Sejak PKP dilancarkan di negara kita, sistem pembelajaran di universiti/kolej sudah pun dikendalikan secara online.
Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan video presentation dan disebabkan itu seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai khad telah pun berkongsi cara menyediakan video dengan hanya menggunakan powerpoint sahaja.
Jom kita ikuti thread yang dikongsi.
Tip 1:
Korang sebenarnya boleh save powerpoint sebagai powerpoint sebagai video. Caranya, korang buat slide macam biasa dan waktu nak save tu, ubah dekat Save As Type tu, from pptx ke MPEG-4 Video, wmv, AVI, MOV atau apa-apa video format yang ada di komputer.
Itu saja, settle video presentation korang.
Tip 2:
Ads
Nak video lagi cantik, kenalah letak animasi. Pilih mana-mana animasi yang korang minat.
Buka animation pane, senang nak tengok animasi apa-apa yang korang dah pilih dan boleh ubah disitu juga.
Tip 3:
Tip3: Nak animations tu nmpk lagi kemas? Especially kalau korang pilih animations Fly In or Float In.
Korang tmbh shape dkt sebelah words ikut direction yg korang set. Cara ni akan tutup cara dia masuk. Faham tak? Tak faham tgk video dkt bawah 😂 pic.twitter.com/9MKL5JJFid
Isu menggunakan Shopee Pay Later pernah dibahaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang menerangkan terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat.
Kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan tiada isu syariah (tiada riba) sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, akan berlaku riba (riba al-Qard) sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayarandan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 1.5 peratus.
Walau bagaimanapun, SpayLater atau Shopee PayLater ini akhirnya mengumumkan bahawa sistem pembayaran milik mereka kini patuh syariah. Menerusi satu kenyataan yang dibuat, pihak mereka sudah pun menerima pensijilan patuh syariah daripada Amanie Advisors, firma penasihat Syariah terkemuka di Malaysia.
Tiada lagi caj pembayaran lewat sebanyak 1.5 peratus, sebaliknya akaun pelanggan akan dibekukan sekiranya mempunyai tunggakan. Pengguna boleh mengaktifkan kembali akaun dengan membayar tunggakan selain denda RM10 yang dikenakan oleh Shopee.
Selepas ini pengguna Shopee khususnya umat Islam tidak lagi perlu risau dan boleh menggunakan kembali SpayLater ini. Semuanya telah dijelaskan bahawa perkhidmatan ini kini sudah patuh syariah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lewat malam semalam, aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook tergendala di seluruh dunia dan ramai yang menganggap bahawa talian internet mereka yang mempunyai masalah sehingga tidak dapat mengakses platform media sosial tersebut.
Masyarakat yang tinggal di benua Asia mungkin tidak terlalu terkesan (walaupun ramai yang ‘hilang arah. Hiks!) kerana ia berlaku lewat malam, tetapi di benua lain ia menyebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi, seperti di Afrika, Eropah dan Amerika.
Agaknya apa yang berlaku ya?
Menurut Facebook, perubahan yang dilakukan pada tetapan ‘backbone routers’ yang mengawal rangkaian trafik antara pusat-pusat data menyebabkan kesemua perkhidmatan mereka lumpuh.
Ia bukan sahaja menyebabkan laman-laman tidak beroperasi tetapi juga sistem diagnostic yang digunakan oleh pasukan kejuruteraan rangkain Facebook. Dengan kesemua sistem dalaman tidak beroperasi, masa yang lama diambil untuk mengembalikan perkhidmatan seperti sedia kala.
Difahamkan, dalam masa enam jam, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengalami kerugian sebanyak $7 billion atau lebih kurang RM29 billion.
Walau bagaimanapun, Facebook turut menjelaskan sepanjang tempoh operasi tergendala, keselamatan data pengguna tidak terjejas. Mereka memohon maaf atas sebarang kesukaran yang berlaku, khususnya kepada individu yang menggunakan platform mereka untuk urusan bisnes.
Kalau di Malaysia, WhatsApp, Instagram dan Facebook down, tidur awal la semua malam tadi ya? Hiks!
Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’ kepada data internet setiap hari, lagi-lagi musim Covid-19 dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini. Betul tak?
Mana tidaknya, selain menonton movie, stalker instagram dan facebook crush, confirm korang kena mengikti pembelajaran secara online juga.
Ya, boleh dikatakan setiap golongan bergantung kepada internet bagi kehidupan harian, lebih-lebih lagi diwaktu PKPB ini.
Malah mesti ramai je Remaja diluar sana yang selalu tak cukup data hingga ke akhir bulan terutamanya buat mereka yang kaki internet.Tapi korang pelik tak kenapa data korang cepat habis?
Nah, sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang korang boleh buat untuk menjimatkan dan membantu meminimumkan penggunaan data berbanding hari biasa.
Instagram
Sumber : the verge
Sebagai media sosial berasaskan foto dan video, sudah tentu Instagram menggunakan lebih banyak data daripada media sosial berasaskan teks. Data anda dapat disedut ketika video di Instagram dimainkan secara automatik. Walau bagaimanapun, Instagram mempunyai tetapan di mana kita dapat mencegah pramuat video ketika menggunakan sambungan selular.
Sangat mudah, pertama, buka aplikasi Instagram kemudian pergi ke Profil> Tetapan> Akaun> Penggunaan Data Selular. Kemudian, hidupkan Penjimat Data dan Instagram akan memainkan media beresolusi tinggi dengan WiFi sahaja, bukan data selular anda. Langkah kecil ini dapat menjimatkan pakej data internet kita.
Facebook
Sumber : Business Insider .
Siapa yang sekarang masih suka membuka Facebook? Walaupun anda jarang membuka Facebook, aplikasi ini dapat menghabiskan kuota internet. Lebih-lebih lagi jika kita membuka media seperti foto dan video. Facebook boleh ditetapkan video secara automatik dan kuota internet pun boleh habis cepat.
Jadi apa anda harus buat? Anda boleh menghadkan pemutaran video automatik hanya untuk WiFi atau nyahaktif terus. Pertama, buka aplikasi Facebook, kemudian klik ikon tiga baris di bahagian kanan atas. Scroll ke bawah dan pilih Tetapan> Tetapan Akaun> Video dan Foto> Main Autoplay. Selepas itu, pilih “On Wi-Fi Connections Only” atau “Never Autoplay Videos“.
Twitter
Sumber : Business Insider.
Walaupun asasnya adalah media sosial berasaskan teks dan tweet pendek, anda juga boleh memuat naik foto dan video ke Twitter. Sekiranya anda menghabiskan banyak masa di Twitter setiap hari, lebih baik mematikan video autoplay dalam tetapannya. Jadi, macam mana nak buat?
Buka aplikasi Twitter dan pilih Tetapan dan Privasi> Penggunaan Data. Di sini, anda boleh memilih untuk memilih penjimat data supaya video tidak dimainkan secara automatik dan gambar berkualiti rendah akan dimuatkan. Anda juga boleh memilih sama ada gambar dan video berkualiti tinggi akan dimainkan melalui WiFi atau pelan data.
Youtube
Sumber : Business Insider.
Kita semua tahu bahawa menonton video dari YouTube akan memakan banyak kuota internet. Menurut halaman Canstar Blue, memainkan video beresolusi 480p selama satu jam akan memakan 264 MB data. Sekiranya resolusi yang dipilih adalah 720p (HD) ia akan menghabiskan 870 MB data dalam satu jam dan 1080p (Full HD) akan memakan data 1.65 GB!
Untuk mengelakkan pembaziran data, buka YouTube dan klikprofil di sudut kanan atas. Selepas itu, pilih Tetapan> Umum> Hadkan Penggunaan Kuota Selular. Slide menjadi On dan kita akan melakukan streaming video HD pakai WiFi saja. Dengan ini, YouTube tidak akan memakan banyak data seperti sebelumnya.
Spotify Sumber : Digital Trends.
Anda salah seorang pengguna Spotify tapi nak jimat pakai data internet? Ada cara yang boleh dilakukanuntuk menjimatkan data, iaitu dengan membuat album tersedia secara offline. Hal ini bisa dilakukan jika kamu adalah pelanggan Spotify Premium, seperti yang disarankan oleh laman Cnet.
Dengan offline, kita boleh memuat turun album dan playlist untuk menghindari streaming melalui sambungan selular. Caranya, saat melihat album atau playlist, klik Download untuk menambahkan trek ke telefon sehingga kamu tidak perlu lagi melakukan streaming. Jimat atau tidaknya data internet juga bergantung pada kualiti streaming yang kita pilih.
Netflix Sumber : PCmag India.
Biasanya, kita menonton Netflix di komputer riba atau PC dengan sambungan internet melalui WiFi. Namun, ada kalanya kita ingin terus menonton dengan telefon pintar, terutamanya jika anda ingin menonton siri yang anda ikuti. Semasa menonton di telefon pintar, anda dapat menurunkan kualiti video agar kuota internet tidak habis dengan cepat.
Caranya adalah dengan membuka aplikasi Netflix, kemudian klik butang tiga baris di kiri atas. Scroll ke bawah dan pilih Tetapan Aplikasi> Penggunaan Data Selular. Matikan set automatik dan pilih kualiti streaming sederhana atau rendah ketika menggunakan mod mudah alih. Anda boleh menonton 4 jam dan hanya menghabiskan 1 GB!
So, lepas ini jangan la korang salahkan telco korang itu kalau data cepat habis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!