
Sering kali kita melihat individu yang mengamalkan makan overnight oats untuk menjaga diet pemakanan mereka. Namun, ia bukan hanya untuk dimakan pada waktu malam, malah oats ini sesuai juga diambil pada waktu pagi.
Selain daripada rasanya yang sedap, ia juga membantu untuk membuatkan perut korang sentiasa kenyang. Penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ummi Nadia pernah berkongsi resipi rendah kalori yang diamalkanya sehingga berjaya menurunkan berat badan.

Jom kita try!
Bahan-bahan:
– Rolled oats
– Natural yogurt
– Susu segar
– Kekacang
– Madu asli
– Buah-buahan
– Bekas berpenutup (korang boleh beli di kedai RM2)

Cara menyediakan:
1. Letakkan 2 hingga 3 sudu besar rolled oats

2. Kemudian, letakkan campuran kekacang dan kismis

3. Tambahkan 1 hingga 2 sudu besar natural yogurt

4. Letakkan sedikit madu asli

5. Seterusnya, campurkan dengan buah-buahan pilihan

6. Tuangkan susu segar sehingga buah tenggelam

7. Siap!

Selamat mencuba!
Sumber: Ummi Nadia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Scotland Jadi Negara Pertama Beri Pad & Tampon Secara Percuma

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk membuatkan seseorang wanita itu mengandung.
Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.
Terdapat beberapa pilihan yang boleh digunakan ketika haid dan antaranya adalah pad, tampon dan menstrual cup. Namun, di negara kita kebanyakan wanita biasanya akan memilih untuk memakai pad ketika datang bulan.

Tahu tak korang bahawa Scotland merupakan negara pertama di dunia yang menyediakan produk-produk sanitasi yang diperlukan wanita ketika datang haid diberikan secara percuma?
Anggota Parlimen Scotland (MSP) telah meluluskan Rang Undang-Undang untuk produk haid (peruntukan percuma) setelah diperkenalkan pertama kali pada tahun 2017.
Masalah kesukaran untuk mengakses produk menstruasi ini didorong dengan tiga sebab, termasuklah kos yang perlu dikeluarkan untuk membeli produk, kurangnya pendidikan, stigma dan rasa malu untuk memperkatakan tentang hal ini.

Wanita dianggarkan menghabiskan purata £ 13 sebulan untuk membeli keperluan produk haid dan beberapa ribu pound sepanjang hayat.
Dengan undang-undang ini, Scotland akan menjadi negara pertama yang membantu kemiskinan untuk mendapatkan produk menstruasi dengan keadaan rakyat yang tertekan kerana mempunyai masalah kewangan akibat pandemik COVID-19.
Undang-undang ini juga mewajibkan universiti, sekolah menengah dan institusi tinggi menyediakan produk tersebut di semua tandas yang sesuai. Kementerian juga akan menetapkan institusi awam yang bertanggungjawab untuk meletakkan produk menstruasi di farmasi atau pusat komuniti.
Namun begitu, produk ini tidak akan diberi percuma secara universal, hanya sah dan disediakan secara percuma untuk orang yang memerlukannya. Dianggarkan skim ini menelan belanjar sekitar 24 juta pound setahun.
Wah, terbaik Scotland!
Mungkin ada yang memandang ringan tentang isu ini, namun ia perlu diberi kesedaran buat seluruh masyarakat khususnya mereka yang tidak berkemampuan. Dengan inisiatif ini kami yakin sedikit sebanyak pihak kerajaan dapat membantu golongan susah dalam menjaga kebersihan ketika datang bulan.
Sumber: CNN, The Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Mudah Nak DIY Hand Made Sanitizer Untuk Cegah COVID-19, Lebih Murah & Berbaloi

Wabak koronovirus masih lagi membimbangkan kerana hari demi hari ada sahaja peningkatan kes yang dilaporkan. Ramai yang mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan hand sanitizer dan disebabkan itu produk tersebut begitu laku keras di pasaran.
Permintaan yang tinggi kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan stok yang ada, jadi apa yang korang boleh lakukan adalah dengan membuat sendiri home made sanitizer seperti yang dikongsi oleh Ir Abdul Rahman Bahasa di laman Facebooknya.
Selain mudah dan cepat untuk disediakan, ia juga tidak menggunakan kos yang tinggi. Jom kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Dettol
2. Sterile Water (boleh didapatkan di farmasi)

Cara menyediakan:
1. Campurkan 20%n Dettol dan 80% sterile water.
• Kalau korang buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ini. 20ml Dettol dan 80ml sterile water
• Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna 10ml Dettol dan 40ml sterile water
(Korang boleh sukat guna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian)
2. Kemudian, letak dalam botol spray. Gunakan sahaja botol-botol spray korang yang ada
Namun begitu, nak diingatkan bahawa formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas, ini disebabkan atas faktor ketebalan kulit.
Kesan Dettol agak kuat dan takut jika ada effect pada kulit kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah.

Kos lebih murah
Jika nak dikira tentang kos, sudah tentu ia jauh lebih murah berbanding membeli hand sanitizer yang sedia ada di pasaran.
Kos pembuatan hand made sanitizer ini adalah seperti berikut:
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70
engan kos RM11.70 ini, korang boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer. Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Jumlah kos 5 botol adalah RM40. Tapi kalau buat sendiri pakai formula yang dikongsi ini, Dettol+Sterile Water, korang boleh jimat RM28.30.
Apa-apa pun ini adalah ikhtiar dan salah satu usaha yang korang boleh lakukan. Selain daripada menggunakan hand sanitizer, korang boleh juga menerapkan budaya kerap basuh tangan dan elakkan berada di tempat awam.
Sekiranya memang perlu, gunakan mask jika keluar rumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua dan diharap agak kita dijauhi daripada sebarang perkara yang tidak baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuci Muka Dengan Teh Hijau, Rahsia YouTuber Popular Ini Berkulit ‘Flawless’

Mengikut sejarah, teh hijau telah mula digunakan sejak ratusan tahun yang lalu ketika pemerintahan Maharaja Shennong di China.

Baru-baru ini, seorang jurumekap artis yang terkenal dengan jutaaan subscribers di Youtube berkongsi rahsia kulit flawless miliknya. Berasal dari Korea Selatan, Pony atau nama sebenarnya ialah Hye-Min Park berkongsi khasiat disebalik teh hijau.

Pony arif dengan dunia kecantikan Korea sehingga membawa namanya serata dunia. Pony bukan sekadar Youtuber semata-mata, dia juga seorang beauty guru, trendsetter, jurusolek artis dan telah muncul dengan koleksi mekap sendiri.
Nak tahu cara Pony mendapatkan kulit flawless? Menurut Pony, dia membilas muka dengan air teh hijau selepas melakukan rutin cuci muka.
Melalui video ini, Pony dilihat mencampurkan serbuk teh hijau ke dalam takungan air atau besen air, kemudian cuci dan bilas mukanya dengan air teh hijau tersebut.
Menurut Pony, teh hijau adalah salah satu bahan semulajadi terbaik untuk merawat muka. Ia baik untuk kesihatan dan kulit anda khususnya kerana ia penuh dengan sifat antioksidan yang melindungi kita daripada merosakkan sel kulit.
Malah, penggunaan teh hijau kini semakin popular diamalkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang dalam bentuk minuman, makanan, losyen, ubat gigi dan juga produk-produk kecantikan yang lain.
BACA LAGI : Ini Perbezaan Antara Teh Hijau & Matcha Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
BACA LAGI : Bersin & Gatal Hidung Akibat RESDUNG, Atasi Dengan Petua Semula Jadi Ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

