
Siri animasi dari Malaysia, Mechamato terus mencipta kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Terbaru, Mechamato mencipta sejarah apabila memenangi tempat pertama bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023. Lebih membanggakan ia merupakan pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun.
ARTIKEL BERKAITAN : Mechamato Melonjak Nombor 1 Dari Kedudukan Ke-8! Pengasasnya Ajak Teruskan Undian Di TAAF 2023
Untuk info, keputusan itu diumumkan menerusi laman rasmi TAAF di mana filem tersebut menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat. Mechamato sekaligus mengalahkan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.
Di media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak berkongsi kegembiraan mengenai Mechamato menang Anime Fan Award dengan orang ramai.
“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023! Terima kasih semua atas undian dan sokongan!” tulisnya. Tahniah diucapkan kepada MONSTA!

Sebelum ini, filem animasi Mechamato Movie mencetuskan fenomena tersendiri selepas berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM5 juta hanya dalam masa tiga hari selepas ditayangkan di seluruh negara termasuk Brunei.
BACA LAGI: Les’ Copaque Peroleh Pendapatan RM71 Juta Hanya Di Saluran Youtube Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media Sosial Dibanjiri ‘Memes’ Drake Selepas Rihanna & A$AP Rocky Digosip Berpisah

Saat penyanyi popular, Rihanna sedang mencongak hari sebelum melahirkan anak sulungnya, khabar angin kencang mengatakan pasangannya, A$AP Rocky telah berlaku curang di platform Twitter pada pagi ini.
Menerusi ciapan di Twitter, pempengaruh fesyen Louis Pisano mendakwa Rihanna meninggalkan A$AP selepas rapper itu berlaku curang dengan pereka fesyen kasut, Amina Muaddi.
Episod curang A$AP didakwa bermula seawal akhir Februari lalu lagi sewaktu mereka menghadiri Minggu Fesyen Paris.


Tambah Pisano, A$AP dan Amina telah lama berkenalan malah pernah berkolaborasi bagi menghasilkan satu koleksi kasut di bawah jenama eksklusif Amina. And get this, Rihanna juga khabarnya pernah memakai kasut daripada koleksi tersebut!
Biarpun kisah curang A$AP terhadap Rihanna ini masih tidak boleh dipastikan oleh mana-mana media, Pisonaberkata tiada sebab munasabah untuknya mereka-reka gosip sebegini tanpa sumber yang sahih.
Ini kerana Pisona juga bekerja dalam industri fesyen yang sama dengan Amina di Eropah dan sekiranya benar apa yang disampaikan ini palsu, tentunya imejnya sendiri akan terkesan teruk.

Terdahulu, Rihanna dan Muaddi pernah berkerjasama untuk menghasilkan koleksi kasut di bawah jenama fesyen milik Rihanna, Fenty.
Muaddi juga bukanlah nama baru dalam industri ini. Dilahirkan di Itali tetapi memfokuskan bisnesnya di Paris, ramai selebriti pernah memakai kasut rekaannya termasuklah Hailey Bieber, Kendall Jenner dan Rihanna sendiri.
Sekiranya khabar angin ini benar, ia amatlah mengejutkan memandangkan A$AP dan Rihanna dicanang sebagai pasangan bahagia.
Dan seperti dijangka, warganet terus mengaitkan bekas kekasih Rihanna, Drake ke dalam ‘drama’ ini menerusi hantaran memes kelakar.


