[FOTO] 10 Stail Terbaik Di Anugerah BAFTA, Termasuklah Kate Middleton Yang Tidak Memakai Hitam

Share

Warna hitam sekali lagi mendominasi karpet merah untuk musim anugerah karya lakonan di Hollywood.

Kali ini, selebriti, penggiat di belakang tabir dan pengiring makanan sekalipun memilih untuk memakai pakaian berwarna hitam di anugerah BAFTA 2018 sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan yang dihadapi oleh wanita.

Situasi ini seakan pengalaman deja-vu yang pernah berlaku di anugerah Golden Globe, Januari lalu.

Pelakon dan penggiat karya wanita menyokong Time’s Up Movement dan kempen #MeToo di anugerah Golden Globes tahun ini.

 

Ia bukan saja dilakukan untuk wanita semata-mata. Ia juga adalah untuk memperjuangkan hak semua jantina ketika berada di lokasi kerja, sama ada menyentuh tentang bayaran tak setimpal, penindasan, mempergunakan kuasa secara autokratik dan sebagainya.

Walaupun berada di kalangan dress, pant suit dan gaun pendek berwarna hitam, sepuluh selebriti ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan stail mereka.

Ini termasuklah Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang – hairannya –  memilih untuk memakai dress berwarna hijau lumut.

Hhm, kenapa agaknya? Dan siapa paling bergaya di anugerah BAFTA, hari ini?

Jom lihat!

 

Kate Middleton

Jenny Pakham.

 

Dress hijau lumut  ini menjadi antara topik hangat di media sosial. Ramai bertanyakan mengapa Kate Middleton enggan memilih warna hitam seperti selebriti dan aktivis lain?

Well, menurut laporan tak rasmi Istana Buckingham, ahli kerabat istana seringkali akan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang political statement di acara terbuka. Malah, ahli kerabat istana juga tidak akan mengundi semasa pilihan raya.

Walaupun pemakaian warna hitam di anugerah BAFTA bukanlah satu statement politik yang memihak kepada mana-mana parti negara itu, namun Kate memilih untuk bersifat neutral.

Memang ramai netizen yang tak puas hati dengan keputusan Kate untuk tidak memakai dress hitam. Namun, masih ramai yang merasakan beliau tetap menyokong kempen Time’s Up Movement ini dengan memilih warna gelap dan nampak cantik dengan baby bump!

 

Angelina Jolie

Ralph & Russo.

 

Emma Roberts

Schiaparelli.

 

Jennifer Lawrence

Christian Dior Couture.

 

Lily James

Burberry.

 

Timothee Chalamet

Saint Laurent.

 

Letitia Wright

Gucci.

Daniel Kaluuya

 

Saoirse Ronan

Chanel.

 

Florence Pugh

Miu Miu.

 

IKLAN