
Masyarakat Malaysia sememangnya gemar menikmati makanan Jepun, terutamanya sushi. Namun begitu, bagi umat Islam tentunya kita wajib untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan adalah halal.
Isu halal restoran makanan Jepun ini sebenarnya sudah lama dibahaskan. Ada yang kita semua sudah maklum bahawa terdapat restoran-restoran seumpama ini sudah mempunyai status Halal.

Namun begitu, menurut perkongsian yang telah dibuat oleh Nurul Munirah Safian, rakannya telah berkongsi respon yang diberikan oleh Susi Mentai berkenaan dengan status halal. Dia juga turut bertindak untuk mencari jawapan bagi restoran-restoran sushi lain yang popular di Malaysia.
Dan ini adalah jawapan yang diterima..




Berikut adalah hasil daripada pencariannya:
1. Sakae Sushi: Boleh dimakan
2. Sushi King: Boleh dimakan
3. Sushi Mentai: Tidak kerana mempunyai kandunan mirin dalam menu
4. Sushi Zanmai: Tidak kerana mempunyai kandungan mirin dalam menu
Mirin adalah sejenis bahan perasa penting didalam makanan Jepun yang mempunyai lebih kurang 40 hingga 50 peratus gula. Ia adalah sejenis rice wine yang hampir menyamai sake (sejenis arak beras Jepun), tetapi mempunyai kandungan alkohol yang kurang sedikit iaitu 14 peratus.
Walau bagaimanapun, Nippon Sushi dan Empire Sushi juga dilaporkan halal.
Ha, bagi peminat sushi sila ambil perhatian. Sebelum korang rasa nak makan tu, cuba check dahulu sama ada restoran tersebut mempunyai status halal atau tidak okay?
Sumber: Nurul Munirah Safian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Wajah Sebenar Di Sebalik Watak Filem Seram Hollywood

Sebenarnya ramai yang tidak tahu wajah sebenar pelakon seram yang sering kita tengok di kaca TV atau pun filem-filem horror Hollywood.
Malah, ada yang langsung tidak terfikir bagaimana rupa sebenar mereka kerana terlalu asyik membayangkan karakter seram yang dibawa dalam filem.
Bila muncul di kaca TV, mereka mampu membuatkan korang menjerit ketakutan tetapi di dalam dunia nyata, ‘hantu-hantu’ ni pun manusia biasa macam kita juga.
Jom kita tengok antara watak-watak seram dalam filem Hollywood dan siapa sebenarnya wajah disebalik karakter tersebut.
1. Freddy Krueger- Robert Englund
A Nightmare on Elm Street, 1984

“One, two, Freddie’s coming for you.” Watak Freddy Krueger sebagai seorang pembunuh bersiri adalah antara peranan yang melonjakkan nama selebriti Robert Englund ini.
Dia menjadi satu-satunya pelakon dalam sejarah filem yang membawa watak utama dalam lapan filem seram secara berturut-turut.
2. John Kramer- Tobin Bell
Saw, 2003

Peranannya dalam filem ini turut menaikkan nama Tobin Bell dalam industri perfileman Hollywood. Selain Saw, dia juga membintangi banyak rancangan TV popular seperti The X-Files, ER dan Walker Texas Ranger.
3. Samara- Daveigh Chase
The Ring, 2002

Walaupun baru berusia 26 tahun, Daveigh Chase telah membintangi banyak filem dan rancangan TV termasuk Donnie Darko, Charmed dan ER.
Korang mesti ingat kan macam wanita ini membuatkan kita menjerit dalam scene filem The Ring apabila dia memanjat keluar daripada kaca Tv. Arghh!
4. Valak- Bonnie Aarons
The Conjuring 2, 2016

Karakter Valak yang dilakonkan oleh Bonnie Aarons ini benar-benar membuatkan ramai yang tidak dapat tidur malam. Malah, ada yang memuji bakat make up artist yang menata rias wajah karakter seram ini benar-benar nampak real. Thumbs up kepada semua warga kerja The Conjuring 2.
5. Leatherface- Andrew Bryniarski
The Texas Chainsaw Massacre: The Beginning, 2006

Andrew Bryniarski adalah antara salah satu daripada tujuh pelakon yang telah berjaya memainkan peranan sebagai Leatherface dalam file mini.
Kini, pelakon ini masih lagi terlibat dalam rancangan TV dan sedang giat dalam membina badan.
6. Leprechaun- Warwick Davis
Leprechaun, 2003

Antara pelakon kerdil yang paling popular di Hollywood, ketinggiannya hanya 107 sentimeter. Dengan penampilan dan bakat lakonan yang cemerlang, Warwick telah menerima banyak peranan penting dalam membintangi filem-filem seperti Leprechaun, Harry Potter dan Star Wars.
7. Pinhead- Doug Bradley
Hellraiser, 1987

Sama seperti Robert Englund, selebriti ini juga memainkan peranan yang sama dalam lapan buah filem seram. Walaupun pernah membintangi filem daripada genre yang berlainan, namun para peminat masih tidak bole move on daripada karakter Pinhead yang dibawa olehnya.
8. Pennywise- Tim Curry
It, 1990

Omg, ini lagi satu filem seram yang masih membuatkan kita teringat-ingat. Hampir sahaja fobia dengan badut, pelakon ini berjaya membawakan watak ini dengan baik sekali. ‘
Kalau korang nak tahu, selain berlakon, Tim Curry juga seorang penyanyi dan komposer muzik. Beberapa tahun yang lepas, Tim telah jatuh sakit dan terpaksa berkerusi roda.
Namun, dia tetap meneruskan perjuangannya sebagai anak seni dalam mencipta dan menulis lagu.
9. Michael Myers- Nick Castle
Halloween, 1978

Peranan dalam filem Halloween ini berjaya membawa kemasyhuran kepada bintang Hollywood ini. Sudah beberapa tahun juga Nick tidak berlakon filem, tetapi dia mula mengarah dan menulis skrip untuk filem terbitannya sendiri.
10. Jason Voorhees- Ari Lehman
Friday The 13th, 1980

Ketika dia menghadiri casting bagi filem seram ini, tanpa banyak bicara, selebriti ini telah pun dipilih kerana memenuhi kriteria yang dicari oleh produser.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siram Air & Tabur Bunga Atas Kubur, Ramai Orang Buat Tapi Tahu Tak Hukumnya?

Setiap kali berlaku kematian, pasti kita akan dapat melihat pusara ditabur bunga dan disiram air oleh ahli keluarga sebaik habis bacaan talkin dilakukan.
Hal yang sama dapat dilihat ketika seseorang menziarahi kubur selain mengadakan membacakan Yassin di kubur ahli keluarganya. Hal menabur bunga dan menyiram air ini seolah-olah dilihat sebagai hal WAJIB sedangkan hakikatnya adakah benar hal ini wajib dilakukan?
Dengarkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ketika memberikan ceramah agama berkaitan hal menyiram kubur dan meletakkan bunga ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya? Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan suatu perkara tanpa tahu hukumnya.


Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum letak bunga di kubur bergantung kepada niat dan tujuan. Jika bertujuan mengikut sunnah Nabi saw yang meletak pelepah kurma yang masih hidup yang bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzakh maka adalah elok. Kerana setiap yang hidup seperti tumbuhan bertasbih sentiasa kepada Allah. dengan sebab tasbih yang hidup kepada Allah dekat kubur maka diharapkan ringan orang yang di dalam kubur.
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Syeikh Atiyah Saqar Ketua Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar berkata :
“Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT.
Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.”
Sumber : FB Ustaz Azhar Idrus (original)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Golden Globes 2025: Pamela Anderson, Adam Brody, Ariana Grande & 22 Pelakon Lain Tercalon Buat Julung Kalinya

Senarai pencalonan untuk Anugerah Golden Globes 2025 telah diumumkan malam tadi dan tumpuan kali ini terarah kepada 25 orang pelakon Hollywood yang buat julung kalinya menerima pencalonan dalam kategori lakonan di acara berprestij ini.
Menerusi acara pengumuman yang dikendalikan oleh Mindy Kaling dan Morris Chestnut di Beverly Hilton, beberapa nama besar Hollywood akhirnya diberikan pengiktirafan untuk tercalon setelah bertahun-tahun bertapak di Hollywood sebagai seorang pelakon.

