Berita baik untuk 22 juta pengguna aktif media sosial dan yang gemar membeli belah di atas talian, terkini sebuah platform e-dagang, Fingo dilancarkan hari ini. Memilih pendekatan berbeza dengan platform e-dagang biasa  lain yang menggunakan platform mereka mendapatkan pelanggan, Fingo memanfaatkan platform sosial utama iaitu WhatsApp, Facebook dan Instagram untuk berhubung dengan pelanggan.

“Kami menggunakan teknologi Data Raya untuk memilih pembekal dan pemilik jenama produk untuk bersosial dan berinteraksi dengan ahli Fingo.

“Berdasarkan kepada pengalaman ahli dalam menggunakan produk, ahli-ahli kemudiannya boleh mempelawa orang lain dalam senarai kenalan mereka masing-masing untuk menggunakan barangan dengan menyertai Fingo,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fingo Malaysia Lee Chee Sing dalam sidang akhbar selepas pelancaran rasmi Fingo, di sini, hari ini.

Fingo Platform Terbaru  E-Dagang Tawar Keseronokan Beli Belah

Fingo Platform Terbaru  E-Dagang Tawar Keseronokan Beli Belah
Dari kiri, Ketua Pegawai Operasi Wang Nan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fingo Dong Fang, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr. Ong Kian Ming dan Pengurus Besar Lee Chee Sing di majlis pelancaran platform e dagang Fingo

Memilih pendekatan  berbeza, Fingo merupakan platform e-dagang yang khusus untuk memperkasakan ahli-ahli dengan menggunakan platform S2B2C (supplier to business to consumer). Menerusi platform ini, setiap ahli yang mendaftar akan dilayan sebagai orang yang sangat penting dan boleh mengakses secara meluas pilihan barangan serta pembekal berkualiti daripada Tmall dan Taobao, selain membuka peluang keusahawanan baru di Malaysia menerusi sistem ganjaran ahli

Diasaskan oleh sekumpulan bekas eksekutif tertinggi gergasi e-dagang China iaitu Kumpulan Alibaba, Fingo mensasarkan untuk meneroka pasaran e-dagang yang semakin berkembang selain peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.

IKLAN
Fingo Platform Terbaru  E-Dagang Tawar Keseronokan Beli Belah
Fingo merupakan platform e-dagang yang khusus untuk memperkasakan ahli-ahli dengan menggunakan platform S2B2C (supplier to business to consumer).

Menurut Lee lagi, pelanggan Fingo akan dapat berurusan secara terus dengan pembekal atau pemilik jenama tanpa perlu melalui orang tengah atau penjual semula.

Fingo, yang beroperasi dalam tiga bahasa iaitu Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, mempunyai lebih 200,000 pelanggan aktif berdaftar di negara ini setakat ini dan ia berharap dapat mencapai 500,000 pelanggan pada akhir tahun ini.

Jelasnya, Malaysia di pilih sebagai pengkalan kerana kestabilan politik, kemudahan infrastruktur dan persekitaran perniagaan selari dengan penggunaan teknologi digital yang tinggi seperti media sosial dan pasaran e-dagang atas talian. Ekosistem terbaik ini merupakan platform ideal untuk Fingo memberi satu pengalaman e-dagang baru kepada pengguna di rantau ASEAN.

IKLAN

Beroperasi dalam  tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin, setakat ini Fingo mempunyai lebih 200,00 pelanggan aktif berdaftar di negara ini dan mereka menyasarkan dapat mencapai 500,000 pelanggan menjelang akhir tahun.

Antara barangan yang ditawarkan di plafform ini ialah kosmetik, barangan isi rumah, produk penjagaan peribadi dan akan datang barangan penjagaan peribadi.

Hadir sama di majlis pelancaran ini ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr. Ong Kian Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fingo Dong Fang, Ketua Pegawai Operasi Wang Nan dan Pengurus Besar Lee Chee Sing.

IKLAN

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI