G-Dragon Bakal Keluar Latihan Ketenteraan Hujung Minggu Ini

Share

 

Peminat sedia maklum dan terpaksa akur apabila selebriti Korea pujaan mereka perlu menyertai latihan ketenteraan di kem sana.

Latihan ketenteraan diwajibkan kepada semua lelaki di Korea Selatan tanpa pengecualian.

Jadi apabila masanya sudah tiba dan nama mereka dipanggil, sudah pasti peminat merasa kehilangan ketika idola mereka terpaksa meninggalkan aktiviti seni sepanjang tempoh latihan tersebut.


Kami bagaimanapun mempunyai berita baik buat peminat Big Bang!

Ketua kumpulan Kpop popular itu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Jiyong dijangka bakal menamatkan sesi latihan kententeraannya pada hari Sabtu ini.

Baru-baru ini, pemuda berusia 30-an itu turut dilihat hadir ke majlis perkahwinan kakaknya selepas mendapat perlepasan.

Peminat semakin tidak sabar untuk mengetahui hala tuju grup tersebut, lagi-lagi selepas skandal yang melanda YG Entertainment dan selepas pemergian Seungri daripada Big Bang. Adakah mereka akan terus membuat come back

pada tahun hadapan atau kita terpaksa memberi masa untuk Big Bang mencari inspirasi dan menunggu mereka bangkit semula?

Kenalah tunggu gaiss..

Sumber: K-Variety Malaysia

IKLAN