
Baru-baru ini, warganet dikejutkan dengan foto terkini ahli kumpulan Twice, Jungyeon yang dilihat sudah banyak berubah dari segi penampilannya.
Menerusi sebuah komuniti online, seorang warganet berkongsi tangkap layer Jungyeon Twice yang menunjukkan perubahan drastik. Sewaktu penyanyi ini berehat seketika daripada industri hiburan, berat badannya tiba-tiba berubah disebabkan oleh faktor kesihatan serta masalah serangan panik dan kegelisahan yang dihidapinya.
yoo jeongyeon, the most beautiful. pic.twitter.com/ffpGIT30Us
— yeon🍹 (@SOLACEYEON) October 15, 2021
Rata-rata peminat terkejut dan bersimpati atas perubahan yang dialami oleh selebriti Korea itu, namun memberikan semangat dan kata-kata positif buatnya.




Apa-apa pun tidak kisahlah sama ada berubah fizikal atau tidak, asalkan Jungyeon berada dalam keadaan sihat, betul tak?
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inspirasi Dari Flora Jepun, Hanami Dicipta Khas Buat Hijabi Masa Kini

Bunga sakura tidak hanya menjadi kebanggaan rakyat negara matahari terbit, bunga yang memiliki keindahan dan pesonanya tersendiri itu juga menggamit perhatian di seluruh dunia.

Khas buat hijabi yang suka bergaya di masa sama menjaga aurat. Buat julung kalinya Hanami, salah satu label fesyen tudung instant telah melancarkan Koleksi Edisi Akhir Tahun 2019 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui.

Menariknya, rekaan koleksi edisi akhir tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusifnya dan diinspirasikan daripada lukisan tumbuh-tumbuhan dan flora yang terdapat di negara Jepun.

Istimewanya koleksi Hanami edisi akhir tahun ini ialah ia direka khas untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik Koleksi Akhir Tahun 2019 ini juga disebabkan permintaan orang ramai terhadap rekaan yang bermotifkan flora. Koleksi ini juga didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang.

Beberapa selebriti tempatan dan rakan rakan media turut bersama menghadiri makan tengahari bersama Hanami ini dengan turut mengayakan selendang Hanami koleksi akhir tahun.
Koleksi Akhir Tahun 2019 ini didatangkan dengan 15 corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh
didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Untuk tahun 2020 juga, Hanami bebesar hati mengumumkan kolaberasi jenama bersama Prof Muhaya yang telah pun bermula pada Disember 2019 sehingga 2020.

Jadi tidak hairan la motif sakura sering menjadi inspirasi dalam rekaan fesyen sejak berabad lama dan tidak ketinggalan ia sering dijadikan antara ilham dalam industri fesyen tempatan.
So apa korang tunggu lagi jom dapatkan koleksi Hanami akhir tahun ni. Lambat melepas okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana 3D+ HFR Gemini Man

Berita baik buat peminat Will Smith, pelakon legend ini kini tampil dengan filem aksi terbarunya, Gemini Man yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Sudah lama kita tidak melihat ketangkasan pelakon hebat ini beraksi, jadi dah tentu ramai yang merindui kemunculannya menerusi filem blockbuster hebat Hollywood.

Gemini Man mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan, Henry Brogan, yang kini sudah berusia dan ingin bersara dari kerjayanya. Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila dia terpaksa berdepan dengan klon dirinya lebih muda yang boleh membaca setiap pergerakannya.
Apa yang menariknya filem ini turut membuat pengambaran di bandar bersejarah Budapest dan Cartagena. Bila tonton wayang 3D+ HFR confirm lebih feel. Betul tak?
Dibintangi oleh Will Smith, Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen dan Benedict Wong, filem aksi hebat ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 10 Oktober 2019.

Macam biasa, kami nak bagi korang sepasang tiket ke tayangan perdana Gemini Man dengan hanya menjawab soalan mudah dibawah.
Tarikh tayangan: 8 Oktober 2019
Lokasi: TGV Sunway Pyramid
Masa: 8.30 malam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jennie BLACKPINK Ukir Sejarah, Idola K-Pop Pertama Debut Dalam Drama Bersiri HBO

It’s finally here! Sudah lama sebenarnya Blinks mengimpikan anggota Blackpink iaitu Jennie untuk menjadi dan aktres.
Jennie Blackpink yang terkenal dengan gaya rapping bersahaja terutama dalam Bahasa Inggeris dalam kumpulannya mengukir sejarah menjadi idola K-Pop pertama yang debut dalam drama bersiri HBO walaupun dalam kemunculan pertamanya sebagai aktres.

ARTIKEL BERKAITAN : Kalau Selalu Lakukan 5 Perkara Ni, Korang Lelaki Idaman Jennie BLACKPINK – REMAJA.
Memetik laporan TV Line, drama bersiri ini mengikuti kisah seorang penyanyi pop wanita yang menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang pemilik kelab yang penuh misteri di Los Angeles, Amerika Syarikat. Lelaki itu pula rupa-rupanya merupakan seorang ketua ajaran sesat rahsia.
Sekiranya menonton trailer berkenaan, seorang gadis yang dipercayai merupakan ahli Blackpink itu turut muncul dalam video tersebut dan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Walaupun hanya membuat kemunculan pendek sahaja dalam video itu, penampilan Jennie yang memakai baju crop top hijau dengan rambut panjangnya telah menjadi bualan ramai. Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan penyanyi Solo itu akan membawa watak gadis biseksual dalam drama arahan Sam Levinson itu.
Walau bagaimanapun, para peminat dilihat sangat teruja dengan penyertaan Jennie dalam drama bersiri itu tanpa mengambil kira watak apa yang dimainkannya.
Selain Jennie, drama yang berlatarbelakangkan industri muzik ini turut dibintangi pelbagai selebriti ternama antarabangsa seperti The Weeknd, Lily-Rose Depp dan Troye Sivan. Anda boleh tonton trailer di bawah.
THE IDOL TRAILER IN HD pic.twitter.com/QANxCUkwP6
— ⭒ (@hbicrubyjane) July 17, 2022
BACA: BTS, Blackpink Antara Grup Korea Kuasai Carta Most View Di YouTube
Melihatkan sambutan serta sokongan luar biasa diterimanya, pasti ramai yang tak sabar melihat kemunculan pertama Jennie ini kan?
Congrats Jennie!
Sumber : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

