Filem yang sedang viral di media sosial, Ku Kira Kau Rumah yang baru sahaja ditayangkan pada 3 Februari lalu di Indonesia akhirnya bakal ditayangkan di negara kita pada 22 Februari ini.

Filem yang bergenre drama ini adalah merupakan adaptasi dari sebuah lagu yang mempunyai judul yang sama dinyanyikan oleh Amigdala. Ku Kira Kau Rumah diarahkan oleh pengarah muda ketika umurnya 19 tahun, Umay Shahab yang turut dibantu pengarah senior Monty Tiwa.

Filem Viral Indonesia, Ku Kira Kau Rumah Akhirnya Bakal Ditayangkan Di Malaysia
Foto: Media Indonesia

Berdurasi selama 1 jam 30 minit, filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Niskala (Prilly Latuconsina) yang menghidap penyakit bipolar dan mempunyai masalah dalam kehidupan sosialnya.

Gadis ini kemudian bertemu dengan seorang pemuda bernama Pram (Jourdy Pranata) yang sering merasa kesunyian sejak ayahnya meninggal dunia dan ibunya pula sibuk bekerja.

@theonly_chu #kukirakaurumah ♬ Kukira Kau Rumah – Amigdala

Pada awalnya Pram tidak mengetahui bahawa gadis cantik itu menghidap bipolar yang sering mengalami perubahan emosi. Mereka berdua akhirnya menjalin hubungan rapat.

IKLAN

Kehidupan Niskala berubah secara drastik setelah berkawan dengan Pram dan gadis itu sering melanggar janji yang telah dibuat dengan ibu dan sahabatnya.

Terdahulu, ramai pengguna TikTok memuat naik video permintaan mengharapkan filem ini ditayangkan di Malaysia dan kini akhirnya ia sudah menjadi kenyataan apabila TGV Cinemas dan GSC masing-masing telah membuat kenyataan rasmi bahawa Ku Kira Kau Rumah akan ditayangkan mulai 24 Februari ini.

IKLAN

Rata-rata peminat berpuas hati dan tidak sabar menantikan tayangannya di pawagam.

@dry8881 #kukirakaurumah akan tayang dipawagam 24 february, sediakan tissue siap2 #kukirakaurumahmalaysia ♬ Kukira Kau Rumah – Amigdala

IKLAN
@happinessra finally filem ku kira kau rumah akan ditayangkan pada 24 feb ni dekat Malaysia !!! ❤️❤️😭😭 #kukirakaurumah #fypシ #fypppp #kukirakaurumahmovie ♬ Kukira Kau Rumah – Amigdala

Ramai juga yang mencadangkan agar menonton filem ini seorang diri katanya lebih feel. So guys, dah ready ke nak menangis teruk? Jangan lupa sediakan tisu okay..

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2), (3)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI