FRIM Kini Tapak Warisan Dunia Ke-6 Malaysia, Ini Sebab Kena Ambil Peduli!

Share

Baru-baru ini, Malaysia menerima satu lagi pengiktirafan bertaraf dunia yang membanggakan! Taman Hutan Selangor milik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah diiktiraf secara rasmi sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Berita ini diumumkan semalam semasa Sesi Ke-47 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang sedang berlangsung dari 6 hingga 16 Julai di ibu pejabat UNESCO di Paris. Pengiktirafan ini menjadikan FRIM sebagai tapak keenam Malaysia yang tersenarai di bawah Konvensyen 1972 UNESCO mengenai Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia.

Dari Tapak Lombong Ke Hutan Dunia

Kalau korang fikir FRIM ni sekadar hutan biasa, think again! Tapak seluas 544 hektar ini dulunya merupakan kawasan bekas lombong bijih timah, namun melalui proses pemulihan sejak 1920-an, ia kini menjadi salah satu contoh terbaik pemulihan hutan tropika secara besar-besaran di dunia.

Apa yang menjadikan FRIM begitu istimewa?

🌿 Pemulihan Ekosistem Yang Berjaya – Daripada tanah terbiar, kawasan ini kini menempatkan ekosistem yang hampir menyamai hutan hujan tropika semula jadi.
🌱 Kepelbagaian Spesies Pokok & Haiwan – Dipenuhi ribuan spesies flora dan fauna tempatan yang kaya dengan nilai biodiversiti.
🌏 Penanda Aras Antarabangsa

– Menjadi contoh global dalam usaha pemuliharaan dan penghutanan semula.

6 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia

  1. 🌿 Taman Kinabalu (2000)

  2. 🏞️ Taman Negara Gunung Mulu

    (2000)
  3. 🏙️ Bandar Bersejarah Selat Melaka – Melaka dan George Town (2008)

  4. 🗿 Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012)

  5. ⛰️ Kompleks Gua Taman Negara Niah (2024)

  6. 🌳 Taman Hutan Selangor FRIM (2025)

Korang patut rasa bangga. Bukan semua negara ada kemampuan dan kesungguhan untuk memulihkan kawasan rosak menjadi satu tapak warisan dunia.

Pengiktirafan FRIM sebagai Tapak Warisan Dunia bukan sekadar satu pencapaian malah ia adalah wake up call

untuk kita semua. Sebagai remaja yang celik alam sekitar, inilah masa untuk bangkit dan jadi suara kepada alam semula jadi. Kita bukan pewaris dunia ini, kita penjaganya.

So, what are you waiting for? Let’s go green and be proud of FRIM! 🌱💪🇲🇾

Sumber : FB FRIM FB Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Published by
Nana