Gadis Pakai Baju Kurung Jadi Mangsa Imaginasi “Otak Kotor” Di Twitter

Share

Imej gadis berpakaian seksi sering menjadi isu perdebatan. Ada mengatakan ia menjadi punca kes rogol berlaku. Namun ada persanggahan pendapat kerana ada juga gadis-gadis bertudung menjadi mangsa serakah liar lelaki tidak bertamadun sedangkan tiada apa yang kelihatan seksi.

Kalau nafsu sudah merajai akal, apa saja pakai dipakai oleh gadis mendatangkan imaginasi kotor. Buktinya, seorang gadis di twitter telah memuat naik gambarnya berbaju kurung hijau dan amat mengejutkan, di akaun twitter kemudiannya seorang lelaki menulis kata-kata memualkan, seolah-olah mahu menunjukkan kehebatan di ranjang hanya berdasarkan memandang gambar berkenaan yang tidaklah menunjukkan aurat langsung (makin gila manusia akhir zaman nie).

Kata-kata memualkan dan berbuar seperti cubaan ke arah kejadian merogol hanya dengan melihat gambar lengkap berbaju kurung ini.

Ramai yang tweet menyuruh gadis ini membuat laporan polis kerana ia berbentuk satu ugutan (boleh jadi cubaan ke arah merogol) dan ia boleh dijadikan perlindungan kepada dirinya di lain masa. Ya lah, kita tidak tahu siapa musuh yang mungkin bertopengkan manusia kerana macam-macam perkara boleh berlaku tanpa kita sedari. Ini termasuklah dari salah seorang peserta Dewi Remaja, Haneesya Hanee yang menyuruh gadis berkenaan membuat laporan polis. Bukan dirinya sahaja, tetapi ramai yang menyuruh laporan polis dibuat demi keselamatan dirinya.

Haneessya Hanee meminta agar satu laporan polis dibuat kerana tulisan amat memalukan

Sebaik twitter itu di muat naik dan mulai tular, lelaki yang didakwa sebagai penulis kata-kata lucah itu mendakwa gambarnya telah disalah guna dan mengakui dirinya amat menghormati wanita.  Malah tidak akan sesekali menulis hal memalukan sebegitu. Malah dirinya turut menyokong agar satu laporan polis dibuat kerana gambarnya telah di salah guna.

So girls, hati-hatilah ya. Kadang kita tidak tahu apa niat jahat orang lain tetapi kalau membaca ayat kotor yang ditulis, ianya amat memualkan dan menakutkan. Tapi apa yang menakutkan, ada sesetengah lelaki yang berpemikiran kotor dan menjijikkan tetapi yang disalahkan adalah gadis kerana berpakaian seksi. Tapi dalam kes ini, baju kurung pun jadi mangsa!

 

IKLAN