
Kemudahan membeli-belah secara online sangat memudahkan kehidupan seharian kita, tambahan pula bila ada yang menawarkan harga lebih murah berbanding di kedai luar.
Tak perlu lagi korang nak bersesak-sesak di jalan raya dan shopping mall, guna je smartphone untuk pesan barang, tunggu dua atau tiga hari nanti sampailah barang korang tu. Senang je kan?
Tapi, ada juga risiko yang perlu korang tahu kalau nak guna khidmat online shopping ni. Kadang, ada peniaga yang tak jujur. So, paling penting korang kena berhati-hati sebelum membuat pembelian.
Nah, ini antara perkongsian seorang pengguna Twitter, fatinfarah_ tentang kelebihan yang bakal korang peroleh sekiranya membeli-belah di Shopee. Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak shopping online, mungkin ini adalah antara tempat yang dipercayai untuk korang berbelanja.
Btw, ini bukan iklan berbayar tau! Hiks..

Lebih secure & boleh avoid kena scam dengan seller

Boleh chat dengan seller


Macam mana nak chat dengan seller? Nah, ikut ni..



Cari trusted seller through rating shop


Up to 70% discount

Cara nak guna voucher


Psst, kalau nak beli barang preloved item pun korang boleh cari di Shopee tau.
Lagi satu tip kami nak share, kalau nak murah beli dari satu kedai saja sebab kalau beli lain-lain barang dari kedai yang berbeza postage dikira secara berasingan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapat Respon Positif : Ali & Ratu Ratu Queens Bawa Penonton ‘Terbang’ Ke New York

Filem Ali & Ratu-Ratu Queens telah pun ditayangkan di saluran Netflix pada 17 Jun lalu dan rata-rata penonton memberi pujian terhadap naskhah terbaru pelakon utama Dilan, Iqbal Ramadan yang memegang watak utama sebagai Ali.
Ali & Ratu-Ratu Queens mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Ali (Iqbal Ramadan) ditinggalkan ibunya (Marissa Anita sebagai Mia) yang mengejar cita-cita ingin menjadi seorang penyanyi di kota New York. Semenjak daripada pemergian ibunya itu, Mia tidak lagi pernah pulang ke Indonesia.


Disebabkan itu, apabila meningkat dewasa Ali bernekad untuk ke New York mencari ibunya dan disitu juga dia berjumpa dengan empat orang wanita Indonesia yang dibintangi oleh Nirina Zubir, Tika Panggabean, Asri Welas dan Happy Salma untuk membantu Ali menemukan semula ibunya itu.

Secara keseluruhan, filem ini sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana ia menceritakan kisah keluarga, bagaimana si ibu dan anak yang bertemu kembali selepas berpisah selama bertahun lamanya. Jalan ceritanya yang straight to the point memudahkan penonton untuk menghayati filem ini tanpa perlu banyak berfikir.
Tambah pelakonnya lagi, Iqbal turut menjelaskan bahawa Ali & Ratu-Ratu Queens bakal membuatkan penonton sedar dan menghargai momen-momen bersama keluarga ketika waktu pandemik ini kerana sesungguhnya kita amat merindui suasana bersama orang tersayang yang kini masih lagi tidak boleh berjumpa disebabkan oleh sekatan yang dilaksanakan.
Penonton juga bakal dibawa ‘terbang’ jauh ke kota New York dan kami pasti selepas menonton filem ini, korang juga akan rasa teringin untuk melancong ke bandar besar itu. Bagi yang pernah ke sana, mereka juga pastinya merindui saat-saat manis ketika berada di New York dan timbul rasa rindu untuk pergi melancong kembali, lebih-lebih lagi sudah beberapa tahun tidak dibenarkan keluar negara.

Selain daripada mengetengahkan tema anak beranak antara Ali dan Mia, filem ini juga memaparkan sifat orang Asia yang sangat membantu lebih-lebih lagi ketika berada di perantauan. Tante Party, Biyah, Ance dan Chinta tidak sampai hati melihat Ali yang sebatang kara di New York dan sedia memberi bantuan serta menyediakan penginapan sepanjang Ali berada di sana.

Macam korang pergi melancong ke luar negara, kalau jumpa rakyat Malaysia yang tinggal di sana, mesti mereka melayani korang dengan ramah kan? Hiks!
Namun, disebalik kisah bahagia mereka di kota New York, terdapat babak-babak emosi yang mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata.
Ha, kalau nak tahu kenalah tonton sendiri kan?
Saksikan kesudahan Ali & Ratu-Ratu Queens di saluran Netflix sekarang. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berangkat Ke Tanah Suci, Bella Dally Mohon Maaf & Doa Dari Peminat Sebelum Menunaikan Haji

Aktres jelita, Bella Dally berkongsi berita menggembirakan apabila bakal menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta, Arif Izuddin Mohd. Radzali tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instastory, Bella meluahkan rasa syukur atas doa dan sokongan ramai menjelang keberangkatannya ke Tanah Suci.
BACA: “Luna Maya Kahwin Usia 42 Tahun, Jadi Saya Masih Ada Harapan” -Farahdhiya

“Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji.
“Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan.
“Ucapan terima kasih yang istimewa juga kepada mereka yang membantu menganjur dan menyediakan majlis ini. Masa dan usaha anda amat bermakna buat kami,” katanya.
BACA: Rupanya Ini Yang Diamalkan Marissa Yasmin Untuk Kekal Jelita & Sihat!

Majlis doa selamat itu diadakan di kediaman pasangan berkenaan dan turut dikongsikan beberapa foto suasana majlis dalam hantarannya.
Dalam pada itu, Bella turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua sekiranya pernah melakukan kesilapan.
“Ketika ini kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi.

“Kami dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan saya atau suami sama ada secara sedar atau tidak sedar. Mohon doakan kami,” coretnya lagi.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan tarikh sebenar pemergian mereka ke Tanah Suci.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengeluaran Akaun 1 KWSP Maksimum RM60K Menerusi i-Sinar, SIAPA LAYAK?

Kena tengok syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu, tak semua orang dibenarkan tau..
Minat rakyat untuk mengetahui lebih mengenai pembukaan i-SINAR semakin hari semakin meningkat apabila sejumlah besar rakyat Malaysia kini berdepan dengan pendapatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Namun, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, tidak semua 8 juta orang ahli KWSP layak untuk mendapatkan kemudahan i-Sinar ini.
KWSP dengan jelas menerangkan siapakah golongan yang layak dan apakah tuntutan yang diperlukan daripada mereka untuk pemohonan ini. Jom lihat setiap kategori yang disenaraikan oleh KWSP.
Kategori 1
Golongan yang layak
Ahli KWSP yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang menerima notis cuti tanpa gaji (CTG).
Syarat-syarat
1 Ahli tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
2 Ahli masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Info
1 Ali tidak perlu memberikan dokumen sokongan
2 Ahli hanya perlu memohon secara online di SINI mulai 21 Disember 2020
3 Kelulusan secara automatik dibuat berdasarkan data dalaman KWSP
4 Pembayaran kepada ahli pula akan dimulakan pada pertengahan Januari 2021
Kategori 2
Golongan yang layak
Ahli KWSP yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020.
Syarat-syarat
1 Ahli perlu menyediakan dokumen sokongan seperti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
2 Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa
3 Sekiranya ahli tidak boleh mengemukakan dokumen di atas, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan.
Info
1 Ahli boleh memohon secara online di SINI mulai 11 Januari 2021
2 Surat permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas permohonan dibuat untuk mengetahui jika permohonan mereka diluluskan.
3 Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya
Jumlah Layak Diterima
Seperti biasa, ini adalah satu lagi perkara yang hangat diperkatakan oleh rakyat. Berapakah jumlah yang layak mereka terima berdasarkan kelayakan?
Bagi ahli yang mempunyai baki Akaun 1 bernilai RM100,000 dan ke bawah, mereka layak membuat pengeluaran maksimum sehingga RM10,000. Bayaran pertama maksimum adalah sehingga RM5,000 dan bayaran penuh akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan.
Manakala, bagi ahli yang mempunyai baki Akaun 1 bernilai lebih RM100,000, mereka layak membuat pengeluaran maksimum sehingga 10% daripada jumlah ataupun RM60,000 (yang mana satu lebih rendah), Bayaran pertama maksimum adalah sehingga RM10,000 dan bayaran penuh akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan.
Ini adalah contoh mudah yang disediakan oleh pihak KWSP agar korang mudah memahami.

Bagi memastikan permohonan korang lancar, korang digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit bagi menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP.
Selain itu, pastikan nombor akaun bank korang aktif tau. REMAJA juga ingin mengingatkan jangan mudah tertipu dengan info yang tidak belum sahih.
KWSP Ingatkan Pengguna Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu i-Sinar – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

