Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, apabila seorang jejaka berkongsi kisah mengenai dirinya yang dahulunya merupakan seorang ‘pondan’ dan kini telah berkahwin dengan sahabat karibnya sendiri.
Menerusi klip video pendek berdurasi 0.8 saat, pengguna yang di kenali sebagai @moramoka888 itu telah berjaya kembali ke fitrah asal seterusnya mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang lebih disapa sebagai Lala, yang merupakan bestie-nya.
Ads
“From ‘pondan bestie’ to forever husband.
“There’s no one perfect. It’s how you accept the imperfections that makes it perfect,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Ads
Kisah cinta luar biasa itu sekaligus menerima pelbagai reaksi warganet malah video berkenaan telah mendapat lebih sejuta tontonan dan 236,500 tanda suka.
Rata-rata warganet menzahirkan keterujaan dan kagum apabila mengetahui kisah pasangan dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Ads
Selain majoriti pengguna turut meminta pemuda itu untuk menceritakan perjalanan cinta mereka secara terperinci sehingga berjaya ke jinjang pelamin.
“Abang, kau better spill jalan cerita dia. Aku tidak kisahlah lima minit pun. Cepat spill the teh tarik extra manis,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah, happy for you guys,” komen pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan model tempatan, Alicia Amin memberi bayangan bahawa hubungan rumah tangganya bersama Dr. Farzan Iqbal, 27 telahpun berakhir pada hari ini.
Menerusi hantaran video pendek di Instagram, Alicia atau nama penuhnya, Raja Alicia binti Raja Amin dilihat sedang berjalan di kawasan parkir kenderaan di luar sebuah bangunan yang dipercayai adalah mahkamah. Alicia tampil berhijab dan berjubah sambil diiringi oleh seorang jejaka yang memegang payung.
Tiada kapsyen yang disertakan untuk hantaran tersebut kecuali emoji berbentuk hati serta lagu latar ‘Baek’ nyanyian rapper, Joe Flizzow.
Alicia mengambil lirik daripada bahagian verse lagu tersebut yang berbunyi, “Jumpa janda baik bawak balik janda baik” yang dipercayai merujuk kepada status dirinya selepas proses penceraian.
Menerusi hantaran itu juga, rakan selebriti kepada Alicia tampil memberikan kata-kata semangat buatnya.
“None of our business, but kakak wishing the best for you always. Love you.” – Fazura
“Babe!! Big fat hugs tau.” – Sazzy Falak
Terdahulu, Alicia dan Farzan memilih untuk bernikah mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 14 Februari 2021 sewaktu negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketika dihubungi pemberita, Alicia menyifatkan karakter yang dimiliki olehnya dan Farzan adalah hampir sama dan menjadi titik temu jodoh mereka berdua.
Manakala, Farzan pula pernah berkata bahawa Alicia merupakan wanita yang menepati ciri-ciri isteri idamannya terutamanya dari segi personalitinya yang berani dan lantang dari luaran; namun tetap bersifat penyayang dari dalaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi Remaja keluaran bulan Januari yang lalu, kami telah memaparkan kisah penjaga gol skuad futsal dan bolaseoak kebangsaan yang pernah viral ketika Sukan Sea Ke-29 dahulu.
Dan dalam temu bual itu, Remaja sempat bertanyakan Niena sedikit sebanyak tentang hubungannya dengan buah hati yang juga gitaris tersohor grup rock tanah air, Rody Kristal.
Kisah cinta mereka yang pada mulanya berlaku di luar radar followers masing-masing. Namun selepas masing-masing saling ‘menyakat’ satu sama lain di Instagram, ramai yang mula perasan tentang hubungan mereka yang dilihat kian rapat.
Dan menurut Niena, di Instagram jugalah dia mula berkenalan dengan Rody. Menurut Niena, pada mulanya Rody menegurnya di Instagram dan menunjukkan kesungguhan yang luar biasa untuk berkenalan dengannya secara lebih rapat.
Perkara pertama yang Rody lakukan ialah dengan menghantar Direct Message (DM) di Instagram untuk minta nombor telefon. Pada mulanya Ninena jual mahal dan tak bagi secara terus. Biasalah mesti jual mahal dulu kan? (Gurau je ya, Niena :P). Selepas itu Rody mengajaknya bertemu dan di situlah Niena mula nampak effort yang ditunjukkan oleh Rody untuk berkenalan dengannya memang ikhlas.
Dari situ hubungan mereka terus rapat dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 4 November 2017. Dan menerusi Instagram Niena & juga Rody, mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada hari ini!
JelaS Niena menerusi temu bual bersama Mstar, perasaan untuk berkahwin ini debarannya lebih nervous daripada nak tunggu sepakan penalti. Jelasnya lagi, kalau penalti dia sudah tahu bagaimana nak berdepan tapi berbeza dengan kahwin yang buat dia rasa tak tahu nak buat apa dan berdebar hebat.
Majlis pernikahan mereka hari ini akan diadakan di sebuah hotel di Kulai, Johor manakala majlis persandingan pula akan diadakan pada hari esok.
Jom lihat foto dan video majlis malam berinai! Cantik sangat Niena, kan!
Dan di bawah ini pula merupakan koleksi foto Niena & Rody yang paling Remaja suka! Selamat Pengantin Baru buat Niena & Rody khas dari seluruh team Remaja! Semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat!
“Syukur alhamdulillah saya dan suami bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Petra. Insya-Allah awal tahun hadapan.
“Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram,” coretnya.
Justeru, Mona meminta orang ramai mendoakan kesihatan bayi dalam kandungan selain mengucapkan penghargaan atas doa.
“Masyallah tabarakallah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya. Terima kasih juga atas doa semua sahabat.
“Keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya serta keluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” katanya lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah buat Mona dan suami.
Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun berkahwin, mereka dikurniakan putera sulung, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.