Untuk pengetahuan, kali pertama Rihanna dan A$AP dilihat sebagai pasangan rasmi adalah sewaktu mereka berjalan di karpet merah acara MET Gala pada tahun lalu. Januari tahun ini, mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata dan muncul juga khabar angin kononnya mereka telah bertunang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Confirm Buat Penonton Menangis, Ini 4 Fakta Tentang Filem Indonesia June & Kopi

Sebuah lagi filem yang ditayangkan secara eksklusif di saluran Netflix, June & Kopi berjaya menarik perhatian penonton kerana jalan ceritanya yang ringan namun sarat dengan nilai-nilai murni yang diterapkan antara manusia dan haiwan peliharaan.
June & Kopi mengisahkan tentang Aya (Acha Septriasa) yang menjumpai seekor anjing jalanan dan membawanya pulang ke rumah. Namun begitu, kehadiran anjing tersebut mengundang rasa tidak senang oleh suaminya Ale (Ryan Delon) kerana menyifatkan anjing itu adalah anjing liar. Tambahan pula, Ale sudah memiliki seekor anjing peliharaan yang dinamakan sebagai Kopi. Sikap Kopi adalah lebih baik dan jinak berbanding anjing jalanan itu.

Aya berusaha keras untuk memujuk suaminya bagi meminta keizinan supaya anjing yang dinamakan sebagai June itu dibenarkan menetap di rumah mereka. Apa yang melucukan, June tidak suka kepada kanak-kanak dan hampir sahaja June diusir keluar dari rumah setelah Aya didapati mengandung.
Walau bagaimanapun, semenjak kelahiran anak mereka (Karin), June menjadi semakin rapat dengan Karin dan sentiasa melindunginya.
Filem ini menjadi tular di media sosial kerana kisahnya berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata. Kebijakan anjing peliharaan ini juga menarik perhatian kami dan ia secara tidak langsung memberikan lebih emosi terhadap pengakhiran jalan cerita ini.

Apa yang membuatkan ramai yang menangis bila menonton filem ini? Ha, korang kenalah tonton sendiri. Tak syok la kalau kami bagi spoiler kan. Hiks!
Banyak nilai-nilai murni yang dipaparkan dalam filem ini, seperti hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan serta hubungan kekeluargaan yang penyayang.
Bagi yang belum atau sudah menonton filem ini, ada empat fakta menarik tentang June & Kopi yang korang perlu tahu.
1. Diinspirasi daripada pengalaman si pengarah
Pengarah filem ini, Noviandra menjelaskan bahawa jalan cerita June & Kopi diinspirasi daripada kisah sebenar yang dilalui olehnya. Karakter June diambil dari kisah anjing yang dipeliharanya yang memiliki tiga kaki dan sangat takut kepada lelaki. Sementara itu, Kopi diinspirasi daripada anjing peliharaan pertamanya yang bernama Cody.
Adengan yang dipaparkan antara keluarga Ale dan kedua-dua ekor anjing itu juga sebahagian daripada kisah dan caranya menjaga haiwan peliharaan itu.
2. Dilakonkan oleh anjing jalanan
Kedua-dua ekor anjing yang menjadi watak utama dalam June & Kopi adalah anjing jalanan yang ditemui di pusat perlindungan haiwan. Selain memainkan peranan sebagai pengarah filem, Noviandra juga menjadi pelatih bagi anjing jenis Mongrel dan Staffordshire Terrier itu.
Sebelum menjalani penggambaran, dua ekor anjing tersebut telah mendapatkan latihan selama dua hingga tiga bulan. Bukan hanya sekadar latihan lakonan, malah mereka juga diajar untuk menyampaikan emosi.
Oh, patutlah bijak. Kami pun terfikir macam mana anjing tu boleh pandai berlakon ya. Hehe!

3. Filem Indonesia kedua yang bertemakan persahabatan antara manusia dan anjing
Di Indonesia, kisah persahabatan manusia dan anjing masih belum banyak diangkat menjadi sebuah filem. June & Kopi adalah filem kedua yang bertemakan hubungan persahabatan antara manusia dan anjing selepas filem Boni dan Nancy yang ditayangkan pada tahun 1974.
4. Pengalaman pelakon berlakon bersama anjing
Acha Septriasa dan Ryan Delon turut menceritakan tentang pengalaman mereka berlakon bersama anjing dalam filem ini. Acha menjelaskan bahawa anjing tersebut sangat bijak dan telah dilatih dengan baik. Ia menghasilkan chemistry diantara mereka dan menjadikan lakonan mereka semakin mudah.
Sebagai pencinta anjing, Ryan Delon juga mempunyai pandangan yang sama seperti Acha dan dia juga mengakui June & Kopi berlakon secara professional di set penggambaran.

Bagi yang belum menonton, korang boleh tonton June & Kopi di saluran Netflix sekarang. Walau bagaimanapun, penonton kanak-kanak dinasihatkan untuk menonton bersama penjaga kerana dari segi agama Islam, tidak dibenarkan untuk memelihara anjing.
Apa-apa pun, filem ini memang santai dan wajib ditonton sekiranya korang memang pencinta haiwan.
Selamat menonton!
Sumber: kompas.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Kurang Dua Minggu

Setiap ibu pasti memiliki impian untuk menyusukan secara alami selama yang mungkin demi memberikan nutrien terbaik buat anak. Namun tak semua bernasib baik boleh memiliki momen tersebut.
Walaupun begitu, menyusu badan atau menyusu menggunakan alternatif seperti susu formula bukanlah satu penanda aras kasih sayang ibu kepada anak. Sesungguhnya perjuangan seorang ibu harus dihargai.
Pengacara dan pelakon terkenal, Uyaina Arshad berkongsi mengenai perkara ini di halaman Instagramnya apabila dia hanya dapat menyusu badan anak sulungnya, Raja Urhan selama dua minggu sahaja

“Breastfeeding is not for everyone. Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.
“It started off bila we noticed Urhan ada tongue-tie dalam minggu pertama lepas dia lahir. Dia ada difficulties to latch. Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas 2-3 kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release,” ujar pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina ini.
MASALAH TONGUE-TIE
Risau akan keadaan yang berlaku, Uyaina dan suami, Raja Syahiran bersepakat membawa anak sulung mereka berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah yang terjadi.
Kongsinya lagi, “Risau sebab dia tak minum susu secukupnya. Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie tu. Lepas tu kita monitor lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama. Bawa pergi jumpa doktor lain pula for second opinion. Rupa-rupanya tongue-tie tu tak fully released.

“Doktor kata perlu fully anaesthetic dan operate Urhan untuk betul-betul faham what’s going on with his tongue. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih 3 bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab he was too small.”
MULAKAN PENYUSUAN FORMULA
“So sejak dari tu, I started giving him susu formula. Mula-mula tu campur, I pump susu badan, top up dengan susu formula. Siap makan domperidone untuk tambah susu. Tapi lama-lama, susu makin kurang sebab takde skin to skin contact kot. Makin kurang sampai dah tak perlu pump dah. So now Urhan is fully on susu formula. Alhamdullilahhh walupun tak menyusu badan, he’s getting big and healthy. Syukur,” kongsi wanita anggun ini.
Menyentuh isu penyusuan, ia merupakan satu perkara yang menjadi topik penting terutamanya untuk ibu-ibu baru. Uyaina menitipkan kata-kata positif kepada semua ibu yang tidak mampu untuk menyusu badan.

“Isu pasal menyusu atau tak menyusu badan ni adalah benda yang sensitif juga. Ada sesetengah ibu, Alhamdullilah anak boleh latch dengan baik, susu pun banyak. Ada sesetengah ibu lain pula rezekinya. Bila tengok orang ada susu banyak, kita akan stress. Bila kita stress, lagi la susu tak keluar.
“I just wanna say, it’s okay moms. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Termasuklah rezeki susu untuk anak kita. Kita dah cuba, kita dah usaha. Kalau masih tak ada tak apa. Yang penting anak kita sihat, membesar dengan baik.
“Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan, tapi tak memenuhi keperluan anak kita lepastu berat badan dia drop, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya. Breastfeed or no breastfeed, we are mothers. And that’s amazing enough,” ujarnya mengakhiri perkongsian.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

