Selepas wabak pandemik COVID-19 melanda negara kita, masyarakat Malaysia sudah terbiasa dengan kehidupan new normal yang perlu dijalani setiap hari.
Pemakaian face mask, hand sanitizer dan penjarakan fizikal antara yang dilakukan oleh masyarakat di negara kita sekarang.
Jika nak masuk ke shopping mall atau di mana-mana kedai sekali pun, kita diwajibkan untuk mencatat suhu dan mendaftar diri dengan menggunakan QR Code sebelum masuk ke dalam premis.
Bukan itu sahaja, sekiranya korang ingin menganjurkan majlis seperti kenduri kahwin atau rumah terbuka, eloklah jika disediakan kemudahan daftar melalui QR Code ini bagi merekod kehadiran tetamu. Manalah tahu kalau ada kes yang melibatkan dengan tetamu korang, mudahlah sekiranya ingin menghubungi mereka kan?
Namun begitu, mungkin masih ramai yang tidak tahu untuk menyediakan QR Code bagi majlis anjuran mereka.
Nah, tak perlu risau lagi kerana seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Tasnim Mustafa telah pun berkongsi tutorial bagaimana untuk menyediakan QR Code ini.
Jom kita try!
Ads
1. Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
2. Masukkan nombor telefon, klik verify (I’m not robot) dan register
3. Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan submit
Ads
4. Isi kan maklumat nombor telefon, majlis/kedai/no.contact, alamat majlis/kedai, poskod dan negeri. Kemudian, submit
5. Done! Terus boleh print dan bolehlah diletakkan di majlis/kedai korang
Ads
6. Kalau nak send dekat email kita pun boleh, klik email me dan nanti masukkan alamat email. Siap!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk memudahkan urusan korang nanti.
Tanggal 14 Februari pada setiap tahun cukup sinonim dengan sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine’s Day. Setiap kali tibanya tarikh ini, kebiasaan setiap yang berkasih terutama golongan muda menunjukkan kasih sayang dan cintanya kepada pasangan mereka dengan cara tersendiri sebagai penghargaan.
Bagi beragama Islam, tahukah anda hukum menyambut hari kekasih adalah haram? Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi laman sesawang rasminya, sambutan itu adalah haram dan juga boleh menggugat akidah Islam.
Selain itu, Remaja berkesempatan juga menemu bual Juara Imam Muda musim kedua, Imam Muda Hassan atau nama sebenarnya Mohd Hassan Adli Yahya bagi bertanya lebih ‘detail’ mengenai sambutan yang semakin menjadi perhatian dalam kalangan golongan muda.
“Hari kekasih ini di mana satu hari yang disambut bersama kekasih. Dalam Islam menyambut Valentine ini haram kerana ia menyerupai kepercayaan agama lain. Kita ambil hadith nabi, ‘Barang siapa yang menyerru agama lain, maka dia sebahagian kepada mereka’.
“Bila kita kaji semula sejarah Valentine ini, ia ada bersangkut paut dengan agama lain. Oleh kerana itu ia diharamkan untuk disambut. Namun, jika kita ingin menyambut hari teristimewa bersama isteri, mungkin kebetulan hari ini juga ulang tahun perkahwinan, tiada masalah.
“Kerana, kita bukan sambut hari kekasih itu tetapi menyambut ulang tahun itu bersama. Asas sesuatu perkara itu diharuskan dan dibolehkan, tetapi bila mana ada perkara yang dicampur dengan unsur yang haram kerana ada unsur-unsur kepercayaan tertentu, maka ia menjadi haram,” jelasnya.
Pada masa sama, Imam Muda Hassan turut menegaskan buat muslim di luar sana agar tidak terlalu mengikut budaya ini terutama bagi menyambut dengan pasangan yang bukan mahram.
“Kita wish untuk apa? Seolah-olah kita meraikan budaya bukan Islam. Maka sebab itu ucapan-ucapan atau apa sahaja perkara yang menjurus kepada penzinaan, hukumnya adalah haram.
“Oleh kerana itu, sama-samalah kita mengambil perhatian perkara ini dan jangan terlalu mengikut. Lagi pun tiada kebaikan jika disambut dengan kekasih terutama yag bukan mahram,” ujarnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, Ya Allah pecahkan pakatan mereka, Ya Allah leburkan pendirian mereka, Ya Allah musnahkan langkah mereka,
Bait-bait Qunut Nazilah makin kerap bergema di seluruh pelusuk dunia dek kerana kekejaman yang dipamerkan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Selain sokongan moral dan perkongsian di media sosial, anda juga mampu menunjukkan solidariti dengan memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara keselamatan saudara seagama di bumi Palestin pada Ahad ini.
Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 8:30 pagi sehingga 9:30 pagi.
Ayuh meriahkan sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
By the way, korang jangan lupa bawa Al-Quran dan payung sendiri sebelum berkumpul di Dataran Karangkraf okay!
Bagi mereka yang tidak berkesempatan, jangan khawatir kerana korang boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama. No worries okie!
Sekadar info, pada Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas.
Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: #QuranHour
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza dan buat Nor Shamira Irwani Farid, 24, ujian itu datang dalam bentuk yang sangat besar.
Graduan Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ini bukan sahaja menamatkan pengajian dengan PNGK 3.94, malah turut dikurniakan Anugerah Emas Naib Canselordalam majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah baru-baru ini.
Namun di sebalik senyuman dan jubah konvokesyen yang disarungnya, tersimpan kisah luar biasa tentang ketabahan melawan kanser Limfoma Hodgkin (Classic Hodgkin Lymphoma) tahap empat.
Perasan Ada Ketulan di Leher, Tak Sangka Disahkan Kanser Tahap 4
“Pada mulanya, saya perasan ada sebiji ketulan kecil di leher kanan. Tapi disebabkan kekangan masa, saya biarkan sehingga awal tahun ini ketulan itu semakin besar dan banyak,” cerita Shamira.
Beliau didiagnosis pada 19 Ogos 2025 dan hanya sebulan kemudian, pada 17 September, disahkan berada di tahap empat.
Ketika itu, Shamira sedang menjalani praktikum selama empat bulan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan kerap berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
“Pada awal rawatan, kemoterapi yang kuat memerlukan saya dimasukkan ke wad, sehingga tidak memungkinkan saya ke UUM Sintok untuk menghadiri majlis konvokesyen ini, tetapi perancangan Allah itu lebih tepat,” katanya.
Disambut Dengan Tepukan Satu Dewan
Kisah perjuangannya turut menyentuh hati ramai termasuk Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr Mohd Foad Sakdan, yang mengajak semua tetamu memberi tepukan gemuruh sebagai tanda sokongan.
“Marilah memberi tepukan gemuruh sebagai sokongan dan kasih kita kepada Nor Shamira yang hadir bersama kita dalam dewan pagi ini,” katanya dalam ucapan aluan.
Detik paling bermakna tentunya apabila Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, yang juga Canselor UUM, menyampaikan sendiri Anugerah Emas Naib Canselor kepada Shamira.
Anak bongsu daripada tiga beradik asal Nilai, Negeri Sembilan ini membuktikan kecemerlangan akademik bukan sekadar soal prestasi, tetapi juga soal hati yang cekal dan jiwa yang kuat.
Dari Wad Hospital ke Pentas Konvokesyen
Menurut Shamira, hasil PET scan terbaharu menunjukkan perkembangan positif, membolehkan doktor menukar rawatan kepada ubat yang kurang kuat.
Perkara itu akhirnya membuka ruang untuk beliau hadir ke sesi konvokesyen, bukan satu, tapi dua sesi sekali gus.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira dan puas dengan diri sendiri. Saya bersyukur kerana Tuhan memberi saya peluang untuk merasai nikmat kejayaan ini. Segala penat lelah selama empat tahun ini terasa terbalas,” katanya penuh syukur.
Kekuatan Dari Keazaman, Doa dan Sokongan
Bagi Shamira, rahsia utama kekuatannya datang daripada tiga perkara iaitu keazaman, doa, dan sokongan.
“Keazaman menyalakan semangat sejak semester pertama untuk mengejar anugerah dan PNGK tinggi,” ujarnya.
Tambahnya, doa daripada keluarga, pensyarah, rakan-rakan serta sokongan pasangan menjadi penguat semangat untuk menempuh segala cabaran, baik dalam pengajian mahupun rawatan kesihatan.
Beliau turut menghadiahkan kejayaan ini kepada ibu bapanya, yang tidak pernah berhenti berkorban sejak kecil, dari zaman MRSM Merbok hingga ke UUM.
Pesanan Buat Pejuang di Luar Sana
Buat mereka yang sedang melalui fasa sukar, khususnya penyakit kronik atau cabaran kesihatan mental, Shamira menitipkan pesanan penuh makna:
“Jangan berputus asa. Penyakit bukan titik noktah untuk berjaya. Peganglah sekecil-kecil harapan, kerana masih ada orang yang menyokong dan mendoakan kita.”
Kini, Shamira bercita-cita untuk menjadi pensyarah dalam bidang akademik dan berkhidmat dalam kerja sosial perubatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UUM News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!