3 hari lagi Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 63 tahun. Memilih tema Malaysia Prihatin membawakan maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
Gabungan perkataan 'Malaysia' dan 'Prihatin' yang dipilih tahun ini menggambarkan seluruh rakyat berganding bahu memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.
Memandangkan cuti kemerdekaan jatuh pada hari Isnin, pasti sudah ramai yang berangkat pulang ke kampung bertemu ibu bapa. Tapi bagi yang tidak bercadang bercuti, korang bolehlah pergi ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk mencuba menaiki Jejantas Rimba atau Forest Skywalk FRIM di Taman Botani Kepong yang akan dibuka pada 31 Ogos 2020.
Dalam fb FRIM, pihak mereka memaklumkan ‘Forest Skywalk’ (juga dikenali Jejantas Rimba) FRIM di Taman Botani Kepong (KBG) akan dibuka kepada orang ramai mulai 31 Ogos (Isnin). Jejantas ini berukuran 18-50 m tinggi dan 250 m panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.
Wow, dari ketinggian 50 meter tu boleh tahan gayat juga.
Ads
Apabila berada di atas jejantas, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah KBG, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur.
Di atas menara peninjauan 50 m pula, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom.
Waktu operasi
Ads
Butiran lanjut termasuk waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang Jumaat: 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang Kemasukan terakhir: sejam sebelum penutupan Bilangan pengunjung setiap hari: maksimum 150 orang. Bagi kumpulan yang melebihi 10 peserta, tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh lawatan dan perkhidmatan jurupandu alam (nature guide) diwajibkan.
Pengunjung perlu memakai pakaian terutamanya kasut yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.
Ads
Dikenakan cas bayaran
Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, bayaran parkir dan kemasukan KBG juga dikenakan.
Harga tiket seperti berikut: Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad Kakitangan FRIM: RM 8 Warga emas: RM 10 | *RM40 Dewasa: RM 15 | *RM 40 Caj tambahan untuk menara 50 meter(terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini. Mulai 31 Ogos juga, waktu operasi KBG akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 7.00 petang dengan kemasukan terakhir pada jam 6.00 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah bertebaran berita mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sekali lagi hari ini.
Menurut laporan Astro Awani, Tun Dr Mahathir sedang dipantau di unit rawatan koronari.
Petugas media pula dilihat mula berkumpul di IJN bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan bapa pemodenan negara itu.
Seiring itu,pada jam 5.35 petang tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di IJN . Beliau hadir dengan kenderaan Toyota Velfire berona putih dan diiringi oleh pasukan polis.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.
7 Januari lalu, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan kemudiannya dibernarkan keluar pada 13 Januari.
Sebelum itu beliau sudah dimasukkan ke IJN pada 16 Disember 2021 dan dibenarkan keluar lapan hari kemudian.
Kini berusia 97 tahun dan masih bergiat aktif dalam dunia politik, Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) selain bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkawi, Kedah.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kartunis dari Jepun, Fujiko A. Fujio yang terkenal kerana mencipta siri manga kegemaran ramai termasuk Ninja Hattaori-kun dan The Laughing Salesman telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Fujio, atau nama sebenarnya Motoo Abiko, yang ditemui di kediamannya dekat Kawasaki berdekatan Tokyo amat dikenali di Malaysia kerana mempunyai sentuhan ‘Raja Midas’; segala yang dicipta olehnya sering mendapat tempat di hati ramai pembaca manga serta penonton animasi.
Fujiko A. Fujio. Sumber Foto : Kyodo NewsManga dan animasi Ninja Hattaori-kun amat diminati di Malaysia.
Sebagai contoh, The Laughing Salesman yang kini boleh ditonton di platform penstriman Netflix boleh dianggap sebagai salah satu karya agungnya. Menceritakan mengenai seorang jurujual bermistieri yang menawarkan untuk kembali melengkapi jiwa seseorang yang kosong, ia merupakan karya yang lebih serius dan ‘dark’ berbanding yang sebelum ini.
Selain itu, karyanya berjudul Kaibutsu-kun (The Monster Kid) juga amat diminati sehinggakan ia menjadi satu lagi siri animasi yang ditonton di peringkat antarabangsa.
Fujiko A. Fujio popular dengan manga Ninja Hattori-kun yang dicipta olehnya. Sumber Foto : Nikkei Asia
Bagi korang yang mungkin keliru di antara Fujiko A. Fujio dan Fujiko F. Fujio, jangan risau; korang tidak keseorangan. Selain nama pena yang seakan sama, Fujiko A . Fujio juga sebenarnya berkawan baik dan pernah bekerjasama dengannya untuk komik Doraemon yang dipasarkan dari tahun 1970 hingga 1996.
Masing-masing berpindah dari Toyama ke Tokyo pada tahun 1954 dan menggunakan nama Fujiko Fujio. Setelah karya mereka ‘Obake no Q-taro’ menemui kejayaan, mereka membawa diri masing-masing pada tahun 1987.
Setelah berpisah, barulah duo lagenda ini menggunakan nama tengah A dan F bagi membezakan identiti sebagai Abiko dan Fujimoto (nama sebenar mereka).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita, telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian termasuklah untuk kita ke rumah ibadat di Malaysia.
Esok, bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu bertarikh 10 Jun hingga 30 Ogos. Sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa pembukaan surau di pusat membeli-belah dan kawasan rehat dan rawat dibenarkan bermula esok.
SURAU DIBUKA SEMULA
Ini adalah hasil dari rintihan orang ramai yang menyatakan bahawa agak sukar untuk menunaikan solat apabila berada di luar rumah. Jadi, buat anda yang ke pusat membeli-belah tidak perlu risau lagi kerana surau akan dibuka mengikut SOP yang telah ditetapkan.
PERJALANAN RENTAS NEGERI BERMULA ESOK!
Seiring dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa pergerakan rentas negeri telah dibenarkan, maka pembukaan surau dan gerai makanan di kawasan RnR juga adalah dibenarkan. Aktiviti keagaamaan ini juga termaktub dibawah perintah SOP yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, ini merupakan khabar gembira untuk umat Islam di negara kita, dah balik kampung tu jangan buat pula lupa singgah solat di RnR yang korang berenti tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!