Ariana Grande yang melakukan comeback dalam dunia lakonan menerusi filem Wicked dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi, all thanks to her popular character, Glinda!

Pelakon yang pernah menempa populariti menerusi drama bersiri The O.C iaitu Adam Brody pula dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri Televisyen – Muzikal atau Komedi menerusi drama Nobody Wants This.

Begitu juga dengan bintang Baywatch, Pamela Anderson yang menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem – Drama bagi persembahan mantapnya menerusi filem The Last Showgirl di mana pelakon berusia 57 tahun ini menunjukkan sisi berbezanya.

Pelakon yang popular menerusi filem The Top Gun: Maverick iaitu Glen Powell juga berjaya meraih perhatian pengkritik setelah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi bagi lakonannya dalam filem hit Netflix, Hit Man.

Tidak ketinggalan, Gamora Zoe Saldaña menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Filem – Drama untuk lakonannya dalam Emilia Perez.

Anna Sawai dijangka sekali lagi mengulangi kecemerlangannya di Anugerah Emmy’s apabila dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Televisyen – Drama bagi siri Shogun.

Manakala, bintang yang semakin meningkat naik, Cooper Koch pula dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri Pendek, Siri Antologi atau Filem Pendek untuk Televisyen bagi lakonan kontroversi hebatnya sebagai Erik Menendez dalam siri The Monsters: The Lyle and Erik Menendez Story.

Siapa sangka, bekas bintang kanak-kanak, Dakota Fanning terpaksa menunggu selama ini sebelum akhirnya tercalon untuk Anugerah Golden Globes menerusi drama The Ripley bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Televisyen – Drama.

Begitu juga dengan pengacara rancangan temubual popular, Seth Meyers yang menerima pencalonan setelah bertahun-tahun lamanya menerusi kategori Persembahan Terbaik Komedi ‘Stand-Up’ bagi Televisyen bagi program istimewanya, Seth Meyers: Dad Man Walking.
Lain-lain selebriti Hollywood yang turut menerima pencalonan Golden Globes untuk julung kalinya termasuklah Yura Borisov (Anora, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Drama); Nikki Glaser (Nikki Glaser: Someday You’ll Die, Persembahan Terbaik Komedi ‘Stand-Up’ bagi Televisyen); Jack Lowden (Slow Horses, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Televisyen – Drama); Kali Reis (True Detective: Night County, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Televisyen – Drama); Gabriel LaBelle (Saturday Night, Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Drama); Tadanobu Asano (Shogun, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Televisyen – Drama); Hiroyuki Sanada (Shogun, Pelakon Lelaki Terbaik Televisyen – Drama).
Turut tercalon untuk kali pertama ialah Karla Sofìa Gascón (Emilia Perez, Pelakon Wanita Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi); Jesse Plemons (The Kinds of Kindness, Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi); Liza Colón-Zayas (The Bear, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Televisyen – Muzikal atau Komedi); Jessica Gunning (Baby Reindeer, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Televisyen – Drama); Richard Gadd (Baby Reindeer, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri Pendek, Siri Antologi atau Filem Pendek untuk Televisyen); Mikey Madison (Anora, Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi); Kathryn Hahn (Agatha All Along, Pelakon Wanita Terbaik Siri Televisyen – Muzikal atau Komedi); Cristin Milioti (The Penguin, Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Pendek, Siri Antologi atau Filem Pendek untuk Televisyen) dan Maya Erskine (Mr. and Mrs. Smith, Pelakon Wanita Terbaik Siri Televisyen – Drama).
Terdahulu pada hujung minggu lalu, acara Festival Filem Malaysia ke-33 telahpun berlangsung dan REMAJA melaporkan mengenai kemenangan pelakon baharu yang perlu diberikan perhatian, Aniq Durar yang membawa pulang trofi Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Pagari Bulan.
BACA: 5 Fakta Menarik Mengenai Pelakon Lelaki Harapan FFM 33, Aniq Durar Yang Korang Tidak Tahu – Remaja
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

