia sukan untuk tiga tahun, dia memahami disiplin dan usaha keras sepasukan yang diperlukan oleh atlet kebangsaan sebenar.

Gandingan ‘Dewi Remaja’, Arena Wan & Arabella Ellen Hangatkan Drama Generasi: Perfect 10
Arabella Ellen sebagai Victoria.

“Projek ini membawa makna yang cukup besar untuk saya. Walaupun saya pelakon termuda di sini, saya  terbuka hati sejak awal untuk menolong mereka agar mereka memahami gimnastik dengan lebih baik.

“Saya menangis pada kali pertama saya membaca skrip. Ia kerana Victoria merupakan karakter yang cukup sukar untuk saya bawakan dan anda semua boleh menonton sendiri kepayahan hidupnya. Jujurnya, saya rindukan sukan gimrama. Apabila terlibat dalam projek ini, ia mengubati rasa rindu itu dan saya tidak sabar untuk ia keluar menemui penonton,” kata Arabella.

Ads

Drama bersiri Astro Originals Generasi: Perfect 10 akan disiarkan lebih awal secara On Demand menerusi Astro GO dan sooka pada 12 tengah malam, 19 September ini. Korang juga boleh menontonnya pada 9 malam (hari yang sama) di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108).

Untuk pengalaman hiburan tanpa henti, pelanggan boleh melanggan Pek Astro One hanya pada harga RM49.99/sebulan, atau menaik taraf dengan Astro Fibre 500Mbps + Pek Entertainment pada harga RM139.99/sebulan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.astro.com.my atau dengan menghantar WhatsApp “Hi” ke 03 9543 3838.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads