Ikon popular K-Pop, G-Dragon baru-baru ini membuktikan kekuatan pengaruh luar biasanya apabila berjaya menarik kehadiran seramai 65,000 penonton ke persembahannya di acara Formula 1 (F1) Singapore Grand Prix 2025 di mana angka itu dilaporkan mencatat rekod terbaru dalam sejarah kejohanan berprestij berkenaan.

Menurut laporan media antarabangsa, persembahan istimewa yang berlangsung pada 3 Oktober di pentas Padang Stage, Marina Bay Street Circuit, Singapura itu merupakan sebahagian daripada siri persembahan tahunan F1 Singapore Grand Prix sinonim sebagai festival global dan ikon sukan permotoran.

Untuk tahun ini, dua nama bintang hebat dunia hiburan, G-Dragon dan Elton John diumumkan sebagai artis utama yang menghangatkan suasana malam perlumbaan. Pengumuman itu sudah cukup untuk mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat di seluruh rantau Asia Tenggara.

G-Dragon Catat Rekod Baru Di F1 Singapore Grand Prix 2025, Catat Kehadiran 65,000 Penonton! G-Dragon Catat Rekod Baru Di F1 Singapore Grand Prix 2025, Catat Kehadiran 65,000 Penonton! G-Dragon Catat Rekod Baru Di F1 Singapore Grand Prix 2025, Catat Kehadiran 65,000 Penonton!

Ads

Dalam pada itu, kemunculan G-Dragon atau pemilik nama sebenar Kwon Jiyong kali ini menandakan kepulangannya ke pentas Singapura selepas lapan tahun. Kali terakhir beliau mengadakan konsert di sana ialah ketika jelajah dunia keduanya pada 2017.

Sejak khabar kemunculan pelantun lagu ‘Heartbreaker’ itu tersebar, para peminat khususnya VIP mula membanjiri media sosial dengan rasa keterujaan dan pada malam persembahan, kehadiran penonton yang mencecah 65,000 orang membuktikan kekuatan pengaruh ‘King of K-Pop’ tersebut.

Beliau memukau penonton dengan rangkaian lagu terbarunya seperti ‘PO₩ER’, ‘HOME SWEET HOME’ dan ‘TOO BAD’, selain itu deretan lagu hit seperti ‘MichiGO’, ‘One of a Kind’ dan ‘Crayon’ juga dipersembahkan selama lebih 90 minit dengan persembahan bertenaga dan profesional, menjadikan malam itu satu kenangan luar biasa buat semua yang hadir

Ads

G-Dragon Catat Rekod Baru Di F1 Singapore Grand Prix 2025, Catat Kehadiran 65,000 Penonton! G-Dragon Catat Rekod Baru Di F1 Singapore Grand Prix 2025, Catat Kehadiran 65,000 Penonton!

Sementara itu, penampilan G-Dragon turut menjadi bualan hangat apabila beliau tampil dengan tiga gaya berbeza sepanjang konsert. Di segmen pertama, beliau mengenakan gaya bertemakan perlumbaan dengan jaket kulit berhias logo ‘Übermensch’ dan padanan seluar kulit serta but hitam, menyerlahkan aura maskulin dan berkuasa.

Ads

Bagi segmen kedua pula, ketua kumpulan BIGBANG itu tampil dalam sut merah menyala yang menyerlahkan persona visual uniknya, sementara segmen terakhir pula menyaksikan gabungan gaya kitsch dan dandy dengan sentuhan bendera corak papan dam F1, menjadikan keseluruhan persembahan tampak lebih artistik dan imersif.

Untuk perkembangan terkini, G-Dragon kini sedang giat menjayakan jelajah dunia ketiganya yang dinamakan ‘Übermensch’, sekaligus menandakan fasa baharu dalam kerjayanya sebagai ikon global muzik dan fesyen.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads