Big Stage, rancangan realiti popular dengan slogan Dominasi BBNU, kini kembali untuk musim kelima!
Selepas menobatkan Elica Paujin sebagai juara tahun lepas, pengurus saluran Astro Ria, Idlan Zahari telah membuat banyak pembaharuan untuk musim kali ini, termasuk pengacara, juri, dan konsep yang kesemuanya diubah.
Menariknya, Elly Mazlien atau lebih dikenali sebagai kak Lina tidak berseorangan. Malah, dia di temani Rina Nose juga telah diberi mandat sebagai pengacara Big Stage musim kali ini.
Mungkin, netizen di Malaysia kurang mengenali sosok artis dari negara jiran, Rina Nose. Ini fakta yang korang perlu tahu :
Selebriti Multi Talented
Pemilik nama sebenarnya Nurina Permata Putri atau yang biasa dipanggil Rina Nose, artis yang popular di kalangan orang ramai terutamanya di Indonesia. Dia seorang artis serba boleh yang juga dikenali sebagai pelawak, penyanyi, dan juga menjadi pengacara.
Untuk pengetahuan semua, aktres berketurunan Sunda ini memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai seorang pelawak dengan mengikuti uji bakat pelawak di salah sebuah program televisyen swasta di Indonesia. Mempunyai kerjaya bersama kumpulan Jurnal Komedi yang terdiri daripada Junjun dan Zaenal. Rina sempat menggoyangkan perutnya pada acara uji bakat komedi pada tahun 2006.
Bukan sahaja mengikuti uji bakat pelawak, Rina Nose juga pernah menyertai acara pencarian bakat Akademi Fantasi Indosiar (AFI) pada tahun 2000-an, namun gagal. Biarpun tidak melarikan diri, wanita Sunda itu berjaya mencuri perhatian berkat bakat komedinya.
4. Mempunyai Kembar
Untuk info, Rina mempunyai saudara kembar bernama Abi Krisna. Bagaimanapun, kembarnya itu jarang ditonjolkan dan tidak mengikut langkahnya terjun ke dunia hiburan. Dilahirkan dalam rahim yang sama, Rina dan Abi bukanlah kembar seiras. Walaupun kelihatan sedikit berbeza, namun begitu, jika dilihat masih ada persamaan antara wajah mereka berdua.
Rina Nose secara rasmi berkahwin dengan lelaki dari Belanda bernama Josscy Vallazza Aarstsen. Kedua-dua mereka diketahui telah melafazkan ikrar suci di negara asal suami, pada 22 Oktober 2019.
Memang gamat program ini bila dua pengacara ini bergabung di atas pentas. Malah, Aina Abdul juga dilantik sebagai juri tetap Big Stage musim terbaharu. Musim kali ini akan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 7 Mei 2023 untuk 10 minggu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar jam 1.45 petang tadi, selesailah sudah pengebumian jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak Kuala Lumpur.
Arwah meninggalkan suaminya, Shuib dan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni; 10, Dzahira Talita Zahra; 8, Ariq Matin; 6 dan bayi yang baru lahir, Ayash Affan setelah disahkan dijangkiti wabak COVID-19.
Semasa van yang membawa jenazah tiba pada jam 12.35 tengah hari tadi dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia; sekumpulan penggiat media sudahpun menunggu di pintu masuk tanah perkuburan sebaik saja. Turut kelihatan berada di dalam kawasan perkuburan ialah suaminya Shuib dan ahli keluarga terdekat.
Di luar pagar tanah perkuburan pula adalah rakan media dan beberapa rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir.
Menurut Shuib, di antara permintaan arwah adalah untuk dikebumikan berdekatan kubur arwah ibunya, Allahyarhamah Noor Aini Mohamad yang meninggal dunia pada tahun 2013. Permintaan tersebut dapat juga ditunaikan dan Shuib bersyukur apabila Allah SWT mempermudahkan urusannya.
Menerusi siaran lintas langsung yang dilakukan oleh beberapa platform media dari sana, hanya 10 orang saja termasuk Shuib yang dibenarkan untuk berada di sisi arwah sewaktu majlis pengebumian dilangsungkan.
Mereka semua perlu memakai persalinan PPE lengkap. Setelah majlis selesai, masing-masing melalui proses semburan sanitasi oleh petugas di situ sebelum dibenarkan melangkah pergi. Malah, tapak pengebumian juga disanitasi sebagai langkah berhati-hati demi mengelak wabak merebak.
Cukup sebak suasana yang dirakamkan tadi apabila Shuib yang berada di tengah-tengah dilihat berulang kali menoleh ke belakang semasa beredar pergi dari tapak perkuburan isteri tercinta untuk menukar pakaiannya. Dia kemudiannya kembali ke situ untuk bersama-sama ahli keluarga terdekat.
Allahhyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada jam 5.13 pagi tadi.
Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu, bakal mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun ini.
Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 90 peratus.
Selain itu, dia turut memaklumkan mereka telah menerima tajaan lebih RM1 juta sempena majlis perkahwinan mereka.
“Nilai tersebut merangkumi set barang kemas tajaan Siti Jewels selain busana dan lokasi perkahwinan yang ditaja pihak lain.
“Majlis tersebut akan berjalan sederhana. Cuma sayd mahukan pelamin pada majlis akad nikah itu nanti agar keluarga kedua belah pihak dapat merakamkan gambar bersama,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar yang diadakan di Astro Bukit Jalil.
Detik bersejarah penyatuan Shuib & Watie bakal dikekalkan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam rancangan ‘Walimatulurus Shuib & Watie’ yang akan ditayangkan secara eksklusif bermula 24 Jun 2023, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.
Majlis perkahwinan Shuib & Watie turut akan disiarkan secara langsung menerusi platform Gempak pada pukul 8.30 malam, 23 Jun 2023 ini. Para penonton turut boleh strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Majlis pernikahan pasangan itu juga akan berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights dan akan terhad kepada 600 tetamu.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mengikat tali ikatan pertunangan pada tanggal 6 Mei lepas dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.
Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang sensasi K-Pop, Lisa BLACKPINK sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila beliau diumumkan tersenarai sebagai selebriti yang bakal tampil dalam anugerah berprestij Oscars.
Menerusi satu kenyataan rasmi pada 24 Februari, Oscars mengumumkan barisan selebriti yang akan memeriahkan lagi acara tersebut.
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal (28) yang juga pelakon drama bersiri The White Lotus musim ketiga juga akan melakukan persembahan ‘Born Again’ bersama Doja Cat, Queen Latifah, dan Raye.
Three global superstars. One epic #Oscars moment. Doja Cat, LISA of Blackpink, and RAYE take the stage for a showstopping celebration of cinema.
Watch the Oscars LIVE Sunday, March 2, at 7e/4p on ABC and Hulu, with Conan O’Brien hosting. Expect the unexpected—only at the Oscars. pic.twitter.com/Tv8PoHWjL8
Dalam pada itu, Lisa sekaligus rasmi menjadi penyanyi K-Pop pertama dalam sejarah membuat persembahan dalam anugerah berprestij Oscars yang bakal berlangsung pada Mac ini.
Selain itu, teraju filem yang paling mendapat sambutan hangat orang ramai seperti Ariana Grande dan Cynthia Erivo juga akan membawa dunia Oz ke Oscars dan akan membuat persembahan secara langsung semasa malam terbesar di Hollywood itu.
Oscars 2025 akan dihoskan oleh Conan O’Brien, dan anugerah itu disiarkan secara langsung di ABC dan disiarkan secara langsung di platform penstriman Hulu pada 2 Mac akan datang.
Sekadar info, anugerah Oscars merupakan acara tahunan yang diadakan untuk menghargai kecemerlangan dalam industri filem global dan menjadi satu simbol prestij yang diidam-idamkan oleh penggiat seni seperti pengarah filem, pelakon, dan profesional industri.
Di samping meraikan pencapaian seni dan teknikal, Oscars juga menjadi platform untuk mempromosikan karya-karya luar biasa yang memberi impak besar kepada masyarakat dan budaya dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johan Ghazali tetap menyokong Kahf walaupun jenama itu dikecam susulan kontroversi “Hati-Hati Beda Level”, selepas Kahf mengakui kesilapan dan memohon maaf.