Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Jovian Mandagie baru-baru ini telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) Kuala Lumpur pada Khamis selepas gagal melunaskan hutang berjumlah RM5.28 juta kepada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan.

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli selepas menerima petisyen pemiutang yang difailkan oleh Cekap Air Sdn Bhd pada 20 November tahun lalu atas kegagalan Jovian mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei 2024.

Dalam pada itu, mengikut petisyen tersebut, Jovian yang juga bekas menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, didakwa gagal membayar semula jumlah pinjaman persahabatan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi melalui penghakiman terus pada 2 April lalu.

Gagal Lunaskan Pinjaman RM5.28 Juta, Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Muflis

“Selepas mendapat kebenaran untuk mengeluarkan Notis Kebankrapan, kami memfailkan Petisyen Pemiutang yang kemudiannya dibenarkan oleh mahkamah hari ini”

Ads

“Jovian ada memfailkan permohonan untuk menggantung dan membatalkan notis serta petisyen berkenaan, tetapi ia ditolak oleh mahkamah,” kata peguam Siti Nur Athirazatti Rohizad yang mewakili Cekap Air.

Difahamkan, saman asal terhadap Jovian telah difailkan pada 16 Mei 2023 apabila syarikat itu mendakwa beliau gagal membayar semula wang sebanyak RM5 juta yang dipinjam secara lisan pada 25 Februari 2022, atas dasar hubungan persahabatan dengan Pengarah syarikat, Yong Zhen Wei.

Ads

Gagal Lunaskan Pinjaman RM5.28 Juta, Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Muflis

Selain itu, wang tersebut telah dipindahkan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian, dan firma itu turut mengesahkan penerimaan wang berkenaan mengikut arahan defendan.

Ads

Sementara itu, selain kes ini, pada 11 Julai 2024, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Jovian membayar RM10 juta kepada dua syarikat lain dalam kes saman berkaitan pinjaman persahabatan yang turut melibatkan Cekap Air.

Rayuan Jovian terhadap penghakiman terus dalam saman utama dijadualkan untuk didengar pada 15 September ini. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Jovian berhubung pengisytiharan muflis tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads