Bermula semalam, peminat kumpulan K-pop Big Bang terpaksalah bersabar menanti momen comeback kumpulan tersebut setelah salah seorang daripada ahlinya, Kwon Ji-yong atau lebih dikenali sebagai G-Dragon. mula menyertai latihan ketenteraan.
Selepas rakannya, T.O.P terlebih dahulu menamatkan latihan ketenteraan pada tahun lepas, kini tiba pula giliran G-Dragon sebagai seorang warganegara lelaki di Korea Selatan untuk menyertainya.
Berita ini membuatkan kebanyakan daripada fans tegarnya bersedih kerana terpaksa menunggu tempoh yang agak lama bagi penyanyi dan komposer itu membuat kemunculan semula.
Turut kelihatan dalam foto terakhir G-Dragon di media sosial ialah ibu bapa dan kakak kepada ketua kumpulan Big Bang itu.
Beberapa keping foto menunjukkan G-Dragon pada hari pertamanya semalam. Kini, G-Dragon yang terkenal dengan fesyen rambut berani dahulu sudah memotong rambutnya pendek dengan stail buzzcut.
Ads
Hey, walaupun rambutnya pendek tapi masih nampak handsome okay!
G-Dragon sewaktu baru tiba di kem latihan White Skull di Gangwon, Korea Selatan.
Walaupun datang serba hitam, kami pasti pakaiannya semalam terdiri daripada jenama mewah!
Ads
Walaupun dia cuba untuk merahsiakan kehadirannya di kem latihan ini, namun sudah pasti foto seperti ini akan dicari oleh fans tegarnya.
Semasa baru tiba untuk pendaftaran.
Fans rata-rata memberikan kata-kata semangat seperti “Jaga kesihatan” dan ” Jaga keselamatan diri” pada caption foto yang dimuat naik oleh mereka.
Ads
Malah, ada juga di antara mereka yang setia berdiri di hadapan kem latihan untuk menunggunya. Turut ada di situ ialah pengurus T.O.P dan pengurus Seungri.
Buat waktu ini, G-Dragon akan menyertai tempoh latihan asas selama 5 bulan sebelum memulakan tugas sebagai ahli tentera. Dia hanya akan menamatkan sesi tersebut pada November 2019.
Sebelum ke sana, G-Dragon sempat menghabiskan masa bersama kesemua ahli Big Bang. Selebriti lain seperti CL dan Yang Hyun Suk juga ada menyampaikan pesanan kepadanya di akaun media sosial mereka.
Sebelum ini, pelakon Korea seperti Joo Won dan Ji Chang Wook juga pernah menjalani latihan mereka di kem sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diketahui ramai, dunia hiburan di Korea Selatan memang terkenal dengan ramai selebriti yang mempunyai rupa kacak dan aura memukau.
Namun, ada tak antara pembaca yang tahu bahawa sebenarnya ada beberapa orang daripada selebriti itu hanya menggunakan nama panggung? Fenomena ini agak kerap berlaku di mana-mana utamanya dalam industri nyanyian tetapi ia juga berlaku dalam dunia lakonan.
Alasan disebalik penggunaan nama panggung ini juga beragam, ada yang disebabkan nama asli mereka yang dianggap terlalu ‘awam’ dan juga mahu membina imej tersendiri.
Ada beberapa pelakon ini bahkan telah mendaftarkan nama panggung sebagai nama kedua mereka sekiranya ia mempunyai maksud istimewa atau mencerminkan aspirasi dalam kerjaya. Nak tahu siapa pelakon ini? Jom tengok senarai yang kami nak ‘roger’ ni!
PARK SEO JOON
Mungkin selama ini, masih ada yang tidak tahu bahawa Seo Joon menggunakan nama ‘Park Seo Joon itu sebagai nama pentas. Dilahirkan dengan nama asli Park Yong Kyu, pelakon yang kini berusia 36 tahun ini terkenal dengan watak-watak yang kuat dan berkarisma. Menerusi drama popular She Was Pretty, What’s Wrong With Secretary Kim, Itaewon Class dan Gyeongseong Creature adalah bukti dirinya mampu membawa pelbagai karakter!
KIM WOO BIN
Kim Woo Bin pada awalnya memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan nama sebenar kekasih kepada pelakon cantik, Shin Min Ah ini adalah Kim Hyun Joong. Lengkap dengan visual menawan dan tinggi badan yang menarik, membuatkan Woo Bin mudah dikenali. Selepas menempa kejayaan sebagai seorang model, pelakon Officer Black Belt ini juga berhasil menunjukkan kemampuannya sebagai seorang pelakon hebat menerusi pelbagai drama dan filem!
HYUN BIN
Sudah lama menapak dalam industri lakonan menjadikan Hyun Bin sebagai salah seorang pelakon yang mempunyai pengaruh besar! Sering memukau penonton dengan pesonanya yang gentleman dan elegan, nama asli suami kepada pelakon popular, Son Ye Jin ini adalah Kim Tae Pyung. Memang lain betul ya…
CHA EUN WOO
Merupakan salah seorang anggota grup K-Pop iaitu ASTRO, Cha Eun Woo juga berjaya meraih populariti sebagai seorang pelakon. Terkenal dengan rupa visual paling kacak, Cha Eun Woo juga disebut sebagai face genius! Mula menunjukkan bakat lakonan menerusi drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo lahir dengan nama asli Lee Dong Min.
D.O
Bukan sahaja terkenal sebagai vokalis hebat dari grup sensasi EXO, D.O dengan nama asli Do Kyung Soo ini juga dikenali sebagai pelakon yang sangat berbakat sehingga mampu membintangi beberapa drama dan filem seperti Along with the Gods: The Two Worlds, My Annoying Brother, 100 Days My Price, Room No.7 dan banyak lagi. Sudahlah mempunyai suara yang merdu, kemampuan D.O dalam lakonan juga membuatkan lebih ramai peminat semakin sayang padanya.
LEE DO HYUN
Pelakon yang kini sedang aktif menjalankan latihan ketenteraan, Lee Do Hyun sebelum ini dikenal dengan nama Lim Do Hyun. Merupakan salah seorang bintang terkenal dengan kejayaannya membawakan watak secara natural serta mempesona menerusi drama terkenal Hotel Del Luna, Sweet Home, The Glory dan Exhuma, menjadikan Do Hyun sebagai pelakon baru yang sering ditunggu-tunggu!
Nah! jadi apa pendapat anda sebagai peminat? Mungkin betul jika nama sebenar mereka itu terlalu ‘awam’ dan kurang menonjolkan aura pelakon. Sebaliknya, nama panggung yang digunakan para pelakon kacak ini lebih sesuai dan kena dengan aura mereka kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih sedekad Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan arena politik sebelum beliau kembali dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada tahun lalu.
Lalu, penulis tertanya-tanya jika ramai di kalangan korang yang sudah dapat ‘menangkap’ signature style beliau sepanjang tempoh pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia paling lama memegang pucuk kepimpinan negara.
Sempena hari kelahiran ke-94 Tun Mahathir pada 10 Julai 2019, REMAJA senaraikan 7 perkara yang membuatkan beliau istimewa di mata rakyat Malaysia.
Masa
Tiga bulan setelah Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia untuk menggantikan Tun Hussein Onn pada tahun 1981, beliau telah memperkenalkan sistem ‘Punch Card’ dan penggunaan tag nama bagi penjawat awam.
Ia disebabkan jati diri beliau yang sentiasa berdisplin menepati masa dan sistem ‘Punch Card’ digunakan berikutan cara bekerja rakyat Jepun yang teratur masanya.
Menulis
Sejak menuntut di Koleh Perubatan King Edward VII, Tun Mahathir menulis rencana untuk akhbar Straits Times dan Sunday Times bagi mencari wang saku. Pada waktu itu, rencana tulisan beliau akan dibayar $40 setiap satu. Sejak itu juga, beliau menggunakan nama samaran Che Det dalam bidang penulisan.
Beberapa tahun lalu, beliau menjadi pemimin Malaysia terawal yang mempunyai laman blog peribadi iaitu Chedet. Menariknya, ramai mengakui mereka suka membaca kerana ia ditulis dalam bentuk point form yang memudahkan fahaman pembaca.
Tun M tengah update blog ke tu? Hehe..
Menulis Dengan..
Tahun lalu, viral sebentar pen Pilot Ball Liner yang selalu diselitkan pada poket hadapan jaket Tun Mahathir.
Obviously, ia adalah antara jenama pen kegemaran beliau. Kami tertanya-tanya mengapa jenama tersebut masih belum memilih Tun Mahathir sebagai duta sehingga ke hari ini.
Membaca
Ketika di sekolah rendah, Tun Mahathir telah dilantik sebagai pustakawan pada setiap hari Khamis, ditugaskan membeli majalah seperti Rover, Champion dan Film Fun untuk diletakkan dalam perpustakaan sekolah.
Beliau kebiasaannya membaca majalah-majalah tersebut dari kulit ke kulit sebelum meletakkannya di rak perpusatakaan. In a way, Tun Mahathir adalah orang pertama di sekolah yang dapat membacanya!
Kini, beliau menggemari penulisan Wilbur Smith, Dick Francis dan Ken Follett.
Tak Suka Duduk Diam
Kalau korang nak jumpa gambar Tun Mahathir berbaring saja atas kerusi, memang susahlah. Ini kerana beliau seorang yang suka bergerak aktif, terutamanya aktiviti kegemaran beliau seperti berjalan di atas treadmill dan menunggang kuda.
Jaket
Tun Mahathir juga merupakan antara trendsetter bagi stail ‘Bush Jacket’ atau ‘Safari Jacket’ yang menjadi stail kegemaran beliau sejak era 80-an. Tak semua orang boleh pull off stail ini okay..
Memandu
Dengan pembikinan Litar Antarabangsa Sepang, jelas Tun Mahathir seorang peminat kereta tegar dan menurut temuramah, suka memandu kereta peribadi iaitu Proton Peribadi milik beliau.
Tahun lalu, Tun Mahathir telah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup oleh Petronas SIC Motorsports Association of Malaysia 2018 dan berkongsi tentang pengalaman berkunjung ke Estoril di Portugal.
“Kunjungan itu mempengaruhi saya untuk mempunyai sirkit perlumbaan yang lebih kurang di Malaysia. Saya berharap perlumbaan ( Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang) akan diteruskan pada masa depan,” kata beliau.
Lagu-lagu penyanyi terkenal kelahiran New Zealand, Lordedilaporkan telah dibuang daripada platform penstriman Apple Music Israel pada minggu ini selepas tindakannya melaungkan kata-kata, “Free F-king Palestine semasa persembahan konsert Ultrasound World Tour di Madison Square Garden, New York.
Insiden ini mengejutkan ramai peminat kerana lagu-lagu Lorde masih kekal boleh didengarkan di Apple Music di negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Eropah. Namun, ramai yang percaya langkah Apple Music Israel itu berpunca daripada pendirian tegas penyanyi tersebut terhadap isu Palestin.
Lorde Lantang Suara Sokongan Kepada Palestin
Penyanyi berusia 28 tahun itu sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang lantang menyuarakan pandangannya terhadap isu global. Tindakan berani Lorde melaungkan “Free Palestine” di hadapan ribuan penonton dianggap satu bentuk solidariti kepada rakyat Palestin yang terus ditindas.
Sejak awal kerjayanya, Lorde tidak gentar menggunakan platform muziknya untuk menyuarakan keadilan dan kemanusiaan. Sikap vokalnya terhadap isu Palestin ini mendapat pujian daripada pelbagai pihak termasuk aktivis dan peminat di seluruh dunia.
Pada tahun 2017, Lorde pernah membatalkan konsertnya di Tel Aviv sebagai tanda protes terhadap penindasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin. Keputusan itu dibuat selepas menerima gesaan daripada gerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang menyeru artis antarabangsa supaya tidak menyokong industri hiburan Israel.
Langkah berani itu menjadikan Lorde sebagai salah seorang penyanyi arus perdana yang tidak takut kehilangan sokongan komersial demi prinsip kemanusiaan. Ia turut memperkukuh reputasinya sebagai penyanyi pro-Palestin yang komited terhadap perjuangan kebebasan rakyat Palestin.
Bersama Gerakan No Music For Genocide
Lorde turut menyertai gerakan No Music For Genocide bersama ratusan pemuzik antarabangsa lain yang menolak pengedaran karya mereka di platform digital Israel. Gerakan ini menyeru industri muzik global agar tidak berkompromi dengan sebarang bentuk penindasan.
Selain isu nasib rakyat Palestin, Lorde juga aktif memperjuangkan kempen kelestarian alam sekitar. Album studionya Solar Power yang diluncarkan pada tahun 2021 tidak dikeluarkan dalam bentuk CD fizikal kerana kebimbangan terhadap impak alam sekitar. Sebaliknya, album itu hanya diterbitkan melalui platform digital dan dalam format vinyl.
Reaksi Peminat Dan Dunia Hiburan
Walaupun tindakan Apple Music Israel dianggap satu bentuk sekatan terhadap ekspresi artis, ia menjadikan nama Lorde lebih relevan dalam perbincangan global mengenai kebebasan bersuara dan sokongan terhadap Palestin. Di media sosial, ramai peminat melahirkan rasa kagum atas keberanian penyanyi itu yang tidak tunduk kepada tekanan politik.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Lorde berhubung pengguguran lagu-lagunya di Apple Music Israel. Namun, penyanyi itu sempat memuat naik satu klip pendek di Instagram, menzahirkan rasa cinta dan penghargaan kepada para peminat yang terus menyokongnya.
Tindakan Lorde membuktikan bahawa muzik bukan sekadar hiburan — ia juga boleh menjadi medium perjuangan untuk keadilan dan kemanusiaan. Dunia kini menyaksikan bagaimana seorang artis muda berani berdiri bersama Palestin melalui karya seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!