
Pempengaruh & finalis pencarian Hero Remaja 2021, Aryan Naim dan isteri selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 10 Januari 2026.
Ketika dihubungi REMAJA; Aryan, 29 memaklumkan isterinya Nisa Nur Syafiqah telah melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Aurel Nadine binti Muhammad Naim pada jam 1.12 tengah hari di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.
Menurut Aryan, isterinya itu mula merasakan sakit kontraksi bersalin pada jam 8 malam sebelumnya dan terus diwadkan di pusat perubatan berkenaan.
“Sewaktu sampai di sana, pembukaan isteri baru 2 cm. Esok sewaktu doktor periksa pada 8 pagi, masih 2 cm tetapi contraction masih sama.
“Oleh itu, saya menemani isteri melakukan senaman ringan untuk induce balon air ketuban. Dalam pukul 11 pagi, bukaan semakin luas dalam 5 cm dan isteri terus dibawa ke Maternity Operating Theatre,” katanya.
Kongsi Aryan lagi, salah satu permintaan isterinya adalah agar Aryan ada bersamanya sepanjang proses bersalin dan mereka dikurniakan rezeki tersebut memandangkan bayinya lahir pada hujung minggu sewaktu dia tidak bekerja.
“Isteri saya mempunyai low pain endurance dan apabila kami berjauhan, dia tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan waktu-waktu getir seperti. Lagipun ini adalah pengalaman pertama kami untuk bergelar ayah dan ibu, jadi saya sebagai suami juga ingin berada di sana bersama.”
Proses bersalin yang mengambil masa 2 jam itu berjalan secara lancar, manakala ibu dan bayi kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat.
“Isteri saya bersalin secara normal dan bayi perempuan saya selamat dilahirkan dengan berat 3.6kg. Saya perlu berterima kasih kepada kedua-dua jururawat yang berada bersama-sama kami pada waktu itu. Saya juga merasa amat bangga dengan isteri yang dapat menempuh proses bersalin.
“Buat masa ini, anak kami hanya boleh dibawa pulang dalam masa 1-2 hari kerana ada sedikit bacaan kuning. Isteri saya pula sudah boleh keluar dari wad pada hari ini,” katanya.
Bercakap mengenai pemilihan nama Aurel Nadine pula, Aryan yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Kandungan di sebuah syarikat jenama produk bayi berkata, isterinya memilih nama Aurel yang membawa maksud cahaya. Manakala nama Nadine yang bermaksud emas dan harapan pula adalah pilihannya sendiri.
“Selepas ini, kami sedang merancang untuk mengirimkan kepada mereka di tanah suci untuk melakukan ibadah Aqiqah di sana. InsyaAllah pahalanya berganda dan secara periibadi, saya ingin berkongsi rezeki kepada masyarakat di sana yang susah mencari makan.
“Untuk majis Tahnik dan Cukur Jambul pula, insyaAllah kami merancang melakukannya dalam tempoh 21 hari dari sekarang, sebelum tibanya bulan Ramadan,” ujarnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA sampaikan kepada Aryan Naim dan isteri!
FOTO: Instagram // aryannaimz_
BACA: Finalis Hero Remaja 2021, Aryan Naim Kongsi Pengalaman Jadi Petugas Sukarelawan Vaksin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.